"ah, ekau tue dah gomok. buat apa nak makan benda berkhasiat je!"
*menarik muka masam*
"adik mai makan nasi ayam abah dah beli nasi double ayam pun double!!!"
kenangan.
emak selalu melarang aku makan banyak. tapi abah tak. walaupun abah cakap tak mahu belikan untuk aku nasi ayam. tapi malam itu aku tetap juga dapat makan nasi ayam.
dulu abah selalu kacau aku dan emak menonton drama yang meruntun jiwa. sedang sedap aku layan feel dengan emak tengok drama.......abah balik terus tukar WWE. walaupun sukar untuk diterima. tapi kami berdua redha. since abah akan pulang awal jika ada siaran WWE
aku rasa senang melihat abah berada dalam rumah.
abah suka tengok filem tamil.
walaupun tiada sari kata, abah mesti akan paham juga. kadangkala kami sekeluarga tertarik sama untuk menonton cerita tamil tersebut.
abah buat cerita tamil yang penuh dengan helah bodoh menjadi sangat fun
tidak kering gusi kami buatnya
kadangkala mak bermasam muka dengan abah
selalunya fasal abah pulang lewat dari melepak dekat kedai kopi
kalau abah day off, untuk pujuk mak semula abah selalu bawa kami naik persona ke GIANT supermarket
lepas itu mak dan abah mesti akan jadi normal semula. dalam perjalanan dipenuhi dengan cerita-cerita. aku tak tahu pasal apa. tapi sebab itu sahaja yang dibincangkan, aku pun menjadi tahu tentang cerita tersebut.
bila balik kampung
abah mesti singgah seven eleven
sebab apa?
sebab aku nak minum slurpee
aku rasa bahagia bila dapat slurpeee
walaupun kadangkala kami kurang kesefahaman dengan abah
tapi abah memang seorang abah yang paling terbaik dalam dunia ini
dia akan cuba sedaya upaya untuk mengembirakan emak. aku. abang dan kakak.
pemergian abah dalam hidup kami memang memberi tamparan yang paling besar dalam hidup aku
pertama kali aku kehilangan seorang insan yang aku panggil abah selama 17TAHUN aku hidup dalam dunia yang fana ini
abah pergi. dia tinggalkan kami legasi kehidupan yang tak pernah aku rasa selama ini
kasih sayang beliau terhadap anak-anaknya yang agung membuatkan aku termenung seketika tentang jasa aku sebagai seorang anak
abah dan mak memberikan kehidupan. walaupun tidak semewah mana. tapi serius aku rasa senang hidup sebegini.
aku menangis bila terkenangkan semula kehidupan aku bersama abah.
tapi apakan daya, walaupun pahit untuk ditelan, inilah kehidupan kita bertemu dan berpisah
tetapi
KASIH SAYANG AKU KEPADA ABAH AKAN KEKAL ABADI
akan ku pegang pepatah ini selama-lamanya
"walaupun bagaimanapun dia masih ayah aku!"
abah terima kasih. emak terima kasih. kak ijah terima kasih. kak siti terima kasih. bang isham terima kasih.
adik sayang abah selamanya. =)
abah selalu dalam hati kami, walaupun dimana puncak dunia kami berada. jangan risau janji yang adik bisikkan itu akan adik capaikan juga. Al-Fatihah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan