saya sudah kehilangan segala-galanya
mungkin ini petanda bagi saya agar tidak terlalu mementingkan semua perkara lagha ini
mungkin ini petunjuk darinya. saya pun agak kecewa dengan visi sendiri.
saya bilang saya mampu lakukannya, tetapi serius saya tak mungkin mampu melakukannya.
tak boleh ke saya jadi lagi kejam. =)
sekarang saya rasa sudah tiba masanya saya berkelakuan lebih sopan
saya minta maaf pada semua. saya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan.
saya rasa diri dikecam sebegini hebat! kenapa anda tidak kecam saya lagi?
bunuh saya! tepatkan pada jantung, biar saya lumpuh dalam melakukan semua perkara.
tiada makna nampaknya.
keperluan asas ini akan terus menjadi kegunaan seharian
ini adalah masa bagi saya untuk berbakti sebaik mana yang mungkin!
saya takut akan diperkecilkan, di perkotak katikan.
persetankan semua itu. sebab dunia ini langsung tidak kisah pasal diri kita sendiri bukan?
tiada siapa kisah, kalau benar kita sudah kecewa dengan diri kita sendiri. kita biarkan kita terus dibawa dengan arus kekecewaan kerana saya pasti. jauh di hulu aliran nanti pasti ada seseorang yang biasa mengetuk pintu hati kita kembali. dunialah yang dikatakan apa yang kau jangkakan? semua yang akan berlaku telah kau lihat dalam telenovela televisyen yang selalu dihidangkan sebagai saji bagi mata ini. kau jangkakan empat perkara? tapi aku sudah dapat menagak lapan perkara.
mungkin ada yang bertepuk-tepuk tangan bila lihat kita jatuh tersungkur, bila apa yang kita ingini selama ini menari-nari dengan penuh bahagia di depan mata.
kita tikam diri kita sendiri. kita jatuh dengan sendiri, dengan senang lenang kita mahu salahkan orang lain?
kita bangun, kita goyahkan orang sana, kita goyehkan orang sendiri.
bila terpalit pada diri sendiri?
habis semua bahasa durjana kita hamburkan!
sekarang aku rasa bahasa memainkan peranan yang penting.
mungkin ada sesetengah kita terus "goyeh" bila mendengar bahasa-bahasa manis digunakan untuk halwa telinga penyejuk hati.
ada sesetengah kita tersungkur pabila terdengar bahasa-bahasa manis ditanamkan di dalam jiwa dan terus kehati mereka sendiri.
ingat mereka berkokok seperti si jalak! dan kita harus berkelakuan seperti kita sendiri
bukan bangun sebab "goyeh" tapi bangun untuk lawan semula.
kata-kata manis memang bisa dituturkan, cuba kita praktikan?
mampu kita melakukannya?
4 ulasan:
ok.post ini menarik sangat!
kata-kata kau..puitis cha!
dah lama sgt xde entry baru kot.
tu yg impact besar xley bla tu.
INI BUKTI KATA-KATA MEMAINKAN PERANAN PENTING!
hahhahaa
aku teringat dulu aku pernah termakan kata-kata seorang kawan
serius sampai la nieh aku rasa bodoh sebab termakan kata-kata dia
tapi aku pelik walaupun aku sudah ada pedoman. but still aku termakan kata-kata.
manusiakan tak pernah serik!
panjang nya. aku malas baca lagi. haha. kau buat apa ah.? jangan buat orang sakit hati hamdan. bedosa tau.
rasanya aku ada komen kat sini.
Catat Ulasan