aku kolot. fikiran aku kolot sebab aku berasal dari kawasa kampung. iya aku konservatif. sebab aku dibesarkan dalam keadaan yang sangat terapi dan terjaga. aku tak kisah sebab aku tahu. hati dan jiwa aku terjaga oleh insan yang sempurna.
aku dan kau lain. aku punya jiwa aku sendiri. aku punya pandangan aku sendiri. iya aku makan seperti kau. aku berkumuh seperti kau..tapi harus kau ingat kita masih lain dari yang lain.
fikiran aku kolot. aku berfikiran kolot. aku tidak pernah mengaku aku punya minda yang terbuka. walaupun kadangkala kau nampak aku tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling tetapi kini sudah sampai satu tahap aku berjanji diri sendiri dengan berkata
"kau nak buat, buat...aku tak kisah asalkan aku ada hidup aku. kau ada hidup kau..."
aku sudah malas. biarlah aku terus hidup dengan fikiran aku yang kolot. biarkan sahaja aku terus hidup terapi dan terjaga dengan kurniaan tuhan ini. aku tahu, aku pun bukan manusia suci. aku juga kotor. tetapi tidaklah aku mahu terus kotor. aku mahu konservaif semula.
semalam aku terkenang tentang apa yang berlaku pada zaman dahulu. aku rindu zaman dahulu. aku nyalakan lilin seorang-seorang dalam bilik. yang tadi gelap diterangi cahaya oren, aku helakan nafas secara perlahan-lahan. api terpadam maka kembali gelaplah hidup aku.
aku konklusikan hidup ini seperti batas lilin. iya kau punya warna keterangan. semasa kau terang dia akan malap seketika. tetapi tidak terpadam terus, cuma malap dan terang semula. bila tiba satu ketika kau terus terpadam dan terus mencari haluan sendiri. benar. aku tidak tipu.
hidup ini akan aku ibaratkan seperti lilin. mungkin aku sudah merasa semua perkara. cukup untuk mengajar bagaimana menjadi kental di dalam dunia yang separuhnya ditadbir oleh manusia diva, aku benci.
seperti biasa permulaan cuti akan menjadi bosan bila kau tidak merasa apakah nikmatnya cuti tersebut. aku menjadi benci pada tahap pertama ini. sekarang aku rasa duduk rumah ada sesuatu perkara yang paling bahagia di dunia. tidak seperti di kampus. aku menjadi begitu membosankan. merempat di bilik orang seterusnya menjadi kebencian semua. aku benci. aku harus mulakan hidup baru dengan haluan sendiri
aku tidak pernah memberi apa-apa komentar tentang semua benda yang berlaku di sana. aku malas. sebab aku tahu semua perkara yang berlaku ada hikmahnya.
selamat bercuti untuk anda semua. selamat mencari kebahagiaan hakiki dan azali di rumah masing-masing.
4 ulasan:
TIDAK!!! anda belum pernah merasa segalanya..Apa yang anda kata kolot sebenarnya kebebasan bagi saya,anak bandar yang dikatakan minda terbuka.Memang saya jenis bersosial tetapi di tempat baru saya hormati,adat dan resam serta sensitiviti setempat. Saya tak berani bertepuk tampar dengan wanita,keluar bercampur lelaki dan wanita di dalam satu kereta,overnight bersama rakan wanita di dalam satu kereta,mengharap belas kasih pada wanita...kerana APA? kerana MEREKA BUKAN MUHRIM KITA.....Bukan tak ada wanita didalam hidup saya, saya punya ibu dan adik perempuan,disebabkan itu saya berjaga...Cuba anda bezakan siapa lagi kolot? Anak bandar yang takut untuk keluar bersempit2 dalam kerete dengan wanita disebabkan takut jika adik perempuan nya berkelakuan sedemikian rupa ATAU Anak kampung yang gagah menjadi tempat ubit dan jenaka wanita yang tak punya pertalian keluarga dan hanya berpaksikan kita kawan biasa???INGAT!!! setiap lelaki mempunyai nafsu,bimbinglah nafsumu jangan dilepas sahaja,tahanlah nafsumu dari perkara yang lagha...Aku anak bandar bukan ingin meleter atau menyindir sahaja,cuma sudah tak tahan melihat ANAK KAMPUNG BERSANDIWARA,kehidupan yang senang dikatakan menderita....tidak pernah fikir apa kata rakan2 semua yang diam2 berkata di belakang anda...SEKIAN
Bukalah mindamu,jangan dibalas ulasan saya....ambil 5 minit dan fikirkan..samada ianya betul atau bersahaja..jika terasa,ubahlah saudara sementara masih pintu taubat terbuka...wallahua'lam
aku masih kolot dan konservatif
sekian.
aku masih ingat agama.
bukan bermakna untuk meriak2
tapi aku tahu siapa aku
aku masih menjalankan suruhan tuhan
alhamdulillah solat masih terjaga
masih aku sedang utuhkan tiang agama
renung2kanlah.
abid juga igt agama malah kan menjadi alim ulama,namun dye tewas di sebabkan nafsu..renungkan...solat bukan sekadar utk dikerjakan tetapi diikut nas dan caranya.. xguna solat jika tdk istiqomah dan tiada tomaqninah.tomaqninah itu pntg...aku insan biasa yang leka namun sanggup berkongsi jika ada..
Catat Ulasan