Sabtu, 27 Oktober 2012

kejadian pertama.

pernah kau dengar orang tanya kau soalan macam ni?
"semakin besar badan? makan apa?"
.
.
.
.
.
.
awkwardkan. ala ala kita makan benda haram dia makan benda halal pula.

tapi itu bukan masalah terbesar dalam stituasi ini. kali ini ianya agak berlainan. bak kata salah sorang kawan satu course yang berlagak ala-ala orang putih:

"yeah its rare and random in so many ways!!"

awkward

sejak kebelakangan ini aku selalu membaca post-post lampau yang aku tulis. dari segi penulisan nampak kematangan dalam aku menggunakan bahasa. bahasa yang aku guna mudah dan indah. tapi kadangkala bila kau baca untuk kali kedua kau akan berfikir lapan kali bagaimana ekspresi muka aku ketika menitipkan ayat-ayat ini. bak kata seorang penulis muda yang aku kagumi dia aku namakan sebagai A pernah berpesan:

"jika kau ingin menulis. menulis mengunakan hati. gunakan akal untuk menyusunnya sebaik-baik mungkin dan luahkannya dengan emosi"

i did.
keputusannya aku dapat merasakan satu kepuasan setelah tamat menulis.
ya kehidupan semakin membebankan. aku terbeban dengan tugasan dan tanggungjawab yang aku pinta sendiri. kadangkala aku berasa bahagia menjadi sibuk. hal ini membuatkan aku lebih menghargai insan-insan yang boleh kata "sayang so so lah". masa yang terluang tidak aku buang begitu sahaja.

oh ya dan tidak lupa aku sudah berpindah ke rumah sewa baru. AKHIRNYA!
kata emak, "haaaa, rumah ini selera sikit mak nak masuk kalau tak yang dulu berair sana sini"
zzz
pejam tak pejam sudah semester aku sekarang macam tak percaya pula.
dalam 3 semester ini macam-macam telah aku lalui. gembira sedih muram dan so so semuanya aku rasa.
tapi yang penting memori itulah yang masih segar sehingga kini. aku masih ingat ketika di semester pertama aku menghadapi kesusahan untuk mengadaptasi suasana baru. dengan persekitaran yang begitu asing dan cepat ianya benar-benar membuatkan aku bingung seketika untuk berada di dalam kampus dan asrama sendiri. ada juga kadangkala aku membawa diri ronda-ronda metropolitan Kuala Lumpur! tapi apa yang aku dapat? hanyalah duit makan untuk seminggu habis digunakan untuk membeli benda-benda yang yang tak berfaedah. tak lupa juga , stituasi di mana aku akan pulang ke Kuala Pilah setiap hujung minggu. aku berasa jauh dari rakan-rakan walaupun secara literalnya kami tinggal sebilik. mungkin aku banyak berfikir. ya mungkin.

sekarang aku sudah masuk ke semester 3. kawan yang dahulunya tidur sebantal kini hanyalah seperti "oh, hi" "oh, hi"

oh ya sudah semester 3 kan. mana mungkin manusia akan menjadi sama di tempat baru. dalam masa yang panjang manusia akan berubah. walaupun dengan gagah dan perkasa kau cuba katakan:

"HEI, AKU MASIH SAMA! TAK PERNAH BERUBAH. KAU JE YANG SOMBONG?"

oh ye?
sekali lagi
"yeah its rare and random in so many ways!!"