Isnin, 6 Januari 2014

mendalam

biarkan aku bersendiri bersama ciptaan Tuhan. kelak akan ku cuba mencari siapa diriku yang dulu.


*Tasik Dayang Bunting, Langkawi. March 2013.

tak mungkin

seperti dahulu aku suka berlari-lari. (sebelum badan aku gemuk)
berlari has always be my passion. have i ever told you that i used to win a medal back then when i was in high school representing rumah merah? NEVER. cause nobody will believed it. so do i. up until today.

seperti biasa. hari ini aku bangkit dan terus menjengah muka surat pertama chapter charge bagi undang-undang tanah.

arghhh. jerit aku bersahaja. malas menguasai diri. tidak mungkin aku akan memaksa diri ini untuk terus membaca ke muka surat seterusnya. (*nota tambahan: ini adalah subjek repeat)

lalu aku capai telefon bimbit terus membuka ruangan instagram. aku lihat seorang kawan post gambar dia selfie. aku tap dua kali tanda bersetuju. ya bersetuju kerana dalam gambar tersebut dia keilhatan sedikit cantik dari kebiasaan.

aku terus scroll.
aku terus scroll.
dan.
scroll dan scroll.
scroll

akhirnya scroll aku terhenti. aku mengantuk aku mahu tidur.
tak mungkin aku akan terus scroll page instagram ini. kerana aku sangat mengantuk dan mahu tidur.
tak mungkin juga aku akan berubah dalam sekelip masa.

arghhhh tak mungkin. aku mahu tidur.

asdfghjoiiewprnelkfboihfpqefjeqpf

*nota kaki: aku semakin malas. mungkin aku harus mencari pemangkin untuk terus bersinar di persada undang-undang negara.



p/s: aku sertakan gambar bersama.


Sabtu, 30 Mac 2013

manusia dan agama?

pernah satu ketika aku lupa siapa diri aku yang sebenarnya. dunia ini seronok. tapi tidakkah kau ingat ini semua hanya sementara?

aku bukanlah seorang yang kuat dengan ilmu agama. cukup sekadar menunaikan solat lima waktu dan tahu akan batas-batas agama. pernah satu ketika aku di belenggu dengan suatu persoalan akan siapa diri aku yang sebenarnya? manusia dan eksperimentasi tidak dapat di pisahkan.

kau pernah rasa apa yang aku rasa?

lain manusia. lain yang dia rasa.

aku bukan seorang manusia yang layak di gelar mulia. jauh sekali untuk di katakan suci dan terpelihara. mungkin tidak siapa sedar akan pantasnya kehidupan di dunia yang fana ini. kegembiraan? keseronokan menjadi tumpuan utama. akan hal agama?

 "ah letak tepi kita masih muda, menurut kajian kebanyakkan lelaki melayu mati pada usia tua.! kita masih belum 50-an. masih belum menjadi pekerja RTM (Rehat Tunggu Mati)"

mungkin secara berseloroh. tapi tidak pernahkah kita berfikir. "manusia dan mati" memang tidak dapat di pisahkan.

pelik tapi benar. kau tahu apa yang paling dekat dengan kita? AJAL.

sejak kebelakangan ini aku terlalu memikirkan akan mati.

 23/3 yang lepas baru sahaja ulang tahun kelahiran abah yang ke-56. Al-Fatihah

ketika hari hari terakhirnya tiada apa yang dapat aku lakukan. setiap keruhan abah menunjukkan
"Abah masih sihat. abah masih bersama kami"

kuasa tuhan itu besar. dalam jangka masa lima hari. abah pergi meninggalkan kami selama-lamanya.
sedih? tidak terkata.
pilu? sukar untuk di gambarkan.

aku sedih. tapi aku masih ingat aku punya agama.

dari pencipta kita datang. kepada pencipta kita jugalah kita pulang.

Al-Fatihah abah. semoga Allah menyatukan kita sekeluarga pada suatu hari nanti. Amin.

Rabu, 16 Januari 2013

maka berakhirlah semester 3.

maka tamatlah pengajian di semester tiga. oh ya pada semester ini sebanyak lima subjek undang undang telah didaftarkan. tidak lupa juga pada carry paper yang telah secara sengaja di dropkan kerana....nak droplah. so it goes like this.


LAND LAW
CRIMINAL LAW
EQUITY AND TRUST
ADMINISTRATIVE LAW
LAW AND PHILOSOPHY



semakin lama subjek semakin susah.


harap pass semua paper.

oh ya saya masih lagi tidak mengambil LAW OF CONTRACT II

from B- to D.
i wonders what did i wrote. :(

Sabtu, 27 Oktober 2012

kejadian pertama.

pernah kau dengar orang tanya kau soalan macam ni?
"semakin besar badan? makan apa?"
.
.
.
.
.
.
awkwardkan. ala ala kita makan benda haram dia makan benda halal pula.

tapi itu bukan masalah terbesar dalam stituasi ini. kali ini ianya agak berlainan. bak kata salah sorang kawan satu course yang berlagak ala-ala orang putih:

"yeah its rare and random in so many ways!!"

awkward

sejak kebelakangan ini aku selalu membaca post-post lampau yang aku tulis. dari segi penulisan nampak kematangan dalam aku menggunakan bahasa. bahasa yang aku guna mudah dan indah. tapi kadangkala bila kau baca untuk kali kedua kau akan berfikir lapan kali bagaimana ekspresi muka aku ketika menitipkan ayat-ayat ini. bak kata seorang penulis muda yang aku kagumi dia aku namakan sebagai A pernah berpesan:

"jika kau ingin menulis. menulis mengunakan hati. gunakan akal untuk menyusunnya sebaik-baik mungkin dan luahkannya dengan emosi"

i did.
keputusannya aku dapat merasakan satu kepuasan setelah tamat menulis.
ya kehidupan semakin membebankan. aku terbeban dengan tugasan dan tanggungjawab yang aku pinta sendiri. kadangkala aku berasa bahagia menjadi sibuk. hal ini membuatkan aku lebih menghargai insan-insan yang boleh kata "sayang so so lah". masa yang terluang tidak aku buang begitu sahaja.

oh ya dan tidak lupa aku sudah berpindah ke rumah sewa baru. AKHIRNYA!
kata emak, "haaaa, rumah ini selera sikit mak nak masuk kalau tak yang dulu berair sana sini"
zzz
pejam tak pejam sudah semester aku sekarang macam tak percaya pula.
dalam 3 semester ini macam-macam telah aku lalui. gembira sedih muram dan so so semuanya aku rasa.
tapi yang penting memori itulah yang masih segar sehingga kini. aku masih ingat ketika di semester pertama aku menghadapi kesusahan untuk mengadaptasi suasana baru. dengan persekitaran yang begitu asing dan cepat ianya benar-benar membuatkan aku bingung seketika untuk berada di dalam kampus dan asrama sendiri. ada juga kadangkala aku membawa diri ronda-ronda metropolitan Kuala Lumpur! tapi apa yang aku dapat? hanyalah duit makan untuk seminggu habis digunakan untuk membeli benda-benda yang yang tak berfaedah. tak lupa juga , stituasi di mana aku akan pulang ke Kuala Pilah setiap hujung minggu. aku berasa jauh dari rakan-rakan walaupun secara literalnya kami tinggal sebilik. mungkin aku banyak berfikir. ya mungkin.

sekarang aku sudah masuk ke semester 3. kawan yang dahulunya tidur sebantal kini hanyalah seperti "oh, hi" "oh, hi"

oh ya sudah semester 3 kan. mana mungkin manusia akan menjadi sama di tempat baru. dalam masa yang panjang manusia akan berubah. walaupun dengan gagah dan perkasa kau cuba katakan:

"HEI, AKU MASIH SAMA! TAK PERNAH BERUBAH. KAU JE YANG SOMBONG?"

oh ye?
sekali lagi
"yeah its rare and random in so many ways!!"

Selasa, 29 Mei 2012

muntahan satu.

jam menunjukkan pukul 3.19pagi. mata masih segar bugar persis hari ini akan malam sampai bila-bila. gamaknya aku lihat angka 3.19 itu seperti jam 9.00 malam. oh tidak apalah. kerna malam akan sampai penghujungnya. maka pada ketika itu bangkitlah sang matahari mencurahkan cahayanya ke setiap ceruk alam.

jam sudah berubah. 3.21pagi. 3 minit masa yang di ambil untuk mengungkapkan kata sedemikian rupa. masa bergerak pantas jika kita lakukan sesuatu perkara dengan sepenuh hati. sudah agak lama aku tidak melemparkan kata-kata pada laman sesawang ini. sudah besawang? jangan cerita, 3 bulan bukanlah satu jangka masa yang pendek. cuba kau puasa 3 bulan? kurus. jawapannya. YA.

kehidupan semakin sibuk. aku cuba menongkah arus dengan mengatakan "aku sebenarnya tidak sibuk, cuma buat-buat sibuk" bajet ingin menjadi orang penting. aku rindu kawan-kawan lama. kawan-kawan yang pernah aku kenal ketika menuntut di kolej matrikulasi dan oh ya tidak lupa "kawan-kawan" yang aku sayang selama satu tahun setengah aku menuntut di Merbok.

mikro blog twitter menjadi peneman setia. kadangkala aku cuba untuk tidak menulis apa-apa di laman tersebut untuk satu hari. tapi selalunya aku gagal. mungkin aku sudah ketagih dengan teknologi? ketagih dengan laman-laman lagha. ohhhhh ini bukanlah aku yang sebenarnya. mungkin aku perlu berubah kembali memakai telefon yang tiada data plan di sediakan bersamanya.

aku rindu zaman sistem pesanan mesej ringkas menjadi scene di mana anak-anak muda berusaha membeli mesej-mesej bergambar comel di majalah seperti kreko manga dan macam-macam lagi untuk di hantar kepada sang kekasih, kawan baik dan orang yang berkaitan. kenapa? aku pernah melalui semua itu. memori telefon yang tak sebesar mana memungkin aku untuk menyimpan semua mesej comel yang di hantar oleh orang-orang istimewa. keadaan semakin berubah. kini inbox hanya di penuhi dengan mesej dari hotlink dan mesej-mesej desperate menyuruh aku melanggan "gambar wanita seksi" perkhidmatan telco semakin nakal. aku mahukan sesuatu yang real. aku mahukan 90's.

jam semakin berganjak. 3.32 minit pagi. aku masih menaip. mungkin aku harus berubah mengikut arus pemodenan. dunia dan trend tidak semestinya akan statik. ianya akan berubah. mahu tidak mahu, perubahan harus aku terima walaupun dengan gagah hati berkata tidak.

oh ya sebelum jam menunjukkan pukul 4.00pagi. pernah kau terdengar akan istilah

"mungkin kau tidak sedar tapi akulah orang yang selalu ada untuk kau"

menarik juga ya.

Selamat Malam.


picture.

YOU DONT SAY!

Ahad, 27 Mei 2012

confession

BUT IM JUST A GHOST.



pain and people leaving you just a simple compromise.

Jumaat, 20 Januari 2012

wordless friday.

bersama Assistant Class Rep. Faten Hamamah. 

Classmates. LW1H <3

Rabu, 18 Januari 2012

reminiscing

well. siapa je yang tak suka Siti Nurhaliza kan. i still remembered watching this video with my family somewhere in the midst of 1996.

haha masa ni memang habis meletup ah siti. datang dari kampung. memang dara impian setiap teruna. jum layan video klip nostalgia siti jum!


pertama kali dia perform terus menang juara lagu
bagi abang dandan lagu nie sangat epic!
tadi baru buka ingatkan dah tak lancar.
perghhhh tak weihhh tetiba mulut bergerak dengan automatik
i still remember this song ok!

"aku bertanya sendiri, apakah akan terjadi? apakah kita akan teruskan di dalam arus percintaan? perlukah kita untuk berkorban? demi pertahankan KEBAHAGIAN?"

haaaaaaaa begitukan. siap mempersoalkan
"perlukah kita berkorang demi mempertahankan KEBAHAGIAAN?"

memang mendalam. tapi yang paling epic pada 4.15
Bang Nuar (ANUAR ZAIN)
berlakon kena gari dalam jerat percintaan dengan Siti

(Y)