Sabtu, 28 Ogos 2010

maaf.(ok ini menyedihkan)

saya tidak tahu apa yang sedang terjadi sekarang
tapi serius saya rasa seperti dipinggirkan oleh kawan-kawan lain
semua seperti menjauhkan diri dari saya
saya tidak tahu apa salah saya. dan apa yang telah saya kerjakan kepada mereka.
saya seboleh-bolehnya ingin menjadi kawan yang terbaik kepada semua.
malangnya, manusia mana pernah sempurna dalam melakukan apa jua benda, walaupun sekuat mana kita cuba memaksa diri kita menjadi sempurna tapi sedarlah...setiap manusia ada batasnya. dan tidak pernah menjadi sempurna bagi semua. dalam semua perkara dan benda. maka adalah mereka-mereka sebagai asas menutup ketidak kesempurnaan itu. Allah ciptakan seorang sahabat untuk membuatkan ketidak sempurnaan itu sebagai salah satu benda yang amat minor....hari ini saya mahu datang bersih-sebersihnya, sebersih yang saya boleh.

saya minta maaf wahai rakan-rakan. jika saya ada menyakiti hati anda sekalian dalam sedar mahupun tidak sedar. saya minta maaf jika saya seseorang yang sangat menyedihkan, menjengkelkan serta menjijikan. saya tahu, saya adalah bukan seorang rakan yang terbaik. jika ada lubang yang boleh saya baiki silalah beritahu saya didalam masa sebegini. insya-Allah saya akan cuba baiki sebaik mungkin, akan saya baiki segalanya. saya minta maaf jika saya sudah terlebih-lebih dalam semua perkara. sumpah maaf saya pinta, saya harap semuanya akan menjadi seperti biasa.

saya minta maaf jika saya secara langsung mahupun tidak telah menyakiti hati anda dan anda semua. tapi serius kadang kala saya agak keterlaluan dalam percakapan, saya akui mulut ini agak jalang. tapi percayalah, saya sedaya upaya cuba mengubah diri ini untuk menjadi seseorang yang lebih baik. saya perlukan bimbingan, nasihat jikalau saya tersasar jauh dari trek yang sebenar hidup ini bukan hukuman yang diberi secara tiba-tiba. saya akui mental, rohani dan amosi saya tidak sekuat mana, tapi keadaan sebegini....benar-benar memaksa diri saya untuk menjadi kuat.

saya ikhlas dan jujur dalam bersahabat. jangan disalah tafsirkan kejujuran saya. saya tidak pernah merasa persahabatan sebegini rupa. kawan-kawan banyak membantu dikala susah atau senang. tidak saya sampai hati untuk bermasam muka dengan anda semua. kalau ada pun tidak pernah lama. tidak pernah lama. hal ini kerana, budi yang telah anda semua curahkan kepada saya membuatkan saya malu dan segan pada diri sendiri. pada diri kalian untuk saya menyombongkan diri..

persahabatan adalah sesuatu yang memerlukan kejujuran
persahabatan adalah sesuatu yang diasaskan bukan dengan penipuan


malahan




satu quote untuk kawan-kawan sekalian
"no im not alone, with you all i fell like home oye my friends"

terima kasih atas memori yang begitu sempurna. memori yang sangat sukar untuk dipadam. dilepaskan serta dipisahkan dalam hidup, tapi mengertilah

all of you are something in my HEART


kata-kata terakhir dari saya

andai saya semua terkasar bahasa dengan anda semua. terlebih-lebih ketika bergurau dengan anda semua. agak menjengkelkan dalam kaedah berkomunikasi dan bersahabat. agak menyedihkan dalam melakukan semua perkara. maafkan saya, maafkan saya. saya adalah manusia yang kadangkala agak terlebih dalam batas pergaulan, serius saya amat menyayangi anda semua.

kita kawan lagikan?

dan kita akan selama-lamanya menjadi kawan. walaupun anda memandang jijik pada saya.

buat terakhir kali.
ampun dan maaf saya pinta.

jutaan maaf saya pinta. =)

4 ulasan:

shazlida mohd shafee berkata...

hamdan ,
dlm hidup ,
ade few things yang kite kene persetan kan .
kalau nak layan perasaan yang orang dah sisihkan kau and bla bla bla ,
sampai bile nak maju ke depan ?
i guess everyone's happy with each other .
i always tell u that everyone can stand alone .
so , nak takut ape ?
kenape nak risau pasal persepsi orang ?
it's time fer u to stand on ur own feet if kau rase sume dah sisihkan kau padahal realitinya , tak pun .

Muhamad A Halim berkata...

hamdan
awk yg sombong dengan sy
mentang2 la sy cuma ex awk
T_T

nurhashimah hashim berkata...

alala..
sedeynya ak bace post ko ni.
jgn sesedey sgt ko kat sini..
ko ingat kan ak n ko sggup kuar dari F6T30
demi keja cite2 dlm bidang law ni..
dah2 hope ko jgn sesedey lagi n kuatkan semangat ko tu..
cari kwn lain je k.... =)

KHALID ISMATH berkata...

shit punye kawan seperti itu.
ada hari ada kelas,
esok esok kita boleh balas.

ingat janji kita pada 1st day exam. ok?
hehe