Isnin, 11 Oktober 2010

sindrom exchute!

cuti semester membuka tirai. oleh demikian ramailah pelajar yang memulakan dimensi baru dalam kehidupan masing. tidak juga ada juga diantara mereka yang sudah memasang azam dengan pelbagai misi dan visi untuk semester hadapan. aku pun apa kurangnya. aku baru sahaja selesai mengemas bilik. baru aku sedar aku adalah pengumpul kotak yang sangat tegar, owh tidak apa-apa sebab kesemua kotak tersebut adalah sangat cantik dan menarik jadi tak perlu dikisahkan lagi. tadi aku baru sahaja menfollow blog orang random yang aku jumpa dari link kawan aku. menarik. itu sahaja yang dapat aku gambarkan tentang belog tersebut. terdiam kaku aku bila terbaca. serius jalan ceritanya mampu membawa aku seperti ada bersama si polan tersebut. ayat disusun satu persatu, manis bila kita membaca.

sindrom musim cuti bagi aku adalah dimana. aku akan menjadi stalker yang sangat kronik serta sedikit emosional dengan mengimbau segala kenangan lalu. bunyinya seperti loser dan menyedihkan bukan? tapi ada aku kesah?

semalam aku buka kembali kotak yang besar itu. weih banyaknya mainan. ahahaha. tiba-tiba aku tergelak sendirian mengenangkan kembali zaman sekolah yang penuh dengan ragam. ada yang masam dan ada juga yang manis. tapi ketika ini, aku katakan dengan jujur bahawa semua itu bukanlah lagi permasalahan besar. sekarang semua adalah kenangan terindah yang langsung tidak akan terpadam walaupun sedikit.

masa tingkatan dua ketika cuti semester aku pernah bekerja sampingan di fun fair. ahaha kelakar baru umur setahun jagung sudah mula berkerja, tetapi itulah realiti sebenar. aku diterima bekerja sebab tokey fun fair tersebut adalah kawan baik kepada arwah ayah aku. aku mula bekerja dari jam 8malam sehinggan 12tengahmalam. alhamdulillah aku dibayar rm15.00 satu hari. cukuplah sebab masa itu aku sesaja mahu mencuba mahu bekerja. aku bukan kerja seorang diri lagi pun. kakak dan abang pun ikut serta. yang penting aku tidak bekerja bawah mereka. aku bekerja dengan seorang amoi. adik kepada tokey fun fair tersebut. fuh fuh *behave hamdan, behave* serius amoi itu tersangatlah hot. dan disebabkan oleh ke-hot-ness-an beliau kiosk yang aku jaga yang main golek-golek bola akan selalu menjadi perhatian ah chai muda yang tersangatlah bernafsu untuk mencari cinta. bukanlah tugas yang mudah untuk melayan kerenah-kerenah mereka dengan lagaknya lagi. tetapi sumpah aku dapat pengalaman berharga. aku berkerja selama 10hari. alhamdulillah. dapatlah rm150. nak tahu aku beli apa dengan gaji pertama? ahahaha. aku beli hot wheel starter set cha. tak lupa robot yang ban dai uh. ahaha. sumpah gembira. nah siap gambar sekali aku bagi korang nengok. aku main punyalah tak hingat sampai berketul-ketul bateri aku beli. mana taknya semacam aku kagum pulak bila kereta hot wheel uh boleh berpusing-pusing laju melawan hukum gravity. serius aku kagum. jadi dan tak dan aku mainlah sampai satu hari aku rasa bosan dan simpan semula dalam kotak. lama dah aku tak bukak kotak dia tue.

tapi hari semasa aku kemas bilik
aku tersenyum sorang-sorang. dalam 4 tahun aku simpan hot wheels itu barulah hari aku bukak semula
bila buka kotak bukan hot wheels je yang keluar. terlur-telur cicak pun keluar. cis bedebah.
kembalilah nostalgia lama.
aku tak tahulah kalau aku masih simpan resitnya atau pun tidak
tapi aku takkan lupa yang aku beli set tersebut dekat giant supermarket dengan harga RM45.90(rasanya). and the best thing is, i bought it using my own money. ahahahha,

bestnya mengimbau memori dulu. seronok bila terkenang semua benda yang kita punya sambil terimbau imbau memori lama.

weih mari kita layan hot wheels dulu noks.
                                  sebab dah lama tak main kotak pun dah vintage gilossss. hahahha
 cebisan yang terdapat dalam sekotak starter pack!
 motor yang mengagumkan. -.-
 wow. langkah pertama dalam membina litar!
 this thing makes me awake sampai ke pagi. sebab kagum sangat!
 kereta kegemaran sebab dia laju tak hingat! aum aum aum

keseluruhan litar! 

ha ada bran nak race sama wa punya kereta? kat litar macam nieh kita bertemu. mai ah maih


bersambung...

Ahad, 10 Oktober 2010

rasa.

semua pernah rasa patah hati
tapi hidup akulah yang paling malang sekali

two times in the row
i should stop looking.
i should stop working on it.
its holiday babeh
so lets live your life to the max this holiday and for the rest of your life
with any random and mixed feeling
with any love in the ayer
and not to forget spend more of your times with yer families
quality times is the best medicines for this woe'd
so in the mean time. i should stop saying "haishhhhhh"
in everything that happened in my life
because i know i am strong
and strong people don't do "haish" word
it is only for the fags!
so people live your life to the max this holiday
and have a blast weekends and weekdays ahead

owh bye
ok masih patah hati.

Jumaat, 8 Oktober 2010

usaha dan perjalanan yang berliku!

dulu aku pernah menangis sebab aku tak dapat 5A dalam UPSR. aku malu sangat, masa tue masa balik dari rumah aku boleh gelak-gelak lagi. bajet jiwa sangat kental! tetiba dah sampai rumah masuk bilik aku terus menangis. sumpah aku sedih tersangatlah sedih. Konklusinya, aku paling bangang dalam keluarga. semua adik beradik aku masuk sekolah berasrama. semua sekolah agama. aku? nampaknya terpaksalah masuk sekolah harian biasa di kawasan rumah. kengkawan yang lain semua berdesup-desup terima tawaran MRSM dan SBP. aku hanya dapat memandang mereka setawar yang mungkin. sedih. usah ditanya. tersangatlah. kawan sepermainan. kawan segossip semua pergi menghilangkan diri satu persatu mengenali dunia luar. mengenali apa itu kehidupan seorang pelajar asrama. aku? terdiam kaku duduk di rumah. kehidupan sangat lifeless. aku tersangatlah nerd. turun naik bas. pergi sekolah biasa. seperti biasa sekolah menengah memang tersangatlah lain dan berbeza dari sekolah rendah. aku kaget. Alhamdulillah aku dapat menyesuaikan diri. bukan mudah bagi aku. tapi aku mudahkan juga sebab tiada siapa yang dapat bantu diri aku sendiri selain aku. aku diletakkan dikelas kedua terbawah, ok aku bergual dengan ramai manusia yang mengelasifikasikan diri mereka sebagai otai. benci menguasai diri. bergual dengan mereka kadangkala tersangatlah menjengkelkan! tapi bila difikiran semula. jutaan dan ribuan terima kasih aku ucapkan. aku belajar macam benda. bergaduh dengan perempuab sebab komunikasi serta berguling dalam kelas sebab nak tunjuk siapa kuat. semua pengalaman. berharga, tamat

PMR aku kembali sedih. macam sia-sia semua buku latihan dan biasiswa yang aku dapat. aku beli buku aku buat latihan. malangnya entah apa silap dan punca aku masih gagal. aku hanya mendapat 2A6B malu menguasai diri. rasa sia-sia sebab pihak sekolah meletakkan aku dibawah program anak angkat 8A! malangnya hanya dua yang mengena, entah kenapa pada peperiksaan pertengahan tahun aku dapat top20. jadi dapatlah masuk kelas elit. macam pemangkin pun ada, berkobar-kobar. mungkin tiada keberkatan. biasalah umur sebegini. kita mula memberontak, sembahyang banyak tinggal semua. aku salahkan diri aku sendiri. mungkin kerana aku tidak ikhlas dalam melakukan semua benda, dan mungkin juga aku terlebih keyakinan kepada diri! salahkan diri sendiri. seperti biasa, lepas result keluar. air mata menjadi peneman setia. kawan baik yang aku sangat sekepala pergi MCKK. serius aku sangat down jeles. masih teringat surat tawaran yang dia tunjukkan kepada aku. sangat gah. iri hati! tapi nak buat macam mana sudah itu rezeki beliau.

tamparan terhebat ketika SPM! serius aku gembira ketika berada di menengah atas, aku rapat dengan semua. aku happy. tapi malangnya semuanya tidak berakhir dengan gembira. pertengahan bulan tujuh aku pindah secara mengejut ke kampung. abah dah tiada. aku terkaku, tapi hidup harus diteruskan walaupun amat susah bagi aku untuk telan realiti sebenar. aku pergi ke sekolah. perangai lama masih tidak berubah, aku bertambah kronik. aku pernah dihalau dari kelas kerana selama dua jam mata pelajaran sejarah aku habiskan masa dengan tersengguk! sungguh aku rasa sangat sakit hati dengan ayat wak man, tapi nak buat macam mana. takkan aku mahu melawan. dia guru aku redha, walaupun sangat malu. terima kasih pada guru lama dan baru. kerana mereka aku berjaya mendapatkan keputusan yang agak bagus walaupun tidak cemerlang, tapi aku bersyukur atas pencapaian aku sendiri. 2A1 2A1 2B3 4C5 tidaklah seteruk mana. alhamdulillah!

aku teruskan perjalanan hidup ke KMPk. walaupun aku bukan seorang yang berotak sains, tapi aku memberanikan diri mencuba. akhirnya aku akur. aku memohon disember intake untuk ke UiTM. aku dapat kos yang di impi-impikan. asasi undang-undang. walaupun aku rasa berbelah bahagi untuk meninggalkan matriks tapi salah seorang sahabat kurniaan tuhan telah membuatkan aku begitu yakin dengan pilihan yang dibuat. pilihan keluar dari matriks adalah tepat, CGPA bagi semester pertama hanya 1.982. tak kena tendang, tapi masih dibawah pengawasan. kesah habes, aku dah berhenti.
semasa di UiTM inilah aku dapat merasa apakah rasanya mendapat 3.00 pointer ke atas walaupun tidak 3.50 tapi aku amat berbangga dengan pencapaian aku sendiri. walaupun ianya hanya 3.40 tapi aku amat bersyukur. sudah tamat.
kini aku termangu-mangu bilakah akan keluarnya result bagi semester dua. tarikh keluar result rasmi aku masih tertanya-tanya. tapi biar sampai sini sahaja. sudah tamat semester dua dan satu. aku boleh melabuhkan tirai hidup sampai sini sahaja. walaupun tak habis lagi. tapi aku amat bersyukur. ia aku benci semester dua. tapi bila dirumah aku tahu hikmahnya. semester dua mengajar kita untuk mengenali siapa diri kita yang sebenarnya. walaupun segala kejadian di dalam semester dua adalah amat memeritkan tapi at least semester dua sudah mengajar kita. jadi aku ingin ucapakan terima kasih kepada semester dua.

aku tidak tahu motif sebenar entri kali ini. tapi serius setiap manusia diuji dengan jalan yang berliku sebelum ketemu kejayaan yang abadi. jika bukan di duniawi mungkin di akhirat nanti! siapa tahu? kehidupan adalah salah satu event yang sangat berahsia. dipenuhi dengan pelbagai kejutan yang tidak disangka. ada yang sakit. ada yang tidak. ada yang manis . ada juga yang pahit. semua ini asam garam kehidupan manusia? kita pasti iri hati dengan kejayaan rakan kita yang lain? sebagaimana aku iri hati melihat keputusan SPM salleh yang tersusun cantik A dan di temani *1* dibelakang. tapi aku tidak boleh kata apa. itu rezeki mereka. rezeki kita tiada siapa yang tahu. hanya Allah yang tahu. Allah tuntut kita berdoa. supaya kita senantiasa ingat DIA ada jika kita dilanda kesusahan. tapi jangan kita menjadi begitu alpa sehingga melupakan DIA taktala kita sudah gembira dan mendapat apa yang kita mahukan. ingat semua yang kita ada di dunia ini bukanlah sesuatu yang tetap sesuatu yang abadi. hidup di dunia adalah persinggahan yang sementara bagi kita semua. tidak sama sekali. kita hanya boneka, andaikan hidup kita seperti konsol permainan bagi the sims. agak berlainan. bukan kita mengawal. tapi diri kita sendiri mengawal kita, minda menjadi motor utama. jadi mindalah memainkan peranan dalam semua perkara! tanamkan azam! kuatkan semangat nescaya kita boleh berjaya.

mungkin kita tidak mendapat kejayaan sekarang, mungkin kita harus menunggu lama sedikit. ingatlah semua yang terjadi adalah ujian. persoalkan diri kita sendiri? sekuat manakah kita? mampukah kita? insya-Allah kita mampu untuk melakukan segala-galanya. walaupun ianya memakan masa, tenaga serta usaha tetapi percayalah semua ini amat berbaloi bagi kita sendiri. sudah letih aku menangisi kegagalan! yang pasti semester tiga pasti hadir! kejutan pasti bakal berlaku. aku hanya insan kecil yang menunggu segala-galanya. harap permulaan yang baik yang aku mulakan dulu diakhirkan dengan baik juga.

aku sedih sebab we're drifted apart
tapi setiap benda yang berlaku pasti ada hikmahnya
rasa menyesal pula sebab bersedih, dan sebab aku tidak mahu balas wallpost dan ping chatbox seseorang itu. bukan apa. aku cuma dah malas nak fikir. aku dah putus asa. aku fikir tadak teman hidup sampai ketua pun takpa! bukan dah tidak mahu kawan. cuma malas nak layan. cutikan perlulah gembirakan diri sendiri! semoga anda dan anda semua bergembira ketika cuti ini.

bata dah ambil aku jadi pekerja dorang!
KAU ADA?

minta maaf jika aku terbuat good riddances kepada kau. tapi serius bila aku kata
"malas aku nak layan." memang aku takkan layan sampai masa aku nak layan semula.

selamat berjaya kepada sesiapa yang bakal menduduki MUET!
marilah kita saling doa mendoakan antara satu sama lain
amin dan alhamdulillah.

Khamis, 7 Oktober 2010

tak rasa hot.

kau ada?

no offend!




terima kasih sebab buka minda aku ke dimensi baru.
buka mata aku luas-luas.
rasa bahagia pula sekarang.
i am me once more babeh!

vintage, checklist cuti semester

well sebelum musim cuti semester ritu, saya ada berazam nak penuhkann wardrobe!
alhamdulillah berjalan seperti lancar dengan bantuan zuzu dan elley.
walaupun mereka nampak aku half naked sebab kedai baju tue tadak fitting room! -.-
ada ke patut suruh aku ganti@try baju dekat belakang tembok. tak berpedoman langsung!
tapi dah terpaksakan nak buat macam mana. so haruslah! bantai je. nasib baik i pagi boxer yang saiznya macam seluar main futsal.

tanpa diduga cuti ini adalah kali pertama aku pergi ke melaka seorang diri. ok serius bangga!
sebab tak pernah pun pergi melaka sorang-sorang.
dan tadi memanglah sungguh splendid. tak hingat kau berjalan berpeluh macam petani! KAU ADA?
terima kasih kepada zuzu dan elley sebab bawa saya jejalan sekitar afamosa dan melepak di mcd dataran pahlawan sambil buat forum semester dua. cisss i missed a lot. tapi tak pa nah benda dah lepas. malas aku nak fikir.

tadi masa jalan-jalan melaka dapatlah kami main tangkap-tangkap gambar. serius tak banyak wooo. sebab semua gila kamera dan semua ralat nak tangkap gambar. kalau boleh nak masuk sekali tiga-tiga, last last kami gilir tangkap gambar. serius best gila, walaupun letih tapi ianya amat mengembirakan.

ini separuh daripada kenangan diambil semasa kami di Melaka tadi.
owh cuti sem nieh banyak kali jalan. minggu depan nak pi mana pula ha?
BHAHAHAHAHAA
 keletihan menaiki tangga!
 tinggalan portugis
 sepanjang dua semester inilah kali pertama tangkap gambar ber

 tanganku yang gagah! tak lupa bersama nurul cakap cakap wannabe. -.-'
 perut yang bulat!
 zu'ell
 gambar cover album!
 serius aku suka gambar nieh!
nak balik dah. =(

dan dua helai baju baru yang dibelanja oleh kakak ana kita
KAU ADA?
dua helai baju baru yang sangat pelengkap gaya!

selepas beberapa tahun mencuba. hari ini saya berasa amat bangga sebab dapat menyarung skinny jeans
mana taknya selepas 19tahun hidup. hari inilah yang paling bahagia, sebab dapat rasa betapa bahagianya menyarung seluar yang melekap terus ke peha i yang seksi ini. janji tengok gambar bawah nie tak gelak. serius i rasa macam superstar uols! dah jangan nak gelak terlampau! serius rasa dan nampak macam nyonya yang i nampak masa zaman sekolah nak nak masa waktu pagi masa dorang  buat taichi! 
jangan nak gelak lebih-lebih!

apa-apa pun! thanks ana dan elley! sebab bawa i jejalan melaka ok!

*mood-tadak duit!*
ok selamat malam. dan selamat bercuti
semoga lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh!
and benar i tak rindu merbok langsung!
cium sikit. muah muah

pasal tak balas mesej?
malas nak fikir. cuti nieh nak bahagia je.

Rabu, 6 Oktober 2010

cinta.

sangat berbunga hati.
bila ada orang cakap kita macam niehkan.
tak boleh bagi hint banyak. bagi sikit sahaja.
biar rahsia selamanya.



*bye handsome.*

cukup untuk buatkan hati berbunga. 
lepas nieh panggil i *HANDSOME*

hai anggun.
bye handsome.

Selasa, 5 Oktober 2010

britney spears

  1. betul kami over dalam gambar ini, kerana kami "retard" dalam erti kata kami sendiri
  2. ye. kami akan soal. KAU ADA kawan over over macam nieh?
  3. tak tahu kenapa i just love this picture. sangat sensual dan candid.
  4. i am the one who ate the most that day! one word for it. HEAVEN BABEH!
  5. from left(standing position) syafiq affandy hasan. mahmud mazolan. ahmad hafiz. from right(on the couch) idyvino saha, shazlida mohd shafee(she adore my posed a load), azleena khairuddin.
  6. 6 open houses in a day. shitload of food, it ruined my diet plan completely, DOOMED!
  7. it is food fiesta. lasagna for dinner. chicken rice for lunch. nasi impit with rendang for brunch. sphagetti for breakfast. BHAHAHAHHAHAA and not to forget muiz's house. hahah
  8. otak-otak and cucur for supper.

terima kasih banyak-banyak.
ha cepat sikit datang ke KUALA PILAH
jangan buat buat pandang sebelah mata sahaja.

LOVE
-mahmud mazolan-


*we're classy and elite in our own ways*

tips kahwin.



"susah sangat nak cari pasangan hidupkan?"

meh aku ajar kau cara paling termudah.

nanti bila susah sangat aku nak cari pasangan. yelah sekarang sedang angau tak hingat. pejam celik semua ingat kejadian bawak kereta sambil tak tekan brek. anggun gila la wey.

prinsip terbaru aku dalam mencari pasangan
masih menggunakan proses ini sebagai
jalan untuk mencari


"calon isteri"

tapi lagi senang bila dah susah sangat nanti aku buat.


"jumpa terus nikah!!!!!!"

ha kan mudah macam tue. cepatlah jumpa masa kerja nanti. boleh nikah terus.
-.-'
biasalah cutikan. macam-macam sindrom keluar


*ok muntah hijau geli gila nak post benda nieh*

facebook


Mahmud Mazolan.
 
*ok sekarang dah kenal dan tahu siapa dia kan? jadi jangan banyak soal dah!*