jika saya tahu tarikh mati saya....adakah saya akan tenang menunggu debaran dan kemuncak ke alam lagi satu?
jika saya tahu tarikh mati saya......adakah saya akan menangis, menangisi permergian diri kerana bakal berpisah dengan insan yang paling saya sayang dan cintai?
jika saya tahu tarikh mati saya.......adakah saya akan lari. menyorok semata-mata ingin lari dari realiti yang sebenar?
jika saya tahu tarikh mati saya.....adakah saya akan melutut pada semua orang, dengan harapan salah silap dan dosa saya dimaafkan?
jika saya tahu tarikh mati saya......adakah saya punyai masa untuk berjumpa dengan semua kawan-kawan saya dah beritahu pada mereka siapa mereka di mata saya?
jika saya tahu tarikh mati saya......adakah saya sempat untuk mengucapkan ucapan "selamat tinggal" kepada semua "keindahan manusia"?
jika benar saya tahu tarikh mati saya.....adakah amal saya sudah mencukupi untuk berada di persinggahan di alam sana?
jika benar saya tahu tarikh mati saya....adakah saya akan mati secara?
adakah saya mati secara sengsara.
saya tertanya-tanya.
tapi satu sahaja yang saya tahu
bahawa kematian itu adalah sesuatu yang pasti.
takdir dan masa akan menentukan segalanya.
mati datang dan pergi
mati pergi jauh dan dekat
tetapi yang pasti
mati senantiasa berada di sisi kita.
mati pasti akan datang.
sebelum tidur saya akan maafkan segala-galanya
walaupun pahit untuk ditelan. tetapi memberi kemaafan adalah salah satu cara pembersihan jiwa yang azali.
maafkan saya wahai sekelian manusia. jika saya ada terkasar bahasa, tersalah dan silap bahasa kepada anda.
manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.
tidak pernah sempurna dalam apa jua perkara.
maafkan saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan