pernah satu ketika aku lupa siapa diri aku yang sebenarnya. dunia ini seronok. tapi tidakkah kau ingat ini semua hanya sementara?
aku bukanlah seorang yang kuat dengan ilmu agama. cukup sekadar menunaikan solat lima waktu dan tahu akan batas-batas agama. pernah satu ketika aku di belenggu dengan suatu persoalan akan siapa diri aku yang sebenarnya? manusia dan eksperimentasi tidak dapat di pisahkan.
kau pernah rasa apa yang aku rasa?
lain manusia. lain yang dia rasa.
aku bukan seorang manusia yang layak di gelar mulia. jauh sekali untuk di katakan suci dan terpelihara. mungkin tidak siapa sedar akan pantasnya kehidupan di dunia yang fana ini. kegembiraan? keseronokan menjadi tumpuan utama. akan hal agama?
"ah letak tepi kita masih muda, menurut kajian kebanyakkan lelaki melayu mati pada usia tua.! kita masih belum 50-an. masih belum menjadi pekerja RTM (Rehat Tunggu Mati)"
mungkin secara berseloroh. tapi tidak pernahkah kita berfikir. "manusia dan mati" memang tidak dapat di pisahkan.
pelik tapi benar. kau tahu apa yang paling dekat dengan kita? AJAL.
sejak kebelakangan ini aku terlalu memikirkan akan mati.
23/3 yang lepas baru sahaja ulang tahun kelahiran abah yang ke-56. Al-Fatihah
ketika hari hari terakhirnya tiada apa yang dapat aku lakukan. setiap keruhan abah menunjukkan
"Abah masih sihat. abah masih bersama kami"
kuasa tuhan itu besar. dalam jangka masa lima hari. abah pergi meninggalkan kami selama-lamanya.
sedih? tidak terkata.
pilu? sukar untuk di gambarkan.
aku sedih. tapi aku masih ingat aku punya agama.
dari pencipta kita datang. kepada pencipta kita jugalah kita pulang.
Al-Fatihah abah. semoga Allah menyatukan kita sekeluarga pada suatu hari nanti. Amin.