Khamis, 14 Oktober 2010

diet

ha uolzzzz
sekarang kan musim cuti semester dah bermula. maka seperti entri sebelum ini mesti semua-semua pelajar yang sedang bercuti mahupun rakan-rakan uh mahu mencipta satu misi dan visi baru. tak kurangnya aku.
seperti yang telah aku janjikan dahulu. menjelangnya program degree kita(insya-Allah) semester hadapan aku mahu memberikan hadiah paling bermakna buat semua kawan sekelas dan se-batch insya-ALLAH
iaitu dengan mengurangkan berat badan. aku mahu pakai baju saiz m tahu hadapan. bukan seperti kakak aku pipi ayi (kakak no tiga) siap beli dumbell 10 pound berat masing masing semata-mata untuk menguruskan badan. walaupun dalam realitinya dia sudah kurus (sikitlah tak banyak). dan memakai baju saiz XS! -.-

dan hari ini macam biasa. aku bangun seawal jam 6.30pagi mengerjakan solat subuh menghadap komputer sebentar sebelum melakukan lompat bintang sebanyak seratus kali(ok ini tipu)
dan ianya berhasil. skala di bathroom weight sudah menunjukkan pengurangan sebanyak satu kilo. alhamdulillah jerit aku dalam diam. perkara sebegini harus didiamkan. hal ini kerana aku malas nak adakan kontroversi di pagi-pagi buta. kalau aku cakap dekat mak. mesti dia bilang seperti ini.

"ha dah kurus sikit. jangan nak menggila pergi makan." ok aku redha. pedas dan setepek kena dekat muka. tapi tak kesah pun. sebab setiap pengurangan sekilo aku akan bertambah dengan dua kilo pada keesokan harinya. sama seperti skills yahudi untuk menakluki palestin. hari ini masuk sepuluh km. esok undur dua km. lepas tue tambah lagi sepuluh dan seterusnya. memang seteru.

semalam aku menjadi seorang yang sangat lifeless dan self-centered! aku telah berazam untuk mengemas semua bilik dan ganti semua cadar yang terdapat dalam rumah ini. dan tak kurangnya aku pasang tripod buat satu dua cover untuk simpanan peribadi serta letak dslr kakak no tiga dan pose sorang-sorang! lifeless bukan? nasib baik mak ada buat langsir tabir putih, rasa macam model sedang photoshoot dalam studio. ok sangat self-centered! alhamdullilah misi berjaya. dan tak semena-mena masa sedang mengemas bilik kakak sulung yang sudah lapan bulan tidak berpenghuni(hiperbola) aku terjumpa khazanah lama dia.. owh man kakak sulung yang sudah beranak dua ada menyimpan khazanah berharga!! serius happy bila aku jumpa benda tersebut....kau nak tahu apa. nantilah aku cerita.

aku terjumpa khazanah terulung kakak sulung pada zaman diva dia dulu. aku ingat lagi masa dia bawak pulang si hijau itu. habis kena bebel dekat mak. mak cakap.
"ekau membazir duit beli benda nieh apolah hal eh! dahlah mahal! bolikan omak golang laie bagus"
kakak sulung pekakan telinga. tapi serius. dia hanya guna selama 4 bulan sebelum beralih ke minyak mustajab sebab terpengaruh dengan kawan dan iklan tv3. -.-
kakak kakak kakak
seru aku

dan kini dia sudah tidak lagi menggunakan khazanah dia lagi, mungkin terlalu sibuk mengajar hisab tambahan di SASER! mana taknya kerja cikgu weekend sepatutnya cuti. ini tak masih kerja, kasihan. sebab itu dia semakin kurus. alahai. anak pun dah dua. yang lagi sorang diva mengemas rumah dan yang lagi sorang pula hobby bercakap sorang. serius comel. woots woots

ok. kini khazanah dia sudah berubah tangan jadi milik aku sampai belum masa yang tak ditentukan
dan kini aku boleh zap zap je perut aku dan dalam masa setengah jam aku akan rasa sangat kurus dan gained my confident back. bukan boleh kuruskan aku sahaja. malahan boleh mengecilkan peha! wohaaaa impian untuk menyarung skinny jeans dari topman semakin ternyata. *gulp*

sekarang aku semakin mengemari khazanah peninggalan kakak sulung.
yeah. lihatlah gambar dibawah
tidak perlu beli dumb bells macam kakak no tiga buat. siap pergi fitness shop dan mencari dumb bells yang sangat urban! tak perlu.
tidak perlu joging semua
cuma tahan nafsu dan berjalanlah sepuluh ribu langkah dalam  satu hari
wallllaaaaaa......badan yang diidamkan pun akan muncul
harus dilitkan dengan sempurna untuk mendapatkan perut yang rata!

terima kasih osim uzap!
dan osim uzap-lah khazanah peninggalan akak sulung
sungguh membantu pada ketika ini
serius kalau kita luangkan masa
30minit petang pakai benda nieh sambil berlari di atas mesin cardio memang aku akan jadi pengganti marion counter bagi ambassador produk nieh. in any time beinglah baby!
terima kasih osim uzap. mari kita zap zap badan kita semua. yihaaaaaaaaaaa

dan paling tak bestnya bila sudah tamat pakai uzap nie tempat yang digegarkan uh akan jadi gatal-gatal!
NAK TAHU SEBAB APA?
SEBAB LEMAK TEPU SAYA SUDAH PECAH!
woots woots whoooopseyyyyyyyyyyyy

2 ulasan:

DOLCEshasha berkata...

wahhh, orang exercise jela sendiri. hehehe

hmdnzr berkata...

ahahhaa
lompat bintang
gardening
kena juga atas mesin cardio kita pakai shake shake perut. bahahahaha