Sabtu, 23 Januari 2010

tika dalam sepi

agak menjengkelkan tajuk entri kali ini. bunyi seperti agak terdesak untuk mendapatkan perhatian.
manusia adalah mahkluk tuhan yang paling kompleks. cukup sekadar itu. satu ayat bagi kita semua.
KOMPLEKS.
cuba kita huraikan makna dan maksud kompleks itu.
susah bukan?
KOMPLEKS bukan?
hal ini sama seperti manusia. manusia adalah makhluk tuhan yang paling kompleks. aku tegaskan sekali lagi di sini.

kita hidup dalam masyarakat. jadi adalah amat penting bagi kita untuk berkomunikasi antara satu sama lain. susah untuk di ungkapkan kebencian kita seseorang, walaupun kita benci dia sampai tahap dooms day!
tapi disebabkan kita hidup dalam keadaan bermasyarakat bukan?
jadi haruslah kita simpan dalam hati.
usah hipokrit jika kita dalam keadaan sebegini. usah salahkan orang lain, kalau kita benar-benar mahu berubah. lebih baik kita berterus terang dan katakan pada mereka azam kita.
haruskah kita menipu sekadar ingin mendapat nama?
bagi aku. aku tidak perlu. pentingkah nama kita untuk di-legilasikan sebagai orang yang terhebat?
tidakkah kita bertanya pada diri sendiri. apakah jasa kita kepada komuniti masyarakat sekeliling untuk disanjung sampai begitu rupa? berdaulatkah kita ini?
tanya diri anda sendiri.
kini aku lebih terarah untuk melihat hidup dari perspektif yang berbeza. jangan abaikan tanggungjawab kita sebagai alat di dalam sesebuah komuniti sebegini. jangan sesekali. cukup kalau kita berkerja sebagai penyampai madah baharu yang muktahir.
tapi bagi aku. aku lebih suka mendiamkan diri.
tepat mulut bising mana boleh simpan rahsia. tapi jujur aku katakan. aku tidak suka buka aib orang. masih ingat lagi aku terbaca satu hadis.

"barangsiapa yang membuka aib seseorang bahkan yang boleh mendatangkan keburukan kepada nama beliau, nescaya ALLAH akan tunjukkan@bukakan 1001 keburukan beliau,"

berpandukan pedoman berdasarkan hadis di atas
kini aku sedang berusah untuk menutup segala keburukan yang aku nampak tetntang orang lain dalam hati dalam-dalam
jangan risau pasal mereka.
biarkan mereka dengan dunia mereka sendiri
aku tahu tugas aku sebagai khalifah kena menasihat dan membimbing mereka
jadi aku telah cuba. kalau sudah sampai tahapnya tiga kali aku bagi nasihat. tapi masih tidak ada perubahan, jadi lebih baik aku pandang sahaja apa yang mereka lakukan berdiam diri.
tiada guna bagi nasihat pada orang sebegini.
seperti mencurahkan air di daun keladi.
owh ya.
jam sudah pukul 8.10
tapi aku masih belum mandi dan solat
kita blog lain kali
nanti aku cerita lagi


aku juga ada hati dan perasaan, aku mahu jadi lame. miahahahahah

Tiada ulasan: