dan tidak saya nafikan kecewa adalah sesuatu yang biasa bagi kita semua
kadangkala kita akan berasa kecewa dengan kawan kita sendiri
tidak dinafikan juga. kadangkala kita juga akan berasa kecewa dengan diri kita sendiri
hari ini bukan apa. cuma saya ingin memperjelaskan tentang perasaan kecewa.
saya baru sahaja dikecewakan oleh sesuatu permainan yang boleh di anggap kejam
mari kita cuba gambarkan permainan tersebut
*--------*
owh ya tidak dapat saya dan anda gambarkan kerana saya terlalu kecewa.
saya baru sahaja terlepas kontrak filem juta-juta diantara saya dan speilberg
kini saya begitu kecewa
kekecewaan ini mungkin tidak terubat, tetapi mungkin boleh dirawati dengan memakan benda-benda manis. oleh demikian, saya secara tidak sengaja berasa hari ini saya ingin mengepost entri berkaitan kecewa dan gambar yang tidak mengecewakan.
seperti anda semua tahu....pada hari ini adalah hari jumaat juga merangkap
hari lahir saya yang ke sembilan belas
ini adalah salah satu punca mengapa saya tidak boleh merasa kecewa sehingga mahu berparti bersama paris hilton. itu memang serangan kepada asas akidah.
dan kini saya sedang mengubati kecewa saya dengan menelefon semua nombor maxis dan hotlink yang terdapat di dalam list contacts saya. jadi kini saya berasa kurang kecewa. sebab dapat berbicara bersama-sama rakan-rakan yang disayangi
malangnya saya tidak mempunyai kekasih
jadi hari yang begitu blissful ceria dan gembira ini
tidak dapat saya kongsi bersama seorang insan yang saya panggil sebagai seorang "TEMAN WANITA"
jadi tema utama post kali ini adalah
BETAPA KECEWANYA SAYA KERANA HARI LAHIR PADA KALI INI DAN JUGA SEBELUMNYA SAYA SAMBUT TANPA KEHADIRAN SEORANG INSAN@WANITA ISTIMEWA YANG SAYA PANGGIL SEBAGAI TEMAN WANITA.
ingat pesan ini ya:
"saya tidak mencari TEMAN WANITA", tetapi saya mencari seorang "ISTERI"!"
jadi definisi selepas ini
teman wanita=calon ISTERI.
bhAAHHAHAHHA
sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan