Ahad, 31 Januari 2010

play like it hot!

konfiden adalah satu kemestian.
ditambah pula dengan kegembiraan.
sifat ingin tahu yang mendalam membuatkan hati menjadi berdebar-debar.
tapi secara kasarnya, aku sangat menyukainya.
kau adalah seoarang wanita dengan sentuhan yang penuh magis yang bisa menukarkan semuanya menjadi emas.
kau membuat aku menjadi lemah. dalam kadar masa yang sangat singkat.
berhenti! sungguh kau membuat aku menjadi malu.
kerana orang disekeliling@diluar sana sedang memerhatikan kita.
aku tak pasti sama ada kau tahu atau tidak.
tapi meligat kau, wow! kau sangat anggun dan sangat susah untuk dikatakan tidak!
aku tidak pasti, sama ada kau tahu atau tidak yang sekarang ini kau sedang diperhatikan dalam radar aku.
owh ya sudah pasti.
kau sesungguhnya berada dalam radar-ku!
dan jika aku perasan kau, ya aku tahu itu memang kau. tanpa ragu-ragu lagi.
aku pilih kau! sebab aku tidak mahu kehilangan kau.
dan kau masih dalam radarku, selalu dalam radarku.
dan bila kau berbicara.
bila kau berjalan.
aku mahu sensasi cinta dari kau. -.-
aku mahu kau juga merasainya,
dan dengar wahai sayang
sila turunkan sikit kadar kehotnessan anda
aku cuba membuatkan kau faham di sini
kau mempunyai style yang sangat versatil
jika kau beri sepuluh juta senyuman juga
aku pasti aku dapat menerimanya
kerana segala gerak geri kau berada dalam genggaman aku
mata kau memandang tepat ke dalam hatiku,
mata bertemu mata, kau membuatkan aku menjadi tidak tentu arah
kau lihat aku memandang kau lagi
aku terus jatuh cinta kepadamu, =P
aku tidak pasti sama ada kau menyukainya atau tidak?
tapi aku ingin kau tahu sesuatu
yang aku tidak akan berhenti dari berpelakuan sedemikian
kerana aku begitu menginginkan kau
berada di dalam RADAR aku

*BOREDOM STRIKES ME AGAIN!!!!!!*

Sabtu, 30 Januari 2010

relevankah semua itu?

sebentar tadi seorang kawan bilik baru sahaja menunjukkan gambar-gambar kawan beliau di myspace.
aku agak terkesima dengan gambar tersebut.
melayukah dia?
islamkah dia?
tanya ku diam..

kelu lidah aku memandang semua itu
bak kata lisa marie presley
"words fail me!"

okay mari kita mulakan sekarang
ya, saya tahu anda kool!
anda sangat kool dengan tindikan dan gambar berparti di tempat-tempat yang boleh diklasifikasikan sebagai tempat anak-anak orang kelas atasan bersuka ria.
tapi perlukah anda mempublisiti sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah dan persoalan kepada orang lain yang melihatnya nanti.
saya tidak kisah jika segelintir rakan anda akan mengomen gambar anda dengan sebegini rupa
"bro koolah gambar kau!''

kalau ada gambar anda mengneguk arak
mungkin separuh dari mereka akan mengomen gambar anda sebegini
"nak sikit!"

aku?
apa celaka kau nak sikit?
aku tidak dengan apa yang berlaku pada para remaja kita pada masa kini
ya saya tahu anda juga mahukan kehidupan yang boleh dianggap anda cool untuk diterima oleh para sahabat lain
mungkin anda juga mahu disanjung
tetapi serius saya katakan disini adakah relevan bagi anda untuk menunjukkan@menge-poskan gambar sedemikian
selain itu juga, adakah anda pernah belajar agama islam?
takkan ilmu asas agama pun anda tidak pernah belajar?
sadis sungguh kehidupan anda para sahabat
saya bukan mahu menjadi seorang yang berpandangan yang agak kekampungan di sini
tetapi saya tidak tahu
adakah tidak pernah ibu mahupun bapa anda mengatakan
benda itu, benda ini haram untuk dimakan. bahkan jangan minta dipegang pun sudah tidak mampu saya lakukannya.
saya akui, saya bukanlah seorang muslim yang teguh akan pegangan agamanya
cukup sekadar saya tahu apa betul dan salah
cukup sekadar akhlak dan akidah saya terjaga dari diracuni
cukup sekadar saya melakukan amal kebaikan dan melakukan tanggungjawab saya seorang muslim
tapi kita sebagai manusia. sesungguhnya kita mampu untuk berfikiran demikian bukan?
tidak malukah anda apabila di kad pengenalan tertulis dengan bangga status
MELAYU
dan bangganya tercetak perkataan bold dengan agama teragung
ISLAM
tapi akhirnya anda berpelakuan demikian. jika anda berpandangan liberal. saya rasa ini bukanlah salah satu negara yang menerima islam liberal sebagai pegangan hidup.
kita bukan hidup di negara jiran.
kita dengan bangga dilahirkan dengan azan/iqamat berkumandang di telinga.
tetapi apa telah terjadi. apakah itu semua tiada pedoman dalam hidup anda.
jika anda tidak mengasihani diri anda, tidak apa-apa. teruskanlah apa yang anda mahu lakukan.

tetapi mahulah saya tekankan di sini.
anda masih ibu bapa bukan. gembirakanlah hati mereka selagi anda termampu
kadangkala dalam hidup ini kita tidak bolehlah menjadi begitu mementingkan diri sendiri.
kadangkala dalam hidup ini juga, kita harus mengorbankan kegembiraan kita untuk kebahagian orang lain.

percayalah kata saya
jika kita melakukannya kerana mengharapkan orang lain gembira.
insya-allah kita pun akan turut serta gembira dengan setiap perkara yang kita lakukan.

saya juga remaja
saya juga seorang individu
saya juga sudah dewasa
in the simplest words ever

I have a mind of my own. Nobody is changing me. Nobody is brainwashing me. I can think for myself and I know what’s right and what’s wrong.I am an individual, With a mind of his own.=)


saya tidak pernah kisah pasal kekoolan hidup anda.
mungkin kadangkala ya.
ada juga perasaan jeles
tapi bila difikirkan kembali?
apakah faedah dari semua itu?
mungkin ianya akan beri pengalaman hidup pada anda
tetapi bagi saya mungkin zama tua nanti akan diceritakan kepada anak2 cucu dengan perkara lame
tapi saya masih bergembira dengan hidup saya dan dengan apa yang saya ada sekarang
saya ceritakan pada orang tentang kesalahan saya, tapi saya tidak mempublisitikan perkara tersebut
saya simpan dalam hati dalam2
i know its your prerogative to do whats you like and what you dont
but sometimes plis dont be so open about it
someone will said. owh just let it be. but do u ever know what other than that person said?
the answer is no right?
unless someone told you about it!

like one of the quotations from my friends blog

i hate it when I care about you more than you care about me. Ever had that feeling?


and the answer is yes.
and its suck
-.-.

Khamis, 28 Januari 2010

kerdilan kemasan.

aku manusia kerdil di dunia tuhan yang luas ini.
ditimpa masalah dan mencari masalah.
mencari masalah adalah lebih banyak berbanding ditimpa masalah
pandangan harian untuk hari ini.

bukan semua manusia berhati mulia. bukan semuanya!

Selasa, 26 Januari 2010

people may have changes. but i will never change.

good riddance.
post dan entry kebanyakan random blog membuatkan aku betul2 menangis
nak tahu kenapa. sila baca ini kawan2 sayang2.


entri kedua dari kakak ijah pun membuatkan aku menangis sayu malam tadi.


sekian.
aku tak tahu kenapa masih ada manusia yang tidak menghargai insan2 terpenting dalam hidup mereka sebegini.
aku rindu insan yang bernama abah dalam hidup aku. ikhlas dengan hati yang penuh kerinduan.
tapi still mengapa ada insan yang menganggap ini semua lakonan
aku tak pernah panggil ayah aku dengan nama ayah aku

aku bangga memanggil beliau ABAH!!!!

aku respek dan sayang pada ayah aku gila-gila.
kau rasa aku minta simpati murahan?
pergi mati sama kau.
wahai manusia.
kau bukan kawan aku lagi,
walaupun aku dengar cerita buruk tentang si polan itu dan ini.
tapi aku rasa dia lebih layak di panggil kawan dalam duka.
tapi insan macam kau?
bukanlah manusia yang layak di panggil sebagai kawan.

aku panggil mak aku
EMAK.


EMAK DAN ABAH. ADIK SAYANG KAT MAK DAN ABAH SANGAT2
ABAH JANGAN RISAU. DOA ADIK UNTUK ABAH SELALU BERSAMA.

AKU PUNYA HATI, SEBAB ITU AKU SELALU SEDIH. SEBAB AKU TAHU KASIH SAYANG YANG TELAH AYAH AKU CURAHKAN PADA AKU MEMBUATKAN AKU BEGITU RINDU KEPADANYA. TAPI KAU? ENTAH AKU TIDAK TAHU.

AKU TAK KISAH PASAL KAU LAGI DAH.
APA NAK JADI PADA KAU. JADI.
AKU RASA MACAM ORANG BODOH SEBAB KASIHANKAN KAU DULU.
KAU NAK FAMOUSKAN?
HA AMBILAH! JUAL NAMA AKU LAGI.
suka bai.


BY THE WAY!!!!!

I WILL IGNORE YOU COMPLETELY.
YES COMPLETELY...


ONCE U DIED!!!!
I'LL BE THE ONE WHO DANCE ON YOUR GRAVE!
SANGAT MEMUASKAN!!!!!!!

Sabtu, 23 Januari 2010

tika dalam sepi

agak menjengkelkan tajuk entri kali ini. bunyi seperti agak terdesak untuk mendapatkan perhatian.
manusia adalah mahkluk tuhan yang paling kompleks. cukup sekadar itu. satu ayat bagi kita semua.
KOMPLEKS.
cuba kita huraikan makna dan maksud kompleks itu.
susah bukan?
KOMPLEKS bukan?
hal ini sama seperti manusia. manusia adalah makhluk tuhan yang paling kompleks. aku tegaskan sekali lagi di sini.

kita hidup dalam masyarakat. jadi adalah amat penting bagi kita untuk berkomunikasi antara satu sama lain. susah untuk di ungkapkan kebencian kita seseorang, walaupun kita benci dia sampai tahap dooms day!
tapi disebabkan kita hidup dalam keadaan bermasyarakat bukan?
jadi haruslah kita simpan dalam hati.
usah hipokrit jika kita dalam keadaan sebegini. usah salahkan orang lain, kalau kita benar-benar mahu berubah. lebih baik kita berterus terang dan katakan pada mereka azam kita.
haruskah kita menipu sekadar ingin mendapat nama?
bagi aku. aku tidak perlu. pentingkah nama kita untuk di-legilasikan sebagai orang yang terhebat?
tidakkah kita bertanya pada diri sendiri. apakah jasa kita kepada komuniti masyarakat sekeliling untuk disanjung sampai begitu rupa? berdaulatkah kita ini?
tanya diri anda sendiri.
kini aku lebih terarah untuk melihat hidup dari perspektif yang berbeza. jangan abaikan tanggungjawab kita sebagai alat di dalam sesebuah komuniti sebegini. jangan sesekali. cukup kalau kita berkerja sebagai penyampai madah baharu yang muktahir.
tapi bagi aku. aku lebih suka mendiamkan diri.
tepat mulut bising mana boleh simpan rahsia. tapi jujur aku katakan. aku tidak suka buka aib orang. masih ingat lagi aku terbaca satu hadis.

"barangsiapa yang membuka aib seseorang bahkan yang boleh mendatangkan keburukan kepada nama beliau, nescaya ALLAH akan tunjukkan@bukakan 1001 keburukan beliau,"

berpandukan pedoman berdasarkan hadis di atas
kini aku sedang berusah untuk menutup segala keburukan yang aku nampak tetntang orang lain dalam hati dalam-dalam
jangan risau pasal mereka.
biarkan mereka dengan dunia mereka sendiri
aku tahu tugas aku sebagai khalifah kena menasihat dan membimbing mereka
jadi aku telah cuba. kalau sudah sampai tahapnya tiga kali aku bagi nasihat. tapi masih tidak ada perubahan, jadi lebih baik aku pandang sahaja apa yang mereka lakukan berdiam diri.
tiada guna bagi nasihat pada orang sebegini.
seperti mencurahkan air di daun keladi.
owh ya.
jam sudah pukul 8.10
tapi aku masih belum mandi dan solat
kita blog lain kali
nanti aku cerita lagi


aku juga ada hati dan perasaan, aku mahu jadi lame. miahahahahah

Selasa, 19 Januari 2010

kalau aku mampu bilang sampai sejuta pun aku tak kisah.

pergolakan minda selalu terjadi sejak kebelakangan ini.
aku runsing dengan segala perkara yang berlaku di sekeliling aku. ya tidak tahu apa yang berlaku. mungkin aku terlalu obses dengan sesuatu perkara sehingga aku sendiri yang menwujudkan konflik palsu semata-mata di dunia yang sebenar. mungkin aku bukan manusia normal yang normal. aku normal jenis lain. tetapi yang pasti cukup sekadar aku berasa selesa dan normal dengan diriku sekarang.

empat perkara sangat memusykilkan aku.
tujuh lautan dan benua membuatkan aku kagum tentang hamparan permaidani dunia ciptaan tuhan. owh besarnya nikmat yang kau beri padaku ya ALLAH!

mempunyai keluarga yang agak membesar membahagiakan lagi hatiku
walaupun aku agak selalu melakukan perkara-perkara kasar tapi aku juga manusia. mahkluk yang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan.

akhir ini, hati selalu dilanda dengan pelbagai tujahan cerita sedih yang bisa membuatkan hati ini meraung. tapi yang penting raungan itu aku simpan dalam hati.
peduli apa mereka kata.
"jangan simpan dalam hati! nanti memakan diri sendiri juga."
baru petang ini hati kecil ini disentuh kembali dengan cerita sedih
kisahnya tentang TANGGANG MODEN!
aku merasa agak sakit hati dengan cerita tersebut
ibu bapa di hantar ke rumah orang-orang tua?
apa kejadahnya kau dilahirkan sebagai anak?
apa kejadahnya ibu dan ayahmu bagi kau makan?
kau tak pernah ingat budi mereka ke?
walaupun secebis?
kau hati jenis apa? YAHUDI?

PFFFFFFFFFTTTTTTT

perkara sebegini ini membuatkan aku sedikit muak dengan perkara yang berlaku sekeliling kita
ada dua perkara yang boleh membuatkan kita marah dalam dunia ini

1. mahkluk ALLAH itu mengkeji ahli keluarga kau
2. mereka secara seksualnya menyerang kau

kalau dua perkara ini berlaku pada kau, memang kau wajib tumbuk insan itu sampai kau puas.

tapi bila kita sudah makan budi lain pula ceritanya
aku agak keberatan untuk mengepost benda sebegini
sebab aku kurang pasti dengan apa yang akan aku perkatakan nanti

*ok mari kita mulakan*

hidup ini bergelumang dengan budi. setiap hari kita mahupun orang disekeliling kita berbudi.
tidak pasti secara langsung atau tidak.
tetapi bila sudah termakan banyak budi lain pula jadinya
secara diam dan perlahan-lahan akan terlihat pro dan kontra yang menerima budi dan yang berbudi.
perkara lampau yang boleh di anggap lapuk dek zaman akan di ungkit secara mendalam. kadangkala kita juga akan terasa sakitnya bila mendengar cerita sedemikian. hal ini kerana kadangkala kita juga akan terasa seperti terperli dengan apa diperkatakan.
*serius*
ungkitan yang bernada kemarahan dan kesedihan mempunyai maksud yang mendalam. perkara seperti ini dapat melihatkan betapa kesalnya seseorang itu menabur budi kepada seseorang yang tidak menghargai dengan apa sumbangan yang telah si polan itu curahkan kepada si polan yang lain. agak sadis bunyinya. tapi itulah realiti. manusia senang melupakan budi. mereka ingin hati mereka di jaga dan budi mereka di balas. tetapi mengapa tidak mereka melakukan perkara yang sama?
remeh bukan?
kita senang meingat budi kita kepada orang lain.
tapi kita ingin kita ingat budi orang kepada kita?
susah bukan mahu ingatkannya?

konklusi dari aku
ada beberapa sebab yang membuatkan aku tidak merasa amarah kepada seseorang tersebut.
walaupun agak berat juga perkara yang mereka-mereka semua sudah lakukan kepada aku.
tetapi masih ada batasnya. terutamanya dua perkara yang aku perkatakan di awal perenggan tadi.
disebabkan budi perasaan marah yang membuak-buak membuatkan aku jadi tidak marah kepada seseorang itu.
aku ingat budi mereka. aku tidak harap mereka ingat setiap budi yang aku sudah taburkan pada mereka. biarkan ianya semua berlaku seperti ombak menghempas pantai. sebelum datangnya badai. pasir-pasir di pantai cantik dengan jejakkan sang ketam. bila datang si ombak habis semua hilang.

seperti ibu bapa kita juga.
aku sayang ibu dan bapa aku lebih dari apa yang aku dapat tunjukkan dari segi zahir.
kalau aku dapat berikan satu dunia ini pada ibu dan bapaku tetapi memang sungguh mustahil dunia yang sebesar ini mampu membalas jasa mereka terhadap aku.
aku pernah menonton satu drama lama dahulu
aku ingat satu quotes dari watak utama tersebut.

"ibu bapa tidak pernah mempunyai dosa kepada anak-anak mereka!"

ya tepat.
memang ibu bapa tidak pernah mempunyai dosa kepada kita.
cuma kita yang melakukan dosa kepada ibu bapa!

signifikan post kali ini:
aku tidak pasti apa yang sedang di fikirkan oleh sebilangan polan durhaka di luar tersebut sampai sanggup membuang ibu bapa masing. di tinggalkan di stesen bas. selepas pembedahan jantung? KEJAM. SUNGGUH KEJAM.
tidak pernahkah terlintas difikiran mereka tentang jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka dalam hidup mereka!
masihkah mereka layak digelar seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. akal dan juga fikiran.?
aku pernah punya ayah.
ya aku mengaku. aku bukanlah seorang anak yang soleh seperti adik beradik yang lain-lain. kadangkala aku juga terkasar bahasa kepada ibu bapa aku. kadangkala aku juga tidak bersefahaman dengan apa yang telah mereka lakukan@buatkan@suruh aku lakukan. tetapi kini aku semakin dapat berfikir secara matang.
sungguh! aku sungguh menyesali semua kekasaran yang telah aku lakukan dahulu. tapi aku tahu nasi sudah menjadi bubur. jadikan kesilapan lampau sebagai pedoman bagi hari ini. berada jauh dari rumah membuatkan aku lebih menghargai insan yang bernama emak, manusia-manusia rapat satu gen yang dipanggil abang dan kakak
iya dan juga
seorang lelaki yang pernah aku panggil ayah.
walaupun sudah setahun lebih abah meninggalkan kami semua. tetapi serius gambarnya, namanya, sikapnya, coletahnya, keletahnya, lawaknya masih terngiang-ngiang di benak ku.
aku tahu kini beliau sedang berada di tempat yang lebih baik. lebih aman dan harmonis hendaknya.
kini aku lebih menghargai mereka semua.
lebih dari apa yang aku hargai mereka pada masa yang lalu.
jika dapat dikira dengan asas matematik tahap hargai seseorang dalam hati aku.
mungkin jawapannya akan tertulis INFINITY mahupun SYNTAX ERROR!

SAJAK PEDOMAN SENDIRI.

diam-diam aku mengisi kekosongan hati dengan kegembiraan yang direka sendiri dalam dunia rekaan sendiri.
diam-diam aku menyanyi demi menghiburkan hati di dalam dunia sendiri.
diam-diam aku berlari membawa diri jauh dari gelora hati.
diam-diam aku disini menangis diri sendiri.
diam-diam aku disini duduk di tepi jendela melihat bukan yang cemerlang disana menemani hati ini.
diam-diam aku disini megesa hati supaya tidak sedih lagi.
diam-diam dalam hati ingin aku jerit para seluruh manusia yang leka akan perkara duniawi.
hargailah perkara sebegini!

p/s=melankolik. hargailah mereka sebelum ianya terlambat!



Isnin, 18 Januari 2010

menjadi stalker terbaik.

owh malam sudah larut
nantilah aku cerita
mata seperti di gam dengan gam gajah sudah.


terima kasih atas pujian anda.

misi terbaru

*mari jadi stalker terbaik!*

Ahad, 17 Januari 2010

sejarah tercipata

hari ini dalam sejarah!
kos makanan pada hari ini
hanya....




RM2.80


*TEPUK TANGAN RAMAI-RAMAI!!!!!!*

masa tidak lari tetapi dia hanya berlalu dan meninggalkan kita.

dalam sepi. kita pasti mencari seseorang yang boleh mengubat jiwa yang luka.
walaupun pedih kita tetap simpan dalam hati. kita cari orang yang kita suka untuk menyejukkan kembali semua yang berduka lara.
kini hati yang panas itu boleh diubati. walaupun sedikit tetapi ianya masih boleh di ubati. realitinya bahangnya masih ada di situ cuma tak serealiti yang mungkin. samar-samar warna kesedihan mungkin ya!

samar-samar masa depan bukan bermakna tidak ada langsung!
ianya samar-samar tetapi masih ada cita-citanya di situ. seperti aku katakan tadi. ianya cuma samar-samar sahaja.
aku mungkin mempunyai cita-cita. mungkin juga tidak. tetapi dalam hati aku ini cuma ada satu visi dan misi kehidupan yang harus aku selesaikan sebelum misi-misi dan visi-visi yang lain datang menjelma.
aku pernah menangis kerana aku pernah gagal pada masa dahulu. tak keberatan kalau aku katakan sehingga kini aku masih menangis dengan kegagalan yang lepas, aku seoarang yang gagal itu realitinya. segagah mana aku cuba bangkit pasti ada halangan yang menimpa. aku anggap itu semua cabaran untuk menghadapi waktu yang sukar pada suatu hari nanti.

kini misi hidup lebih tertumpu kepada jalan yang menuju kebaikan
aku berjanji pada diriku yang aku tak kan masuk ke lembah yang menyimpang dari apa yang diingini
serius aku katakan di sini. aku bukanlah jenis manusia yang suka masuk bisnes pada zaman muda-muda. kalau untuk suka-suka aku katakan ya. tapi sungguh aku tidak suka bila nada dan tona propaganda anda itu lebih kepada keadaan memaksa.
owh ya! kau sudah kaya sekarang.
aku bangga punya seorang kawan yang kaya pada zaman muda
nanti bolehlah engkau masuk forbes. pasti nama kau terpapar pada front page.
apa-apa pun aku respek dengan pendirian orang. aku juga mahu kau jadi begitu. kalau sekali aku kata tidak mahu. sampai azalilah jawapannya aku tidak mahu.


ya!
benar!
tepat!
aku jenis orang yang suka mencerita tentang kejayaan orang lain kepada orang lain.
tapi aku? aku tak suka cerita pasal diriku sendiri sebab aku bukanlah manusia yang hebat yang dapat dibangga-banggakan.
cukup sekadar aku mempunyai kawan-kawan yang

HEBAT SEPERTI MEREKA!

SEKIAN UNTUK ENTRY KALI INI.
AKU TIDAK MAHU JOIN BISNES ITU.
TERIMA KASIH. SEKADAR MENGAMBIL TAHU YA!
INVESTMENT. FIKIR 44 KALI TERLEBIH DAHULU
SEBELUM AKU BERUNDUR, AKU TERIMA SATU MESEJ DARI SEORANG ANON!
MESEJNYA BERBUNYI BEGINI.

"hanya zaman persekolahn sahaja yang mengajar kita erti sahabat dan remaja, dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan kembali lagi...masa ini jua kita membawa haluan masing-masing, mungkin sukar untukkita semua bersatu kembali dalam satu tempat sekecil bilik darjah berlajar, bergurau, kekantin, ketandas bersama. terbukti zaman sekolah@remaja@pelajar adalah zaman remaja yang amat sukar untuk dilupakan. mungkin satu hari nanti kita akan menangis kerana rindukan zaman persekolahan yang sangat indah...jadi hargailah zaman remaja dan persekolahan anda...semoga anda dan anda semua berjaya dalam hidup kelak!"

celaka.
aku betul-betul rindu zaman sekolah.

Khamis, 14 Januari 2010

ini tidak berganda, ini super berganda









berakhirlah round pertama bowling game kami. cuma aku apiz dan azmie dalam game tersebut. lihatlah siapa leader. aku bai. kalau nak main minta dulu aku ajarkan.


round ke 2 bermula kali ini khalid ismath dan amir po telah bersama2 join kami semua.

owh ya kami juga cuba bermain pool! macam celaka seorang pun tidak berbakat! well guys kita nieh baikkan sampai nak main pool pun tak tahu. muahahahhaa

aku kalah pada round ke2
apiz zulkifli yang kononnya adik kepada shalin zulkifli pula yang menang
fake sungguh.

ok hari nieh aku makan kena rm15.oo
lima kali ganda dari rm3
memang celaka sumpahan nombor tiga ini

hamdan lepas ini jangan buat sesuatu yang memang susah untuk kau lakukan
just go on with the flow.