Jumaat, 24 September 2010

kata putus.

aku punya dua pilihan dalam hidup
kau pilih satu, mana kau mahu?
buruk atau lawa?
tapi mengapa aku bisa memilih yang lawa dan yang buruk itu selalu sahaja aku ketepikan.
mungkin kau datang dengan pakej yang berganda. tapi itu tidak semestinya menunjukkan kau seorang yang sempurna di mata mana-mana manusia. aku pernah menunggu dan aku akan terus menunggu. mereka bilang apa kau bodoh bila masa dia diperlekehkan? tapi apakan daya. bila dah kata sayanglah namanya memang tepu telinga dengan kata-kata cacian demikian rupa.
aku letakkan di dalam hati. aku katakan dalam sepi. yang seharusnya aku harus bersabar dengan segala permainan yang telah kau ciptakan.
kau jadikan aku seperti binatang. hei!! kau fikir aku tidak punya perasaan? kau fikir aku tabah?
sedalamnya dan sejujurnya aku tidak seperti kau.

kau dan aku bagai langit dan bumi
jika ingin diperkatakan rupa. memang aku tidak layak lansung untuk memiliki kau sebagai seorang insan yang aku anggap istimewa. aku adalah seorang raksaksa manakala kau adalah seorang bintang yang terserlah mengerdipnya. aku tahu aku siapa. kini aku harus undur diri. rasanya aku menunggu tidak terlalu lama untuk memiliki kau. tapi hati ini sudah tidak berani lagi untuk mencuba. aku bukan binatang. aku manusia. ada masa aku terasa begitu polak untuk menunggu masa kau mengatakan ya bagi segala-segalanya. aku begitu polak menunggu kau membalas perkataan yang aku tuturkan dengan bahasa yang lebih sopan dan manis bila dibaca. serius kini kau buat diri aku terasa begitu menyedihkan. jujur dalam hati ini aku masih sayangkan kau.....cuma aku tidak pasti sepanjang mana ianya akan bertahan. kita tidak terikat dengan apa-apa ikatan. cuma aku termimpi-mimpi lebih. tapi satu sahaja yang aku pinta, jangan cari aku kalau kau ada masalah berhubung perhubungan kau.
bagi aku masa yang panjang untuk cuti kali ini.

semoga kau lebih berbahagia di luar sana
jika ada kesempatan kita bersama adalah
aku tidak boleh memaksa
kerana lazimnya dari sejak azali perkara sebegini bukanlah berasaskan paksaan.


sekarang aku rasa begitu menjelikkan, menjengkelkan dengan diri sendiri
jangan buat aku rasa menjengkelkan lagi
jangan buat aku berharap lagi
biar aku bergerak. bebas.

aku jiwa muda yang masih mencari erti sebenar kehidupan.
jiwa muda yang mudah terpikat pada semua kesempurnaan dan kecantikkan
tetapi kini baru aku sedar, hidup baru mengajar aku satu perkara paling yang sempurna
"tidak semua yang cantik itu adalah sempurna"
"dan tidak semua yang buruk itu adalah yang memualkan kerana kadangkala mereka lebih sempurna berbanding yang lebih bernasib baik."

aku sudah malas nak fikir semua. SELAMAT TINGGAL.
jangan panggil aku sesiapa lagi dalam hidup kau. kerana semuanya aku sudah polak.!

1 ulasan:

Seema_Suraya berkata...

down lak kwn ak ni nape??
come on ko ley jdi terbaik lagi pas ni..
gurl tu maybe bukan jodoh ko..
sabar jela k..
don't be sad fren !!! =)