Rabu, 16 Januari 2013

maka berakhirlah semester 3.

maka tamatlah pengajian di semester tiga. oh ya pada semester ini sebanyak lima subjek undang undang telah didaftarkan. tidak lupa juga pada carry paper yang telah secara sengaja di dropkan kerana....nak droplah. so it goes like this.


LAND LAW
CRIMINAL LAW
EQUITY AND TRUST
ADMINISTRATIVE LAW
LAW AND PHILOSOPHY



semakin lama subjek semakin susah.


harap pass semua paper.

oh ya saya masih lagi tidak mengambil LAW OF CONTRACT II

from B- to D.
i wonders what did i wrote. :(

Sabtu, 27 Oktober 2012

kejadian pertama.

pernah kau dengar orang tanya kau soalan macam ni?
"semakin besar badan? makan apa?"
.
.
.
.
.
.
awkwardkan. ala ala kita makan benda haram dia makan benda halal pula.

tapi itu bukan masalah terbesar dalam stituasi ini. kali ini ianya agak berlainan. bak kata salah sorang kawan satu course yang berlagak ala-ala orang putih:

"yeah its rare and random in so many ways!!"

awkward

sejak kebelakangan ini aku selalu membaca post-post lampau yang aku tulis. dari segi penulisan nampak kematangan dalam aku menggunakan bahasa. bahasa yang aku guna mudah dan indah. tapi kadangkala bila kau baca untuk kali kedua kau akan berfikir lapan kali bagaimana ekspresi muka aku ketika menitipkan ayat-ayat ini. bak kata seorang penulis muda yang aku kagumi dia aku namakan sebagai A pernah berpesan:

"jika kau ingin menulis. menulis mengunakan hati. gunakan akal untuk menyusunnya sebaik-baik mungkin dan luahkannya dengan emosi"

i did.
keputusannya aku dapat merasakan satu kepuasan setelah tamat menulis.
ya kehidupan semakin membebankan. aku terbeban dengan tugasan dan tanggungjawab yang aku pinta sendiri. kadangkala aku berasa bahagia menjadi sibuk. hal ini membuatkan aku lebih menghargai insan-insan yang boleh kata "sayang so so lah". masa yang terluang tidak aku buang begitu sahaja.

oh ya dan tidak lupa aku sudah berpindah ke rumah sewa baru. AKHIRNYA!
kata emak, "haaaa, rumah ini selera sikit mak nak masuk kalau tak yang dulu berair sana sini"
zzz
pejam tak pejam sudah semester aku sekarang macam tak percaya pula.
dalam 3 semester ini macam-macam telah aku lalui. gembira sedih muram dan so so semuanya aku rasa.
tapi yang penting memori itulah yang masih segar sehingga kini. aku masih ingat ketika di semester pertama aku menghadapi kesusahan untuk mengadaptasi suasana baru. dengan persekitaran yang begitu asing dan cepat ianya benar-benar membuatkan aku bingung seketika untuk berada di dalam kampus dan asrama sendiri. ada juga kadangkala aku membawa diri ronda-ronda metropolitan Kuala Lumpur! tapi apa yang aku dapat? hanyalah duit makan untuk seminggu habis digunakan untuk membeli benda-benda yang yang tak berfaedah. tak lupa juga , stituasi di mana aku akan pulang ke Kuala Pilah setiap hujung minggu. aku berasa jauh dari rakan-rakan walaupun secara literalnya kami tinggal sebilik. mungkin aku banyak berfikir. ya mungkin.

sekarang aku sudah masuk ke semester 3. kawan yang dahulunya tidur sebantal kini hanyalah seperti "oh, hi" "oh, hi"

oh ya sudah semester 3 kan. mana mungkin manusia akan menjadi sama di tempat baru. dalam masa yang panjang manusia akan berubah. walaupun dengan gagah dan perkasa kau cuba katakan:

"HEI, AKU MASIH SAMA! TAK PERNAH BERUBAH. KAU JE YANG SOMBONG?"

oh ye?
sekali lagi
"yeah its rare and random in so many ways!!"

Selasa, 29 Mei 2012

muntahan satu.

jam menunjukkan pukul 3.19pagi. mata masih segar bugar persis hari ini akan malam sampai bila-bila. gamaknya aku lihat angka 3.19 itu seperti jam 9.00 malam. oh tidak apalah. kerna malam akan sampai penghujungnya. maka pada ketika itu bangkitlah sang matahari mencurahkan cahayanya ke setiap ceruk alam.

jam sudah berubah. 3.21pagi. 3 minit masa yang di ambil untuk mengungkapkan kata sedemikian rupa. masa bergerak pantas jika kita lakukan sesuatu perkara dengan sepenuh hati. sudah agak lama aku tidak melemparkan kata-kata pada laman sesawang ini. sudah besawang? jangan cerita, 3 bulan bukanlah satu jangka masa yang pendek. cuba kau puasa 3 bulan? kurus. jawapannya. YA.

kehidupan semakin sibuk. aku cuba menongkah arus dengan mengatakan "aku sebenarnya tidak sibuk, cuma buat-buat sibuk" bajet ingin menjadi orang penting. aku rindu kawan-kawan lama. kawan-kawan yang pernah aku kenal ketika menuntut di kolej matrikulasi dan oh ya tidak lupa "kawan-kawan" yang aku sayang selama satu tahun setengah aku menuntut di Merbok.

mikro blog twitter menjadi peneman setia. kadangkala aku cuba untuk tidak menulis apa-apa di laman tersebut untuk satu hari. tapi selalunya aku gagal. mungkin aku sudah ketagih dengan teknologi? ketagih dengan laman-laman lagha. ohhhhh ini bukanlah aku yang sebenarnya. mungkin aku perlu berubah kembali memakai telefon yang tiada data plan di sediakan bersamanya.

aku rindu zaman sistem pesanan mesej ringkas menjadi scene di mana anak-anak muda berusaha membeli mesej-mesej bergambar comel di majalah seperti kreko manga dan macam-macam lagi untuk di hantar kepada sang kekasih, kawan baik dan orang yang berkaitan. kenapa? aku pernah melalui semua itu. memori telefon yang tak sebesar mana memungkin aku untuk menyimpan semua mesej comel yang di hantar oleh orang-orang istimewa. keadaan semakin berubah. kini inbox hanya di penuhi dengan mesej dari hotlink dan mesej-mesej desperate menyuruh aku melanggan "gambar wanita seksi" perkhidmatan telco semakin nakal. aku mahukan sesuatu yang real. aku mahukan 90's.

jam semakin berganjak. 3.32 minit pagi. aku masih menaip. mungkin aku harus berubah mengikut arus pemodenan. dunia dan trend tidak semestinya akan statik. ianya akan berubah. mahu tidak mahu, perubahan harus aku terima walaupun dengan gagah hati berkata tidak.

oh ya sebelum jam menunjukkan pukul 4.00pagi. pernah kau terdengar akan istilah

"mungkin kau tidak sedar tapi akulah orang yang selalu ada untuk kau"

menarik juga ya.

Selamat Malam.


picture.

YOU DONT SAY!

Ahad, 27 Mei 2012

confession

BUT IM JUST A GHOST.



pain and people leaving you just a simple compromise.

Jumaat, 20 Januari 2012

Rabu, 18 Januari 2012

reminiscing

well. siapa je yang tak suka Siti Nurhaliza kan. i still remembered watching this video with my family somewhere in the midst of 1996.

haha masa ni memang habis meletup ah siti. datang dari kampung. memang dara impian setiap teruna. jum layan video klip nostalgia siti jum!


pertama kali dia perform terus menang juara lagu
bagi abang dandan lagu nie sangat epic!
tadi baru buka ingatkan dah tak lancar.
perghhhh tak weihhh tetiba mulut bergerak dengan automatik
i still remember this song ok!

"aku bertanya sendiri, apakah akan terjadi? apakah kita akan teruskan di dalam arus percintaan? perlukah kita untuk berkorban? demi pertahankan KEBAHAGIAN?"

haaaaaaaa begitukan. siap mempersoalkan
"perlukah kita berkorang demi mempertahankan KEBAHAGIAAN?"

memang mendalam. tapi yang paling epic pada 4.15
Bang Nuar (ANUAR ZAIN)
berlakon kena gari dalam jerat percintaan dengan Siti

(Y)

akhirnya....

akhirnya....
tamat juga peperiksaan akhir tahun semester pertama.
phew penat nak mati. for the last few weeks my waktu tidur dah ruined nak mampus.
and the exam was so so. even though i didn't expect for such question to pop up!

ok so boys and girls hari ini abang dan or kak dan nak buat review pasal subjek yang kak dan ambil masa semester pertama di Shah Alam. walaupun baru semester pertama but abang dadan boleh foresee what would happen for the next next and next semester.

such a tiring year for me. think this semester i can do more in every subject but too bad. HARAPAN TINGGAL HARAPAN.

walaupun i scored quite good for course mark unfortunately i dont think ianya membantu langsung. (any reasonable man will think like this, if you're in my shoes) apa yang penting masa final. if you flunk your final paper tak ada gunanya kau ada carry mark realiti sebenarnya kau punya kertas final masih gagal. macam jdbsifcwifbbkjsdcbisjaqc tapi itulah realiti sebenar.

ok mari kita mulakan review subjek sekarang.

MLS1 (MALAYSIAN LEGAL SYSTEM 1)

objektif utama kelas nie nak bagi tahu macam mana administration of law and enforcement of law dekat malaysia nie berkembang, walaupun agak pening tapi best. at least kita dapat tahu macam mana legal system bagi orang dulu dulu. and why most of law nowadays datangnya dari England. pasal court. pasal macam-macamlah yang berkaitan dengan kita punya legal system. :)

LAW OF TORT 1

Abang dandan suka juga subjek nie. walaupun soalan final dia macam bdsjbfiqusbkiasbdias at least kita tahu ada juga law yang pelik ya. like korang pernah dengar tak pasal POST TRAUMATIC STRESS DISORDER or NEGLIGENT MISSTATEMENT? haaaaa kat sini dia ajar element-element and what authority of case yang kita boleh  for sue that person. using the reference case kan. macam CAPARO. HEDLEY BYRNE. BOLAM and many more.

LAW OF CONTRACT 1

ok to be frank abang dandan tak tahu apa yang abang dandan belajar sepanjang satu sem. tapi syukur alhamdulillah masa final everything went well. and i thank god for that. before entered the examination hall abang dandan sempat call mak. syukur mungkin doa mak makbul. heeeee. harap lulus. subjek nie pasal contract la. apa yang boleh apa yang tak boleh. apa yang buat contrat tue void. boleh bawa contracts act. itu yang best. just kena tahu nak apply celah mana. kena well argument dan disokong oleh decided case yang berkaitan dengan benda dibincangkan.

CONSTITUTIONAL LAW 1

subjek ini sedikit mencabar keimanan. kena banyak baca case review. lagi sekali federal constitution boleh di bawa. so just kena tahu nak apply. case pun kena tahu. dalam subjek nie nanti kenalah term term yang pelik macam "bona fide" "mala fide" "pith and substances" and macam macam lagi.

FRENCH LANGUAGE 1

ahaha subjek nie kena berlakon ohhh dia punya final project. agak kelakar bila aku sendiri kena berlakon jadi chef marco cakap french dengan lidah terbelit-belit plus jadi bapak yang ada anak nama Elise. HAHA

BEL 426

Tak tahu nak kata apa pasal subjek nie. pasal critical thinking. tapi level tinggi sikit dari asasi. nak masa nak jawab dia macam nak dapatkan BEN10! susah. aaaaaaa menangis.

overall final exam sangat susah, and hampir. bukan hampir kesemua paper buat abang dandan menangis. naik je kereta diam seribu bahasa. harap semuanya ok.

doakan abang dandan berjaya lepas semua paper. AMIN.

masa cuti nielah nak pray hard. hope semuanya akan ok! sungguh takut gila sekarang.
apa-apa pun selamat bercuti semua pelajar UiTM!

END OF SEMESTER 1! 5 SEMESTER MORE TO GO!


Jumaat, 5 Ogos 2011

that should be me.

kenapa sekarang hamdan? kenapa sekarang?

cuti yang panjang membuatkan aku mengambil keputusan untuk bekerja di kedai bata
seronok rasanya, walaupun gaji tidaklah sebanyak mana tapi syukur alhamdulillah dapat jugalah mengisi kehendak hati.

aku berkerja mula pada jam 9.00 pagi. tapi selalunya jam 10.00 pagi baru aku terpacak. dengan muka tersipu sipu aku mesti cakap:

"minta maaf bang najib dan kak azian bas lambat."

selalunya aku meletakkan kesalahan pada bas. memang salah bas selalunya. ada sekali aku menunggu selama 45 minit hanya untuk mendapatkan bas bagi perjalanan yang tidak sampai 15minit. sedih rasanya hati mengenangkan nasib. tapi apakan daya, kau mahu bekerja, dan ya kau punya tanggungjawab. seharusnya kau harus berpegang teguh pada tanggungjawab tersebut. tidak kiralah kau cepat mahupun lambat yang penting dan pasti kau harus juga hadir.

bekerja selama 8 jam membuatkan aku tertanya-tanya pada diri sendiri
adakah nanti bila sudah besar dan memasuki alam pekerjaan aku tidak bosan dan muak melakukan perkara yang sama tiap-tiap hari. sedangkan bekerja di kedai Bata yang tidak sebesar mana di bandar kecil ini pun sudah cukup membuatkan aku termuntah mengira waktu dan detik jam enam petang.

aku tertanya. adakah aku akan bertahan....syukur sabtu ini cukup sebulan sudah aku bekerja.
pejam celik. sungguh tidak lama rasanya, sebagai contoh kita berpuasa. pejam celik, bangun sahur buka dan tidak semena-mena sudah masuk hari keenam. 

aku harap aku tidak mudah bosan dalam melakukan sesuatu perkara. aku perlu fokus dalam semua benda yang aku lakukan. aku bukanlah jenis yang optimistik. tetapi aku selalu mengarah diri aku menjadi seorang yang berkata ya dalam semua perkara. 

oh cuti yang enam bulan panjangnya sudah hendak melabuhkan tirainya
enam bulan?
gelak tawa sedih rindu gembira semuanya aku rasa
kadangkala aku tertawa sendirian. susahnya perjalanan seorang manusia. susah mengenal erti matang itu yang sebenarnya.

oh ya aku sudah masuk 20tahun pada 23 julai lalu. terima kasih Allah. terima kasih semua.

jingle bells bits.