Selasa, 29 Mei 2012

muntahan satu.

jam menunjukkan pukul 3.19pagi. mata masih segar bugar persis hari ini akan malam sampai bila-bila. gamaknya aku lihat angka 3.19 itu seperti jam 9.00 malam. oh tidak apalah. kerna malam akan sampai penghujungnya. maka pada ketika itu bangkitlah sang matahari mencurahkan cahayanya ke setiap ceruk alam.

jam sudah berubah. 3.21pagi. 3 minit masa yang di ambil untuk mengungkapkan kata sedemikian rupa. masa bergerak pantas jika kita lakukan sesuatu perkara dengan sepenuh hati. sudah agak lama aku tidak melemparkan kata-kata pada laman sesawang ini. sudah besawang? jangan cerita, 3 bulan bukanlah satu jangka masa yang pendek. cuba kau puasa 3 bulan? kurus. jawapannya. YA.

kehidupan semakin sibuk. aku cuba menongkah arus dengan mengatakan "aku sebenarnya tidak sibuk, cuma buat-buat sibuk" bajet ingin menjadi orang penting. aku rindu kawan-kawan lama. kawan-kawan yang pernah aku kenal ketika menuntut di kolej matrikulasi dan oh ya tidak lupa "kawan-kawan" yang aku sayang selama satu tahun setengah aku menuntut di Merbok.

mikro blog twitter menjadi peneman setia. kadangkala aku cuba untuk tidak menulis apa-apa di laman tersebut untuk satu hari. tapi selalunya aku gagal. mungkin aku sudah ketagih dengan teknologi? ketagih dengan laman-laman lagha. ohhhhh ini bukanlah aku yang sebenarnya. mungkin aku perlu berubah kembali memakai telefon yang tiada data plan di sediakan bersamanya.

aku rindu zaman sistem pesanan mesej ringkas menjadi scene di mana anak-anak muda berusaha membeli mesej-mesej bergambar comel di majalah seperti kreko manga dan macam-macam lagi untuk di hantar kepada sang kekasih, kawan baik dan orang yang berkaitan. kenapa? aku pernah melalui semua itu. memori telefon yang tak sebesar mana memungkin aku untuk menyimpan semua mesej comel yang di hantar oleh orang-orang istimewa. keadaan semakin berubah. kini inbox hanya di penuhi dengan mesej dari hotlink dan mesej-mesej desperate menyuruh aku melanggan "gambar wanita seksi" perkhidmatan telco semakin nakal. aku mahukan sesuatu yang real. aku mahukan 90's.

jam semakin berganjak. 3.32 minit pagi. aku masih menaip. mungkin aku harus berubah mengikut arus pemodenan. dunia dan trend tidak semestinya akan statik. ianya akan berubah. mahu tidak mahu, perubahan harus aku terima walaupun dengan gagah hati berkata tidak.

oh ya sebelum jam menunjukkan pukul 4.00pagi. pernah kau terdengar akan istilah

"mungkin kau tidak sedar tapi akulah orang yang selalu ada untuk kau"

menarik juga ya.

Selamat Malam.


picture.

YOU DONT SAY!

Ahad, 27 Mei 2012

confession

BUT IM JUST A GHOST.



pain and people leaving you just a simple compromise.