Jumaat, 18 Disember 2009

jatuh cinta

sejak kebelakangan ini aku menjadi agak obses dengan lagu wanita ini
sudah lama aku obses dengan lagu-lagu beliau
beliau cantik dan juga hebat
mereka mengeji beliau
tapi aku still keep faith dengan wanita ini
aku tahu dia akan berubah. pasti akan berubah. serius aku yakin

semenjak dari darjah enam aku dah suka dengan minah ini
lama da tu kan
masa dia buat 1st debut lagu dia
waktu itu dia sangat cute
aku terpikat
*blushing*

tapi semenjak dia bertukar menjadi liar dan berkawan dengan siosialit terhebat
aku menjadi kecewa dengan sifat wanita ini
aku pelik kenapa dia memilih dia sebagai teman hidup
kenapa?
kenapa pilih penari bangang itu jadi teman hidup kenapa
kenapa lagi sorang wanita yang aku suka berkahwin dengan orang yang dua puluh tahun lebih tua dari umur beliau
disebabkan itu aku lari membawa diri
aku tinggalkan semua lagu-lagu dan lirik-lirik lagu yang telah aku salin dari majalah "utopia" abang aku
aku buang semua lirik-lirik lagu yang telah aku print kat pusat siber
aku tak borak pasal kau lagi dengan kawan-kawan aku
aku sedih dengan korang berdua
tapi dalam hati kecil aku
aku masih berharap yang kau akan berubah serius
cukup untuk aku katakan di sini
cukup cuma membaca sedikit sisipan dan berita-berita pojok tentang diri kau


sungguh ketara perubahan kau
rambut kau sangat mengoda
tapi kenapa kau pergi botakkan
masih ingat,pada waktu itu mak dan abah aku masih melanggan channel E!
aku tonton berita pasal kau setiap hari
setiap hari aku baca cerita pasal kau
kau pukul orang pakai payung
kau buat persembahan tapi di boo
kau buat album terbaru.
nasib baik diberi sambutan hangat
kau berpisah dengan dia
kau menjadi gila
kau masuk wad gila
sungguh mental kau
tapi aku tetap suka dengan kau
sungguh suka sebab aku tahu yang kau akan berubah punya satu hari nanti


kini aku kembali mendengar kepada suara kau
lagu lama tapi still
lagu terbaik yang pernah aku dengar
aku sudah jatuh cinta kembali pada kau
aku peminat setia kau sampai bila-bila
biar apa orang kata
aku minat kau
aku cuma dapat beri sokongan moral



SERIUS AKU SUDAH JATUH CINTA PADAMU.



betul apa yang kau katakan dalam lagu kau my prerogative
sungguh mendalam maksud kau dalam lagu uh
kini aku sedar

Some ask me questions
Why am I so real?
But they don't understand me
I really don't know the deal about my sister
Trying hard to make it right
Not long ago
Before I won this fight

Everybody's talking all this stuff about me
Why don't they just let me live? (Everybody)
I don't need permission, make my own decisions (Oh!)
That's my prerogative
That's my prerogative
(It's my prerogative)

It's the way that I wanna live (It's my prerogative)
You can’t tell me what to do

nocturnal speaking

LOVE YOU FOREVER!



Tiada ulasan: