Khamis, 11 Mac 2010

sembang lu bikin wa bimbang.

ish apa nieh, tak sabar nak cuti!!!!!!!
cepatlah exam tamat.
tak sabar nak jadi bibik kemas rumah.
jumpa emak. tidur sepah-sepah dekat rumah!!
dan jalan-jalan sama adik beradik lain.
dan saya akan dapat anak buah baru!
yeah,! kinana akan ada geng.

Selasa, 9 Mac 2010

not in my car!

cepatlah habis final exam! nak balik! nak duduk dekat rumah! nak makan
banyak tanpa memikirkan kos yang perlu dibayar! boleh main internet 24
jam. boleh makan masakan mak. boleh kacau kak ijah. boleh kemas rumah
boleh tengok kinana. kalau bang isham balik dan kak ijah tak kerja
boleh jalan-jalan.

DAN HARI INI KEHIDUPAN SAYA BERKISAR DI PERPUSTAKAAN LAGI.
DOAKAN SAYA BERJAYA UNTUK MTC016:INTRDUCTION TO MALAYSIA GOVERMENT AND
HISTORY.



DOAKAN SAYA KAWAN-KAWAN.
DONT LOSE FAITH.
I HEART EVERYONE.

Jumaat, 5 Mac 2010

enough said.



currently with them
shaking some arse dalam discussion room
aiyo pening ma.
hope semua usaha kita diberkati tuhan ok!
thanks for everything.
doakan kejayaan bersama.

p/s=credit to shaz(straight to your arse) aku cilok gambar ini dari blog kau.

hahahahaahhaa
nama tak payah tahu.
kami semua lahir kat hollywood ok.
enough with the flash light!
rasa nak muntah dah!

shaz bila nak tunjukkan chihuahua kau dekat aku?
miahahahahahahah
yesh!!!!!!!!!!

aku menang dalam membahan kau.

AKU ADALAH JUARA!!!! JUARA!!!!!! JUARA!!!!!!

nisah kau kena sokong aku!!!!!!!!!!!
shaz dah ada lina joy.
miahahahaha

Rabu, 3 Mac 2010

satu-satunya pengecualian

hari itu aku berjanji yang aku tidak akan mengungkapkan lagu-lagu cinta.
jikalau ianya benar tidak wujud, ya aku tidak akan menyanyi lagu cinta lagi.

tapi sayang sejak bertemu dengan kau

ianya menjadi satu pengecualian bagi diri ini.

mungkin aku tahu jauh di dalam sudut hati aku cinta sejati mungkin tidak pernah wujud bagi diriku.
dan aku harus mencari arah yang lain, untuk mengajar diriku menjadi bersendirian hidup tanpa kau atau aku harus meneruskannya walaupun sakit untuk aku terima.
dan kini aku akan selalu dan terus hidup sebegini.
hidup dalam keadaan selesa dan selalu menjauhkan diri dari orang lain dengan alasan yang sangat sempurna.
dan aku berjanji pada diriku sendiri yang hidupku akan dipenuhi dengan kesepian.
tiada semua yang aku lakukan untukmu tidak setimpal dengan risiko yang akan aku terima.

tapi bila berjumpa dengan kau, semuanya menjadi satu pengecualian bagi diri ini.

aku berpegang teguh pada realiti kehidupan, tapi aku tidak boleh melepaskan segalanya di hadapanku dengan begitu mudah.
aku tahu suatu hari nanti bila aku tersedar, kau akan meninggalkan aku.
pada tika itu aku bangun dengan keadaan penuh terpaksa.
kau meninggalkan aku dengan bukti yang membuatkan aku percaya yang kau akan meninggalkan aku selama-lamanya. ini bukan mimpi. tapi kau bebenar akan meninggalkan diriku ini.

tapi bila berjumpa dengan kau, semuanya menjadi satu pengecualian bagi diri ini.

dan kini aku sedang belajar untuk menerima segala-galanya

kau satu-satunya pengecualian bagi diriku ini..

Selasa, 2 Mac 2010

redha

hidup ini dikelaskan kepada dua
berwawasan mahupun tidak berwawasan
tetapi aku tidak tahu apa yang mahu aku perjelaskan di sini
aku bukan seperti maron yang hebat tika bertarung menentang musuh
jauh sama sekali jika aku layaknya mahu kau samakan dengan parajurit yang terkorban berjuang demi negara tercinta. aku insan biasa yang hidup dengan wawasan yang masih samar-samar noktah!

aku masih ingat puisi seorang sasterawan terkenal negara sebarang
habis terang gelaplah gelita, begitulah tajuknya. sungguh optimis semangat mereka berjuang untuk negara sendiri. mereka menyebarkan propaganda dengan telus sekali. dengan harapan setiap nyawa yang menduduki muka bumi tersebut untuk melepaskan tanah air tercinta mereka dari genggaman penjajah durjana. sungguh tinggi semangat juang mereka. aku kagum.

aku berasa agak kaget sejak kebelakangan ini.
dengan harapan yang menggunung sudah habis aku rencanakan yang aku bakal menjadi seorang insan yang agak telus dalam menghakimi seseorang. khabarnya begitulah. aku seperti sang emas yang semakin hilang serinya, hari demi hari semakin pudar warna tetapi masih menyimpan sedikit nilai kemewahan di dalam hati yang lagi hina ini.

wawasan aku semakin hilang. semangat yang dulunya berkibar dek warna merah yang menyala semakin merah jambu jadinya. semuanya semakin pudar. dada yang dulunya telah aku sematkan dengan pelbagai kata semangat, semangat hilang gamaknya di bawa arus angin entah ke mana hala tujunya selepas menghempas tujuh lautan yang aku pun tidak pasti di mana penghujungnya.

masa tidak mencemburui kita, masa juga tidak mempunyai hasad dengki kepada kita. tuhan telah mencipta 24jam masa dengan secukupnya, dari serba serbi tiada apa yang dapat kita komentarkan lagi dengan masa yang sudah diciptakan sejak azali lagi.
aku cuba menggunakan masa sebaik mungkin. tetapi aku selalu gagal dalam menepati janji. pada awal dinihari bangkitnya aku dari subuh sudah ku maktubkan janji dalam diri yang aku ingin lakukan segala-galanya pada hari ini, tetapi ianya selalu berakhir aku tewas di atas bantal. aku dapat rasakan wawasan aku dalam hidup semakin pudar. aku redha dengan segala pernyataan ini. tetapi haruskah aku menyerah kalah begitu sahaja? sedangkan begitu banyak masa lagi untuk aku memperbaiki segala kelemahan di dada jika di izinkan oleh Allah.

semalam lebih dua jam aku berdiskusi bersama teman sefakulti.
aku rasa itulah kali pertama aku sangat telus dalam menyampaikan apa yang telah aku fikirkan selama ini.
susah bila mahu dikenangkan kembali pasal diri kita sendiri bukan?
manusia makhluk tuhanyang paling kompleks.
amat kompleks.
iya kita kompleks kerna kita mempunyai perasaan.
akal fikiran yang sempurna.
dan hasad-hasad dan sifat-sifat yang bisa menabrak dalam diri setiap manusia.

kita manusia bisa menuturkan janji manis.
tetapi bila kita mahu melaksanakannya?
susah bukan?
kompleks jika mahu diproses semula.
oleh demikian, bagus jika kita simpan janji manis itu. dan simpan ianya dalam hati. biar hati dan diri anda sahaja yang tahu apa janji manis anda tersebut.
aku tidak pernah termakan dengan janji manis kawan-kawan yang baru aku kenal dalam jangka masa yang singkat. serius aku tidak pernah meletakkan harap dan mengharap mereka akan mengingati janji manis mereka tersebut.
hal ini kerana kita semua tahu manusia selalunya berkata tahi. tahi busuk bukan? jadi jangan percaya.

hidup perlu ada wawasan! kalau tidak ada bagaimana pula?
bukankah dalam metafora hidup ada dua jalan yang telah tersedia.
jalan hitam mahupun jalan putih!
sila pilih mana satu yang anda suka.
jika anda mahu jadi pekerja di HARRIOT! owh saya persilakan anda pilih jalan hitam.
jika anda mahu dikenang sebagai insan yang mulia hatinya, dengan hati terbuka saya bantu memimpin tangan anda ke jalan yang putih.

kita ada dua pilihan. signifikan kita selalu di beri satu pilihan sahaja. jadi make it wise.


SEBELUM AKU LUPA.
DEKAT TEMPAT AKU TINGGAL, KUALA PILAH.
ADA PERIBAHASA BAGI ORANG YANG SUKA MENABUR JANJI MANIS.
NAK TAHU APA KAMI PERI-BAHASAKAN MEREKA...?



"MULUT MANIS, JUBUR MASAM!"

=p

Sabtu, 27 Februari 2010

nocturnal.

two men were travelling along the same road when one of them picked up a hatchet and cried,

"look what i've found!"

"dont say i," responded the other,
"but look what WE have found."

some time later the man who had lost the hatchet appeared and claimed that the man who found it had stolen it.

"alas,"
the accused said to his companion,

"WE are done for."

"dont say WE," the other replied,
"but I am done for. remember, whoever doesnt let his friend share the prize cannot expect him to share the danger."

bye.

Jumaat, 26 Februari 2010

nak cerita

aku baru lepas membaca novel laskar pelangi.
aku rasa itu adalahj karya paling agung yang pernah aku baca
serius. selalunya baru page yang pertama aku akan terus.

"owh tahinya buku ini. tak payah bacalah. simpan dalam-dalam!"

tapi semenjak aku baca buku laskar pelangi ini aku rasa
bahasa sastera yang digunakan oleh si pengarang amat sempurna susunannya, nukilan yang cantik dengan menggunakan bahasa-bahasa yang bisa buat aku lebih asyik untuk menghabiskan buku tersebut.

cerita buku itu sangat manis
sungguh manis.
aku tak pernah baca buku sebegini
serius, sangat cantik penggunaan bahasa yang digunakan oleh

ANDREA HIRATA

begitu sempurna sekali. setiap ayat di susun satu persatu dan penuh dengan pelbagai innformasi yang tidak pernak aku tahu selama ini

burung pelintang
manequin dan berbagai lagi

yang paling tidak aku boleh lupa, bila salah seorang watak iaitu MAHAR menyanyikan lagu
TENNESSEE WALTZ.
walaupun si gambar hanya menceritakan keadaan tersebut berlandaskan bahasa semata-mata, tetapi dapat aku merasakan sangat mendalam seperti aku adalah salah seorang watak utama dan penting yang sedang mengikuti kejadian yang berlaku di dalam sekolah tersebut.
aku juga. dapat menghayati keadaan di mana aku sendiri seperti sedang dilanda kesusahan hidup dalam keluarga yang ramai.
aku juga dapat merasai seperti aku sendiri si LINTANG yang sangat genius dan jatuh cinta akan matematik dan lain-lain lagi.

aku juga dapat merasakan yang BU MUS sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya sebagai guru.

tetapi, ada satu bahagian yang membuatkan aku begitu tertarik untuk membaca tersebut berulang-ulang kali. walaupun sudah banyak kali aku baca puisi tersebut, tetapi ianya sangat mengasyikan dan mengujankan.

puisi tersebut bertajuk:

AKU BERMIMPI MELIHAT SYURGA

SUNGGUH, MALAM KETIGA DI PANGKALAN PUNAI AKU BERMIMPI MELIHAT SYURGA,
TERNYATA SYURGA TIDAK MEGAH,
HANYA SEBUAH ISTANA KECIL DI TENGAH HUTAN,
TIDAK ADA BIDADARI SEPERTI DISEBUT DI KITAB-KITAB SUCI,

AKU MENITI JAMBATAN KECIL,
SEORANG WANITA BERWAJAH JERNIH MENYAMBUTKU "INILAH SYURGA" KATANYA,
DIA TERSENYUM, KERLING MATANYA MENGAJAKKU MENENGADAH,
SEKETIKA AKU DIKEJUTI OLEH PANTULAN SINAR MATAHARI SENJA MENYIRAMI KUBAH-KUBAH ISTANA,
MENGAPA SINAR MATAHARI BERWARNA PERAK, JINGGA DAN BIRU?
SEBUAH KEINDAHAN YANG ASING.

DI ISTANA SYURGA
DAHAN-DAHAN POHON ARA MENJALAR KE DALAM
KAMAR-KAMAR SUNYI YANG BERTINGKAT-TINGKAT
GELAS-GELAS KRISTAL BERDENTING DIALIRI AIR ZAM-ZAM
MENEBARKAN MASA KESEJUKAN

BUNGA PETUNIA DITANAM DI DALAM POT-POT KAYU
POT-POT ITU DIGANTUNGKAN PADA BINGKAI-BINGKAI
JENDELA TUA BERWARNA BIRU
DI BERANDA, LAMPU KECIL DISEMBUNYIKAN DI BALIK TILAM, INDAH SEKALI
SINARNYA MEMANCARKAN KEDAMAIAN
TEMBUS MEMBELAH PERDU-PERDU DI HALAMAN

SYURGA BEGITU SEPI
TAPI AKU INGIN TETAP DI SINI
KERNA KUINGAT JANJIMU TUHAN
KALAU AKU DATANG DENGAN BERJALAN
KAU AKAN MENJEMPUTKU DENGAN BERLARI.


rangkap terakhir paling aku suka
sesungguhnya kita harus sabar dalam melakukan sesuatu
kalau kita sabar banyak ganjarannya.

saja-saja mahu berkongsi.
tapi aku sangat minat puisi ini.
kalau boleh aku nak jadi peminat setia karya
ANDREA HIRATA.

NAK JADI FAN KAT FACEBOOK!!!!!!!!!!

Jumaat, 19 Februari 2010

ikhlas dari hati.

Kali ini kusadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu
Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini kulakukan
Karena kamu memang untukku (ok yang ini memang aku tak tahu betul ke tak!)

Cinta ku bukan cinta biasa
Jika kamu yang menemani
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku

suka sangat lagu ini.
sesuai untuk status hati ketika ini.
serius saya tidak pernah ada perasaan macam ini. ever.
perasaan masa suka kat junior dulu pun bukan macam ini.

-cintaku bukanlah cinta biasa-

blogger buzz.

ini bukan celebrity buzz. tapi buzz dekat pipi anda adalah! heeeee
hari ini kuiz berjalan dengan lancar. walaupun aku terpaksa merayu dengan nisah menginginkan masa tambahan sebanyak lima minit sahaja.
selepas tawar menawar manja dengan madam. maka kami pun diberi 3 minit masa tambahan. oklahkan.
aku kalau nak letak noktah pun memerlukan masa 2 saat. apatah lagi kalau mahu menghabiskan satu perenggan berkaitan tugas YDPA di Malaysia.
secara totalnya aku memerlukan 3 minit untuk berbuat demikian.

seperti yang dijangka.
insan yang ditunggu-tunggu hadir juga untuk menduduki kuiz.
kenapa dia harus senyum selalu?
cair hatiku ini bak diselar panasnya sinaran sang mentari.
setiap kali memandang wajahmu hati ini bedegup-degup laju.
kalau aku lemah semangat mahu luruh dan terjelepok jatuh di situ juga hendak.

peluang untuk memandang sekilas dua, dijadikan kenangan begitu berharga.
mana boleh selalu an. nanti kalau terperasan sudah tidak indah lagi dunia ini.
heeeeeeeeeee
tak perasan seat sebelah anda kosong tadi.
kenapa tidak sahaja aku menawarkan diri sendiri untuk duduk di sebelah anda?
oh, celaka! perasaan malu mencengkam hati ini. tidak apa-apalahkan. asalkan kita menduduki kuiz di dewan kuliah yang sama dan aku dapat memandang wajahmu sekali dua itupun sudah cukup memadai.
saya harus lihat anda lagi.

tadi pergi tengok cerita wolfman.
aku agak terkesima bila naik lif tadi.
ada sepasang teman "lelaki" dan wanita menaiki lif bersama kami.
sorang bertudung. sorang lagi persis jantan dah. tapi still tidak dapat tutup semua. masih ada yang masih jelas dari pandangan mata.=.=
agak sadis di situ.
memakai tudung. tapi tak tahulah entah mengapa lain pula seleranya.
dunia sudah semakin terbalik.
dan manusia semakin membawa jauh diri mereka dari lumrah kehidupan.
aku masih ingat semasa aku sedang menonton pentomin hari itu.
mereka bilang dunia ini sementara. sementarakan jadi mereka mahu eksperimen semua.

macam dalam salah satu dialog dalam filem "SYURGA CINTA"
muda-muda ini kita enjoy.
bila dah tua nanti kita buatlah haji, kita bertaubat, kita bersedekah!
gerenti masuk syurga!

itupun kalau sempat untuk kita melakukan semuanya itukan.
aku tersentak juga masa menulis entry kali ini.
aku pun tak bagus. selalu juga buat dosa-dosa kering.
haish......
aku mengharap proses penyucian jiwa,hati,minda dan sifat aku ini berlaku secara berterusan dan total.
baiklah fahmi. nanti masa minggu exam nanti saya ikut anda berpuasa ya.
jangan lupa study group kita.



p/s=dah angau sangat! aku nak berubah, cinta dalam diam sampai bila-bila. bila dah masuk shah alam baru aku cuba mendekati si dia. heeeeee

Khamis, 18 Februari 2010

saya jadi begini kerana kamu.

cewah tajuk tak boleh bla kak peah oi.
ok hari ini kelas mtc 012 batal! kau nak tahu apa maksudnya? partilah weih.
miahahahha
tapi nafsu kami terhadap berpesta terus menjadi luntur bila teringat akan kuiz mtc016 pada keesokan harinya. langsung tak teransang walau bagimanapun kau cuba menstimulasikannya. tetapi ia masih tidak menghairahkan. kami perlukan kuiz mtc016.

sejak kebelakangan ini mata aku agak meliar memandang seorang wanita yang telah mengunci mata aku untuk memandang wanita lain lagi. uh ah. gatal bukan? cuma orang yang pernah rasa je yang tahu ok. yang tak pernah rasa sila meneksperimentasi.

dia masuk kelas lambat. masa itu aku sedang mengantuk. bila terpandang wajahnya, weih asal mengantuk aku sudah hilang!!!!!!!
ajaib. kenapa perlu ada dua 1st love. ok tak-tak yang dulu punya dah mati. sekarang masa untuk mencari yang terbaru.
belum sempat aku mencari dia telah menangkap hati aku.
sweeeeeeeeeeeeeeeeetttttttt bai!!!!!!!!

tak perlu berkeliaran mencari.
biarkan ianya berada disekeliling aku
walaupun susah untuk aku mendekatinya, aku rasa cukup sekadar aku dapat melihat wajahnya dari jauh...

semalam semasa aku sedang movie
"no country for old men" salah seorang kawan aku bercerita pasal movie yang pernah beliau tonton dulu.

'EH, aktor filem inilah. dia pernah berlakon dulu, satu cerita tentang dia minat seorang gadis ini, dan dia tak pernah mengatakan rasa cintanya pada wanita tersebut. sampailah wanita tersebut berkahwin dengan seorang doktor, dia still mengikuti perkembangan wanita tersebut, sampailah mereka tua. lelaki itu tak kahwin. sampailah doktor yang wanita itu kawen mati tapi si lelaki itu masih tidak pernah berusaha mendekati wanita tersebut, cukup sekadar beliau mencintai wanita tersebut dari jauh. selamanya.'

sweet tak?
aku rasa kurang sweet sebab lelaki itu tidak pernah berani menyuarakan rasa isi hatinya kepada wanita tersebut. melihat wanita impian anda berkahwin dengan lelaki lain membuatkan anda adalah salah seorang the biggest loser. kes ini pernah berlaku pada aku, bila siti nurhaliza berkahwin ketika dulu, setiap minit aku akan mengomel dan bertanya pada diri sendiri.

"apakah yang sedang mereka lakukan sekarang? oh, siti!"

jadi di sini aku ingin teruskan usaha aku untuk memerhatikan wanita tersebut
aku tak kisah sampai bila, iya aku mampu tunggu, tak putus harapan,
baru sem satu masih ada lagi dua sem untuk mengesetkan mata pada beliau.
kini aku semakin berkobar-kobar melakukan sesuatu dengan harapan dapat lihat kau lagi.
nak tahu kenapa aku jadi begini?
sebab KAU SWEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEET SANGAT! SENYUMMMMMMMMMMM GILA MANIS!

serius aku dah semakin gila bayang sekarang
tapi aku kena simpan dalam-dalam. jangan bagi orang nampak.

awak sweet sangat silalah terserempak dengan saya selalu.


tak kisah kena tunggu berapa lama...yang penting saya dapat lihat anda.
tak kisah saya tak pernah beritahu perasaan saya pada anda, yang penting saya dapat lihat wajah anda.

im strong when i saw your face.


monolog dalaman=kenapa baru sekarang aku perasaan begini?