dulu masa sekolah menengah aku pernah jatuh cinta pada seorang junior. nama dia shatila edimel(tak boleh lupa sampai bila-bila).
kulit dia mulus dan putih. pada mulanya kami rapat, sungguh rapat. telefon tak pernah lekang dekat tangan. dan mesej boleh dikatakan lebih dari seratus sehari. by the way zaman itu adalah era 3310. dan shatila memang amazed my eyes, dia sangat cantik dan anggun di mata aku. kadangkala aku rasa. owh untungnya kalau shatila boleh jadi suri aku suatu hari nanti. dan aku akan jumpa dia tiap-tiap hari. aku akan bantu dia dalam semua benda. jadi kami akan selalu berjumpa dekat perpustakaan, selepas pukul lima perpustakaan pun tutup. kami akan sambung melepak dan berbicara soal hati ke hati, jiwa ke jiwa dengan mesra sekali di taman permainan depan perpustakaan awam. bila berdampingan dengan dia aku berasa begitu sempurna. tiada apa buruk tentang shatila. walaupun masa itu kakak no tiga(dah up sebab belajar dekat poli!)kata aku selekeh budak hingusan dan bla bla tetapi itu bukanlah hal yang besar bagi aku. apa yang pasti. aku dapat lihat muka shatila dan berbicara tentang apa sahaja. dia menyempurnakan hidup aku sumpah! tingkatan tiga adalah tahun yang paling gembira dalam hidup aku. serius. sebab aku adalah di tingkatan terakhir di smkduma jadi aku suka sneak out masa kelas dan aku lalu depan kelas dua anggerik semata-mata mahu melihat shatila. bila terkantoi aku akan gelabah dan terus lambai-lambai. ok serius bila dia senyum memang heart melt. damn....aku ponteng kelas yang cikgu aku rasa, urghhhhhh tak paham jum ponteng gitu!
hari demi hari. setiap kali peperiksaan shatila akan wish aku! kami bertukar-tukar kad ucapan. aku bersemangat buat kad yang comel-comel untuk shatila. begitu juga dia, aku semakin bahagia. aku tak pernah minta declare sebab aku tahu jawapannya. dia pernah berborak dengan aku. "katanya biar sahaja kita menjadi kawan baik!" tapi adakah kau pasti aku dapat tahan perasaan membara cinta untuk terus tertahan dan tersemat dalam hati? owh memang tidak mungkin. ada juga aku beberapa kali aku menyatakan rasa cinta aku kepadanya melalui perbualan. shatila akan membalas begini. *senyuman manis* ok heart melt again!, dalam sms pula dia akan akan tertawa kecil seperti *hihi lawaklah hamdan nie* ok itu sangat sweet!
PMR semakin dekat. aku semakin gagah untuk menghadapinya. bisalah aku bakal menghadapi salah satu hari besar dalam hidup aku. aku semakin sibuk. walaupun ada masa terluang aku akan ke kantin melepak bersama. berbual tentang diri dia dan aku! peek a boo akan shatila sedang kelasnya berlangsung tapi kami dah jarang berjumpa dan melepak di perpustakaan. tiada lagi masa bersama di taman sambil main tangkap-tangkap gambar guna telefon dia, semuanya tiada lagi. aku rindu saat bersama. dan aku sudah rasa kami semakin jauh, aku suarakan perkara tersebut dalam mesej. kami juga semakin jarang bertukar-tukar mesej. shatila ada menghantar mesej-mesej comel yang berbunyi seperti ini
"saya nak awak tahu saya rindu awak!"
tapi bukan direct macam inilah. bunyi dia macam comel-comel sikit dengan orang-orang lidi sambil sambut bintang semua. ok serius comel. rindu je akan dia aku akan lihat mesej-mesej lama dia yang dia hantar. aku simpan semua mesej dia. biasalahkan 3310 bila dan penuh sungguh annoying suruh delete some mesej. tapi aku sayang sangat nak delete setiap mesej dia bagi. akhirnya aku akur. aku delete untuk mesej terbaru dari beliau.
PMR berlangsung selama seminggu. selepas itu aku merdeka. dia pun merdeka dalam masa dua minggu sebegitu. kami sudah tidak semakin rapat. aku sedih. keputusan di umumkan, menghampakan. aku redha. shatila pula akan mendudukinya tahun berikutnya. aku sangat depressed akhirnya aku macam nak cari gaduh dengan semua manusia. aku bodoh tetiba aku terasa sangat $^&&*( dengan segalanya. even shatila cuba cakap takpa, PMR bukan segala-galanya. aku sedih sebab aku tak dapat 8A macam kawan baik aku sendiri, sedangkan kami belajar sama. kelas sama. masa dalam kelas juga markah ujian terlebih terkurang sama. aku mula menjauhkan diri dari shatila, aku tak hubungi dia. hati aku sakit sebab cuba menafikan sesuatu yang tidak. aku menyakiti hati aku sendiri. aku langsung tidak menghubungi dia, malahan aku cuba melarikan diri. dan the worst part is dia semakin rapat dengan kawan sekelas aku. aku doomed. dan nak dijadikan cerita pada satu hari aku dapat tahu terang-terangan tentang hubungan mereka. aku semakin menjauhkan diri dari shatila, dan aku bergaduh dengan kawan aku. nak dekat setahun lapan bulan aku dan kawan aku tidak bertegur sapa, dan pada malam sebelum SPM aku dapat mesej dari kawan aku dan kami bermaaf-maafan dan baik semula seperti biasa. dan sepanjang itu juga aku akan cuba mengelak untuk berjumpa dengan shatila! sedangkan kami di badan yang beruniform yang sama. kadangkala dia ada tersenyum kepada aku. aku balas dengan hambar sekali. bodoh tak aku? aku harus terima realiti yang shatila semakin tawar hati dengan perangai aku. aku menyesal seumur hidup dan kenapa aku jadi bodoh dan tak matang langsung.
kembali kepada cerita shatila. dan pada bulan sepuluh aku membeli anak patung. aku berusaha membalut hadiah tersebut secantik yang mungkin. aku berjaya dan agak berpuas hati dengan hasil seni aku sendiri. aku beranikan diri berjumpa shatila, malam sebelum itu aku sudah menyatakan tempat semua. tempat kami berjumpa di depan makmal kimia. aku datang keseorangan, dia bersama teman. aku cakap.
"tila(nama manja) good luck PMR! do your best. jangan jadi macam hamdan. thanks for everything.."
tila balas dengan senyuman manis dan ucapan "terima kasih"
selepas itu kami tidak berhubung lagi. sehingga kini. serius aku sangat sedih sampai ke hari ini.
dan masa ambil result SPM kali terakhir dia berjumpa dengan aku. dia bertanya result aku dan menyatakan rasa takut untuk menduduki SPM pada tahun itu. dia mengucapkan sekalung tahniah dan tersenyum. *heart melt again* berakhirlah perhubungan aku dan dia. sampai sekarang aku masih mengingati nombor telefon dia. aku ingat lagi gaya rambut dia. selalu bertocang dan tersenyum. manis. takkan aku lupakan sampai bila-bila.
kadangkala aku ada gatal tangan cuba menelefon beliau. tapi macam biasa tidak di angkat. mesej pun tidak di balas. sampai sekarang aku berasa bodoh kerana buat konflik antara dia dan aku. jikalah aku tidak sebodoh itu. mungkin sekarang aku masih rapat dengan shatila, walaupun tidak berkasih, tetapi cukuplah sekadar aku rapat dan dekat dengan beliau. sebab bila disamping dia aku berasa begitu sempurna. tiada cacat cela. tetapi semuanya sudah tinggal sejarah. aku melangkahkan kaki dengan perasaan menyesal yang membuak-buak! kadang-kadang duduk seorang diri aku akan terbayang wajah insan bernama SHATILA EDIMEL. dan tersenyum bersendirian. aku tidak kisah kalau kami masih so-so tetapi aku mahu kembali dekay dengan dia. kerana dia begitu sempurna di mata aku, dan iya lagi sekali. dia buat aku berasa begitu sempurna. teramat sempurna.
dia manis
dia comel
dia baik hati
dan tak mungkin aku akan melupakan insan bernama SHATILA EDIMEL dalam hidup aku.
mungkin. kalaulah terjumpa semula di alam pekerjaan nanti. akan aku lakukan yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik dari dia. crush pertama memang sukar nak lupa.
dan sehingga kini aku masih dibayangi dengan bayang-bayang seorang wanita bernama SHATILA EDIMEL. aku masih lagi jatuh hati pada dia. sehingga kini. tetapi nak buat macam mana. nama SHATILA EDIMEL sudah menjadi sejarah, dan aku tidak akan sesekali melupakan dia. mungkin dia sudah melupakan insan seperti aku. tetapi aku tidak mungkin akan lupa. sebab bagi aku dia begitu sempurna!
aku tidak mahu jatuh hati lagi. tetapi kalau aku jumpa SHATILA EDIMEL semula mungkin aku akan jadi dungu dan buat apa sahaja. sebab cinta itu buta.
dan dia masih cinta pertama yang tidak berkembang.
kedengaran seperti LOSER
tetapi percayalah. bila kita dah jatuh cinta, memang kita jadi dungu
dungu sedungu-dungunya.
2 ulasan:
wah sgt drama. adakah ini cerita benar..?
but get over it! anda tidak mahu dihantui dengan penyesalan itu utk seumur hidup anda bukan..? ;)
cheers~
ahhahaa. gabbana sumpahlah ini cerita benar. hidup aku dihantui oleh insan yang bernama shatila edimel. gadis terbaik dan tersempurna yang pernah aku jumpa. ahahahaa. zaman sekolah. zaman sekolah.
Catat Ulasan