Selasa, 31 Ogos 2010

semester dua.

terlalu awal bagi saya untuk menutup segala kedukaan bagi semester dua ini
nantilah. selepas tamatnya kertas terakhir. insya-Allah saya akan bagi setiap ungkapan bagi semester dua ini. =)

Sabtu, 28 Ogos 2010

maaf.(ok ini menyedihkan)

saya tidak tahu apa yang sedang terjadi sekarang
tapi serius saya rasa seperti dipinggirkan oleh kawan-kawan lain
semua seperti menjauhkan diri dari saya
saya tidak tahu apa salah saya. dan apa yang telah saya kerjakan kepada mereka.
saya seboleh-bolehnya ingin menjadi kawan yang terbaik kepada semua.
malangnya, manusia mana pernah sempurna dalam melakukan apa jua benda, walaupun sekuat mana kita cuba memaksa diri kita menjadi sempurna tapi sedarlah...setiap manusia ada batasnya. dan tidak pernah menjadi sempurna bagi semua. dalam semua perkara dan benda. maka adalah mereka-mereka sebagai asas menutup ketidak kesempurnaan itu. Allah ciptakan seorang sahabat untuk membuatkan ketidak sempurnaan itu sebagai salah satu benda yang amat minor....hari ini saya mahu datang bersih-sebersihnya, sebersih yang saya boleh.

saya minta maaf wahai rakan-rakan. jika saya ada menyakiti hati anda sekalian dalam sedar mahupun tidak sedar. saya minta maaf jika saya seseorang yang sangat menyedihkan, menjengkelkan serta menjijikan. saya tahu, saya adalah bukan seorang rakan yang terbaik. jika ada lubang yang boleh saya baiki silalah beritahu saya didalam masa sebegini. insya-Allah saya akan cuba baiki sebaik mungkin, akan saya baiki segalanya. saya minta maaf jika saya sudah terlebih-lebih dalam semua perkara. sumpah maaf saya pinta, saya harap semuanya akan menjadi seperti biasa.

saya minta maaf jika saya secara langsung mahupun tidak telah menyakiti hati anda dan anda semua. tapi serius kadang kala saya agak keterlaluan dalam percakapan, saya akui mulut ini agak jalang. tapi percayalah, saya sedaya upaya cuba mengubah diri ini untuk menjadi seseorang yang lebih baik. saya perlukan bimbingan, nasihat jikalau saya tersasar jauh dari trek yang sebenar hidup ini bukan hukuman yang diberi secara tiba-tiba. saya akui mental, rohani dan amosi saya tidak sekuat mana, tapi keadaan sebegini....benar-benar memaksa diri saya untuk menjadi kuat.

saya ikhlas dan jujur dalam bersahabat. jangan disalah tafsirkan kejujuran saya. saya tidak pernah merasa persahabatan sebegini rupa. kawan-kawan banyak membantu dikala susah atau senang. tidak saya sampai hati untuk bermasam muka dengan anda semua. kalau ada pun tidak pernah lama. tidak pernah lama. hal ini kerana, budi yang telah anda semua curahkan kepada saya membuatkan saya malu dan segan pada diri sendiri. pada diri kalian untuk saya menyombongkan diri..

persahabatan adalah sesuatu yang memerlukan kejujuran
persahabatan adalah sesuatu yang diasaskan bukan dengan penipuan


malahan




satu quote untuk kawan-kawan sekalian
"no im not alone, with you all i fell like home oye my friends"

terima kasih atas memori yang begitu sempurna. memori yang sangat sukar untuk dipadam. dilepaskan serta dipisahkan dalam hidup, tapi mengertilah

all of you are something in my HEART


kata-kata terakhir dari saya

andai saya semua terkasar bahasa dengan anda semua. terlebih-lebih ketika bergurau dengan anda semua. agak menjengkelkan dalam kaedah berkomunikasi dan bersahabat. agak menyedihkan dalam melakukan semua perkara. maafkan saya, maafkan saya. saya adalah manusia yang kadangkala agak terlebih dalam batas pergaulan, serius saya amat menyayangi anda semua.

kita kawan lagikan?

dan kita akan selama-lamanya menjadi kawan. walaupun anda memandang jijik pada saya.

buat terakhir kali.
ampun dan maaf saya pinta.

jutaan maaf saya pinta. =)

Jumaat, 27 Ogos 2010

statement.

i will always be everyone's friend.

until the days they disregard me.

=)

i love you all!

baru sedar.

lama dah tak pergi the loneliness state of mind dekat kedah nieh.
rindu pula rasanya. dah lama dah. tak relevan sungguh bila kau sedar dari dan kau rasa

"owh aku masih hidup dan bujang!"

ok itu sangat lifeless.
kelmarin aku makan sambil tersedak-sedak
aku batuk macam orang gila
aku minum pepsi yang aku beli dekat tesco. baru 1.90!
sumpah best!

tadi aku baru je lepas minum air pepsi lagi
double sumpah best!

ok nak cerita
kejadian hari ini dan kejadian lampau
sekrang ini aku banyak mencarut. tak tahulah kenapa tapi serius banyak sangat
aku dah clueless kenapa aku suka mencarut. bila aku baca dekat internet dia kata bila kita suka mencarut maksudnya adrenalin sedang rush masuk dalam vein! tapi serius point itu choi gila. =.='

aku baru sedar yang aku bukan kawan terbaik
*dah lama aku tahu, tapi malas je nak cakap*

aku bukanlah seorang insan yang pandai menggembirakan hati orang lain
malahan, aku adalah seorang yang menjijikkan.
aku adalah seorang loser yang sangat lifeless.
aku tak pandai buat lawak. justeru, aku tidak tahu bagaimana nak buat orang tertawa.
aku tidak sedar diuntung. semua orang tahu.
aku pun dah sedar


aku berdoa dalam hati
agar:

*semester dua cepatlah kau pergi! semester tiga aku pasti kau akan datang tapi please be gentle dengan kami semua ok!*


tapi nak cakap satu benda.
*aku sayang semua rakan-rakan aku! dan aku adalah seorang loser lifeless yang suka sayangsayang semua orang walaupun orang tersebut benci aku macam nak mati. tetapi jauh dalam sudut hati aku tetap sayang semua orang*

aku adalah seorang loser yang lifeless, retarded mental.

sila ambil perhatian
*note taken*

sayang semua.

semester kedua cepat pergi main jauh-jauh, geli dan memualkan.

Selasa, 24 Ogos 2010

carry mark saya teruk
saya benci diri saya
saya benci diri saya

cepatlah semester dua ini tamat
saya nak cuti
nak duduk rumah diam-diam

=(((((((((((((

semua orang
maafkan aku kalau aku ada menyakiti hati sesiapa.

Sabtu, 21 Ogos 2010

jauh dalam hati.

jauh dalam hati aku mengadu pada diri sendiri

-aku rindu zaman sekolah menengah rendah dan tadika

-aku rindu zaman masa kehidupan kami di berek polis dahulu

-aku rindu hari-hari bersama abah

-AKU RINDU DIRI AKU YANG DULU

-aku rindu pada zaman-zaman lepas di mana kami hanya tersenyum dan buat lawak bodoh

apakan daya, masa berjalan begitu juga umur.
jadi usah difikirkan sangat
apa yang aku mahukan. aku mahukan diri aku yang lama.
bye the new me, welcome back the old HAMDAN NAZRI
which more fun.
=)

innuendoes.






im not afraid of anything,
I just need to know that I can breathe,
And I don't need much of anything,
But suddenly...suddenly

I am small and the world is big,
All around me is fast moving,
Im surrounded by so many things,
Suddenly....suddenly

How does it feel...
To be, different from me,
Are we the same,
How does it feel...
To be, different from me,
Are we the same,
How does it feel,

I am young
And I am free,
But I get tired and I get weak,
I get lost and I can't sleep,
But suddenly...suddenly

How does it feel...
To be, different from me,
Are we the same,
How does it feel...
To be, different from me,
Are we the same,
How does it feel,

Would you comfort me
Would you cry with me


dan saya bertanya semula pada anda
"can you imagined if you were in my sheos"

Jumaat, 20 Ogos 2010

antara halal dan haram.

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu” Kemudian beliau mencontohkan seorang laki-laki, dia telah menempuh perjalanan jauh, rambutnya kusut serta berdebu, ia menengadahkan kedua tangannya ke langit: Yaa Rabbi ! Yaa Rabbi ! Sedangkan ia memakan makanan yang haram, dan pakaiannya yang ia pakai dari harta yang haram, dan ia meminum dari minuman yang haram, dan dibesarkan dari hal-hal yang haram, bagaimana mungkin akan diterima do’anya”. (HR Muslim no. 1015).

sedang aku mengoogle tentang hal berkaitan agama
aku terdiam kaku bila terbaca akan hadis ini.
sangat mendalam maksudnya, bagi yang benar-benar mendalami secebis hadis sebegini.
bagi aku. aku agak sedikit terpanah. itulah manusia. terpanah dan dipanah adalah perkara biasa.

kita setiap hari melakukan amal-amal yang telah dipertanggungjawabkan
tetapi dalam sesuatu perkara kita kadangkala lalai dan terlupa dan terlepas pandang tentang perkara remeh seperti ini. iaitu berkaitan hal halal dan haram

pernah suatu ketika. kakak bercerita tentang kejadian di tempat kerja. sungguh menarik itu sahaja yang dapat aku perkatakan.
ikutilah perbualan di antara kakak bersama 3 orang pekerja lain.

kakak:"hai angel makan mana tadi?"
angel:kedai sana meh. jumlah pijah sedap. nanti i belanja you
abang 1:eh angel bukan ke itu kedai kaum you meh.
abang 2:a'ah. bukan ke si peniaga tersebut adalah cina?
angel:betullah. tapi AYAM SEMUA DIA POTONG MACAM MELAYU PUNYA MEH!
abang 1 dan abang 2:a'ahlah pijah nanti boleh kita pi makan sama.
kakak:=.='. wei,memanglah dia potong macam melayu potong! tapi adakah niat dia baca. islamkah si penyembelih itu? adakah dia potong ayam semua uh ikut hukum syarak islam? haish korang nieh.

stituasi di atas benar-benar melihatkan kita tentang contoh betapa mudahnya kita ambil hal-hal berkaitan halal dan haram ini. salah satu punca doa tak makbul! kita lihat kembali apa yang kita kerjakan. apa yang kita makankan. dan hasil-hasil pendapatan kita semua.

jika kita pandang kembali. dari titik terlemah manusia. manusia selalu leka dalam mengambil tentang hal-hal sebegini. kita selalu gagal. maka jangan risau. masih ada ramadhan. berbaki lagi 19hari. oleh demikian masih sempat lagi untuk kita:

"mencari siapa diri kita yang sebenar, mencari pedoman hidup dan berubah ke sesuatu yang lebih baik."
"biarlah kita harus merangkak dalam melakukan sesuatu perkara......tetapi jika kita tahu ianya memberikan kebaikan kepada kita? apa salahnya jika kita terus melakukannya."
"mencari benda dan makanan yang halal adalah tuntutan syarak. jadi marilah kita sama-sama mencarinya sebelum masih ada lagi benda bernama "roh" ini dibadan"

ramadhan semakin meninggal kita. alangkah bagus kalau ianya tidak harus pergi. jadi aku tidak perlu menunggu..

Khamis, 19 Ogos 2010

pagi jumaat

hari ini aku tidak bangun pada waktu pagi lagi
aku bangun agak lewat. jam 12 baru mata terbuka
aku kecewa. kerana pada bulan ramadhan inilah sepatutnya aku tidak terlepas untuk solat subuh. malang hidup aku, mata tewas dek nafsu tidur. sudah dua hari aku terlepas waktu tidur.
malam kelmarin aku duduk termenung di tempat lepak yang aku panggil "the lonely side of tut"
aku duduk lama. nak dekat tiga jam. aku termenung kosong. aku pandang telefon bimbit. tiada apa yang menarik. ialah baki wang pun tinggal rm0.00 kalau ada boleh aku mesej sesiapa sahaja. boleh aku mesej ainah dan berkongsi cerita suka mahupun duka.

semalam, aku nak sangat buat entri baru untuk blog ini. tetapi aku tidak keberaniaan untuk menaip. setiap kali aku pandang skrin komputer mata aku rasa begitu memeritkan. arghhhhhhhh tolonglah jangan rabun. sungguh aku tidak mahu menyusahkan emak. nanti kena buat spek lagi, mesti memakan kos yang besar.

kami bukan keluarga yang berada. kami tidak punya rumah besar. cukuplah sekadar rumah yang selesa peninggalan arwah ayah. itupun aku rasa amat bersyukur. kami tidak membeli baju mahal-mahal. kerana kami tahu kami tidak mampu untuk memperoleh barang-barang sedemikian rupa. aku ingat lagi pada zaman aku kanak-kanak dahulu keluarga aku boleh dikatakan susah. sehinggankan baju raya kami pakai adalah lebihan saudara maraku yang lebih beruntung nasibnya dari kami. masih lawa masih cantik. mungkin sudah out of fashion atau kecil sebab itulah disedekahkan kepada kami. kami tetap gembira menyambut hari raya...walaupun ada kedengaran suara-suara sumbang yang menyebut "macam kenallah baju raya kau nieh!" berulang-ulang kali ayat itu disebut. tapi apakan daya. memang itu lumrah dunia. kita pakai barang orangkan. lepas abah naik pangkat barulah kami dapat merasa baju baru. barulah kami rasa senang sedikit. baju melayu pun mak dah mula tempahkan kepada tukang jahit. sumpah sehinggan kini aku bersyukur gila.

semalam adalah hari berbuka yang paling syahdu bagi aku. baru aku sedar yang ramadhan ini memang benar-benar mengajar kita erti mendalami nasib orang yang kurang bernasib baik. aku berbuka dengan mee maggie(itupun pemberian rakan) serta air kosong. aku lihat rakan-rakan lain sedap memakan makanan yang dibeli oleh mereka di bazaar ramadhan. tapi apakan daya, aku harus berbelanja ikut kemampuan. senja itu aku rasakan maggie itu berasa amat lazat. sungguh lazat. aku hirup segalanya sehingga ke titisan kuah yang terakhir. Alhamdullilah. aku berasa amat kenyang.......sedang aku menginsafi diri sendiri. tiba-tiba telefon berbunyi. kedengaran suara ahmad hafiz dihujung talian.

"hamdan cepat turun ada murtabak aku belikan untuk kau!"

aku terdiam kaku. aku jawab. alah tak payahlah susah-susah. aku dah makan, dah kenyang dah pun

"ah,cepat turun!"

aku redha. aku turun untuk menikmati murtabak. aku ucapakan ribuan terima kasih pada ahmad hafiz. sumpah aku sangat terharu.

ramadhan kali ini benar-benar mengajar aku untuk menghargai antara satu sama lain lebih lagi. aku suka ramadhan kali ini. begitu banyak hikmah dan takdir yang terjadi. harap semuanya hikmah yang baik-baik belaka. aku tidak menangisi semua benda yang berlaku. aku cuma menangisi segala ujian yang aku tempuh kini.

tiket bas sudah aku beli. 5 sept 2010.
sumpah aku tidak sabar. boleh tak kalau aku......aku balik...aku balik rumah dan tak balik-balik sini lagi. serius, aku terasa amat dipinggirkan di sini. sumpah walaupun di rumah kadangkala aku dimarahi oleh emak. dimarahi oleh kak siti dan kak ijah, kadangkala tak kurang juga bang hisyam yang naik angin dan memarahi aku tanpa sebab yang musabab =.='. but what i wouldnt give just to hear those voice and nagging again! aku nak balik. aku nak jadi macam lepas spm dulu, aku duduk rumah dengan mak. tolong mak kemas rumah. basuh kain, sidai kain. biarlah orang nak kata aku macam anak dara ke hapa. tapi sumpah buat benda macam itu memang sangat membahagiakan diri aku sendiri.
aku tak suka dengan apa yang terjadi sekarang
semua sudah berubah, semuanya sudah menjadi tunggang langgang.

aku nak balik. aku nak bangun pukul4 semata-mata nak masak nasi untuk juadah kami bersahur. susun pinggan atas meja. tengah malam kala bosan aku pergi kemas dapur. keluarkan bekas kuih raya. susun pinggan. senduk lauk. sediakan meja. aku nak lakukan semua perkara yang aku lakukan selepas spam
aku nak balik. aku nak dengar lawak kak ijah. cerita kak ijah tika dia menghadapi masa-masa sukar berkerja semasa di bulan ramadhan.

dan paling penting aku nak balik
aku nak peluk dan cium mak
aku nak ziarah kubur abah masa akhir ramadhan nanti. ucapakan salam bersama mak dan menghabiskan masa petang asar itu untuk membersihkan kubur serta membawa air dan bacaan yaasin.
aku nak salam tangan adik beradik yang lain.

dan sebenarnya,,,,pagi jumaat ini benar-benar membuka mata aku seluas-luasnya.
sumpah demi Allah.

"aku rindu!!"

pagi jumaat ini bukanlah pagi seperti biasa lagi. pagi yang aneh dan perasaan yang sangat bercampur baur.

semoga kita menghadapi ramadhan ini dengan tabah dan sabar.

Isnin, 16 Ogos 2010

doomed!

i failed my law test
i wrote the darnest thing ever in my library test
i bang-ed my head on the wall. just to make myself felt more calm.
i cried each time i open up a new pages on my slides note
i score the lowest marks in my class for psychology test
another reasons why i should end up my life

no i cant
i have to face this ramadhan and this wicked life
it is true,
shame. fear. jealousy. anger. may conquer my soul
i should be rest peacefully in my grave by now


what should i do?
all i can do is


I SHOULD HOLD ON DESPERATELY.

sooner or later all of this "stupid" stuff gonna come to an end.
patience is virtue.
but now hamdan nazri.

PLEASEEEEEEEEEEEE
HOLD ON!!!!!!!

NO MATTER HOW DESPERATE YOU ARE!

GAMBAR MASUK NEK NAZ
cepat klik klik klik.
ahahhaah