entri kali ini agak spesifik berbanding yang sebelumnya
kali ini aku benar-benar menyesal dengan setiap ayat yang aku tuturkan
benar kata orang-orang tua
jangan cakap benda yang bukan
benar. kini aku memang seperti disumpah dengan ayat tersebut.
terima kasih kepada muiz alias,ifi athirah dan mohamad faridil kerana jadi yang pendengar setia
aku sangat terharu. serius sangat terharu.
aku cuba memupuk hati menjadi kejam kebelakangan ini
kadangkala aku rasa seperti manusia yang tidak harus hidup dan wujud di muka bumi kerana aku bukanlah seoarang insan yang mulia. seperti rakan-rakan lain yang aku kenal
aku rasa ada benar apa yang dikatakan oleh beliau. baru sekarang aku sedar apa yang dia katakan
dang you win.
aku merasa agak serabut sejak kebelakangan ini
aku cuba buat perkara-perkara yang menjengkelkan untuk menghilangkan perasaan itu
tapi benar.....benda itu tiada memberi apa2 kesan pun. sumpah tiada.
membuatkan kita tertekan adalah.
aku kini dapat terima semua tomahan yang dilemparkan
ia tepat sophie
memang aku begitu. terima kasih kerana buka mata aku. kini aku sedar.
aku mempelajari beberapa perkara pada hari ini
antaranya
1. tekanan sangat menekankan hati kita.
2. gembira lakonan. tak perlu. waktu happy kita happy. waktu sedih kita sedih sama-sama sampai down to earth.
3. persahabatan. jangan perlu cepat terasa. perlu diingatkan. kita berkawan dengan manusia. manusia selalu melakukan kesilapan. jangan terlalu mengambil hati kalau kawan ada terkasar bahasa dengan kita. dia manusia kita pun manusia. aku perlu berfikiran lebih positif.
4. jangan simpan perkara-perkara bangang dalam hati. ye lepas nieh aku harus cari diari. satu diari untuk tulis semua. memang diari tak boleh berbicara. dia hanya boleh menerima input dari kita. aku rasa pada waktu-waktu sebegini diari sangat bagus. kita lemparkan semua pandangan kita dalam buku hitam tersebut!
5. jika aku ada masalah. harus diingatkan ada orang mempunyai masalah lebih besar dari aku. perlu jauhkan sifat pentingkan diri sendiri. jangan terlampau pikir diri kita sahaja. kerana mungkin aku tidak mengetahui ada di antara kawan-kawan aku mempunyai masalah lebih besar berbanding aku. tolong jadi lebih inconsiderate. (p/s=kawan aku minta maaf kalau berkelakuan begini kepada korang semua! aku cuma untuk jadi lebih inconsiderate dan tidak mementingkan diri sendiri selepas ini.)
6. keep in tpuch with your family more! walaupun aku selalu telefon mak aku. dikatakan sekali setiap hari kadang-kadang dua kali pun masuk akal. jangan lupa solat, dan selalu lakukan perkara-perkara sunat. aku dapat rasakan yang aku kini semakin jauh hanyut dengan keasyikan dunia. aku rasa inilah waktunya untuk seimbangkan semula. lepas ini aku mahu ikut khalid ismath dengan lebih kerap. cuba pendekatan rohani dan jasmani pulak. bangun awal dan cuba bersenam sekerap yang mungkin.
7. jangan menyakiti hati kawan. kalau mahu bergarau. cepat-cepat minta maaf selepas melakukan perkara tersebut. aku harus lakukan perkara meminta maaf ini dengan lebih kerap!
hal ini kerana, kita tidak tahu bila kita akan mati. jadi untuk mengelakkan dosa-dosa kecil mengumpul jadi dosa besar. jadi ada logiknya aku minta maaf dengan mereka-mereka sebelum terlambat.
8. jangan jadi begitu bergantung dengan orang lain. ini pengajaran terakhir dalam hidup. kini baru aku sedar yang dalam hidup ini kadangkala kita harus pandai membawa diri. memang susah untuk adapt sesuatu benda dalam masa yang singkat. memang sudah. jadi apa kata kita ambil perkara-perkara sebegini sebagai pengajaran dalam hidup. its time to grown up. forget the past. open up my eyes and mind looks forward. sebab aku tahu dalam hidup ini tiada titik mahupun simpang untuk putaran semula dalam hidup!
last part bagi entri ini.
aku minta maaf kepada semua kawan-kawan aku. terutama pelajar-pelajar kelas A part 1
muiz, sapik, apiz, khalid, faz, azmie, amirul, ili, zul, amir, id, fahmi dan ijat.
maaf kalau aku ada terkasar bahasa dengan korang semua
maaf semuanya
aku manusia biasa. tak lari dari melakukan kesilapan
maaf kerana aku agak menjengkelkan dalam kelas
maaf sesangat
owh ya tidak lupa kepada kawan perempuan
aku listkan mana yang ingat ya
izzati,elfira,mirnawati,minie,atikah yusof,atikah razak,shila,nabila,huda,ifa,sofia dan juga joyce
berjuta maaf aku titipkan kat sini
kepada kawan yang super hebat
ifi dan faridil terima kasih sangat-sangat. bila dekan2 memberi nasihat. sangat terharu. T_T
kepada mak kakak-kakak dan abang..
sangat merindui anda-anda semua. mohamad hisyam selamat berjaya untuk exam ada tersebut! dean list dalam tangan.
mak.....i love you. rindu sangat. adik cuba pastikan pelaburan mak ini sangat berbaloi.
kak ijah dan kak siti......tak sabar nak dengar suara vokal dan nyaring anda-anda.
kawan-kawan sebilik. aku minta maaf kepada kamu semua kalau ada terkasar bahasa ataupun terlebih aksi dalam bergurau.
amirul arif
amran
muhamad
anda semua still kawan sebilik terhebat!
AKU MINTA MAAF SEMUA SALAH SILAP AKU.
ASSALAMMUALAIKUM,sekian
2 ulasan:
hmdan....ko xde slh pn dgn ak...tp,ak rsau tgk ko...ko ok???
tade apa2 ah minie.
im fine
terima kasih untuk segalanya ok!
Catat Ulasan