Rabu, 10 Februari 2010

piagam ini bukan seperti piagam kebiasaan.

ok.
aku mahu mulakan cerita pada kali ini degan sedikit titipan dan kenangan semasa aku bersekolah di SMK DUMA( SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' UNDANG MUSA AL-HAJ)

pada zaman sekolah dahulu aku adalah seorang yang blur dan sangat chubby
berat aku pada waktu itu mencecah kg bla bla (kau fikir sendiri)
kini berat badan aku bertambah bla bla kg (kau fikir sendiri)
aku malas mahu berbicara tentang berat badan aku di sini
nampaknya semakin ideal berat badan aku

masa sekolah dulu aku nerd. aku kamcingkan kemeja aku sampai aku rasa nak sesak nafas.
tali leher aku tarik sampai muka aku jadi biru. displin itu penting. bak kata pengawas yang selalu menegur aku.
kasut aku hanya basuh 2 minggu sekali. penjimatan air berganda. dapat tolong ibu bapa simpan duit lebih.

masa zaman sekolah dulu aku ditempat dikelas 5KEJORA.
sungguh indah bukan nama kelas aku?
realitinya ianya sangat indah
sukar untuk digambarkan
aku masuk kelas itu pun selepas 4 kali merayu untuk dipindahkan kelas.
akhirnya aku berjaya. yelah orang tak cemerlangkan nak buat macam mana
memang tak layak masuk kelas macam itu for the 1st place.
ok dalam kelas ini, bilangan lelaki melayu sangat sadis. cukup aku gambarkan di sini pada waktu itu kami selalu menjadi rebutan para gadis di dalam kelas tersebut. setiap pagi jika aku datang ke kelas mesti sekuntum bunga ros, coklat dan cebisan surat cinta dengan tulisan yang agak cakar ayam terdapat atas meja aku. semak? cuba kau bayangkan jika coklat yang diletakkan atas meja kau di susun menjadi bentuk hati dan sekuntum bunga ros berserta surat cinta romantika di staplerkan sekali.
sepah bukan?
hanya aku yang tahu.

masa dalam kelas tersebut. salah seorang dari kami telah terbaca sebuah novel yang bertajuk
"aku mahu popular"
ok ainah kau memang bertanggungjawab atas semua fenomena novel ini


aku di paksa untuk membaca novel ini.
pada mulanya, aku rasa agak kegedikan di situ membaca buku yang cover page-nya yang berwarna pink. geli mak! nyah.
cetus dalam hati. perlu ke aku baca?
ainah menarik muka masam
urgh ok aku baca


selepas 2 hari. berjaya dihabiskan! aku akur.
walaupun kulit bukunya pink tapi jalan ceritanya lagi pink
duh, cerita ini sangat fantastik!!!!!!!!!
so bermulanya dengan tercetusnya idea buku tersebut aku dan ainah telah membina sebuah kumpulan yang secara tersendirinya kami panggil

"WE WANNA ACES"

rasa macam terdesak tak?
agaklahkan?
tapi ini kumpulan study group kami, walupun hanya di anggotai oleh aku, ainah dan farah tetapi group ini selalu dihujani dengan pelbagai gosip konterversi.
sebagai contoh aku dan ainah pernah ditangkap semasa sedang berlumba-lumba mengumpul air liur basi di atas buku teks sejarah.
bukan itu sahaja aku juga pernah ditangkap tidur dibawah meja dalam makmal kimia.
selain itu juga farah juga pernah di tangkap kerana terlalu obses dengan lagu koreanya. sehinggakan dia terpaksa memanggil cikgu sejarah kami dengan panggilan KEKE.

kumpulan ini hanya dianggotai oleh kami bertiga sahaja
tiada tambahan dalam kumpulan
sebab kebanyakkan kawan di dalam kelas kami agak samar-samar dengan kumpulan kami yang lebih berdiskusi tentang masalah sekeliling berbanding hafalan hisab tambahan dan pusingan biologi lelaki mahupun wanita.
kami tak kisah. yang penting kami rasa kami melakukan sesuatu yang berfaedah.
tertubuhnya kumpulan ini bermakna tertubuhlah juga PIAGAM KUMPULAN kami yang tersendiri.
piagam kami istimewa. kerana ianya lebih berbentuk ilmiah. -.-
antara benda-benda yang terdapat dalam piagam kami:

PIAGAM WE WANNA ACES
1. BERSEMANGAT

2.JANGAN TERLALU "RAMAH" KETIKA GURU SEDANG MENGAJAR. BERTANYA JIKA TIDAK FAHAM. JANGAN JADI MALU TIDAK BERTEMPAT. LAWAN MUSUH ANDA.

3.BUAT PEER GUIDANCE. MINTA TOLONG PADA KAWAN YANG BIJAK@MAHIR DALAM SUBJEK TERSEBUT. KEUTAMAAN PADA SIOW FUI SHING <3

4.HORMATI GURU. PASTIKAN CORE SUBJECT MENDAPAT A! JANGAN MALUKAN KUMPULAN INI. SUBJEK ELEKTIF SAINS MESTILAH DAPAT SEKURANG-KURANGNYA C5@C6.

5.JANGAN KEDEKUT ILMU. ELAKKAN MENIRU. CUBALAH TERLEBIH DAHULU. KALAU TIDAK FAHAM BINCANG DENGAN AHLI KUMPULAN.:
PSSSSTTTT: SUBJEK HISAB TAMBAHAN TIDAK APA. ADA KELONGGARAN. MAKSUDNYA ANDA BOLEH MENIRU.

6.SILALAH WAHAI KAWAN-KAWAN SIAPKAN KERJA SEKOLAH ANDA.

7.ELAKKAN SIKAP SUKA TANGGUH MENANGGUH INI. KALAU NAK MERASA PENAMPAR KETUA SILALAH BUAT.

8.BALIK SEKOLAH SELEPAS KELAS PETANG TERUS ULANG KAJI SATU DUA SUBJEK. MALAM LEPAS KELAS MALAM PUN KENA ULANG KAJI JUGA.

9.LUPAKAN SEGALA KESERONOKAN DUNIAWI. MASIH BOLEH BERSERONOK. TETAPI MASA BERSERONOK ITU HARUSLAH DIPENDEKAN.

10.JANGAN PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN. MIND YOUR OWN BUSINESS.


YANG BENAR: AINAH, HAMDAN, FARAH!!!


serius shit aku rindu zaman sekolah. haish, kalaulah dapat putar semula waktu. nak sahaja aku pergi ke sekolah buat benda happy macam ini semula. tapi apakan daya. kita harus berubah mengikut putaran dan peredaran masa. mana boleh lawan fitrah bukan...

p/s; zaman sekolah dulu orang panggil aku NORDIN, HAMDANLICIOUS dan SUPER-M!

2 ulasan:

Seema_Suraya berkata...

wah cayalah ko ada piagam..

hamdan constitution ke?

haha..

ak pon rindu tol kat kwn2 sklah mngah ak..

~_~

hmdnzr berkata...

hahahaha
shima kami ada piagam sebab terikut dengan buku kami baca itu.
hahahahha