aku dah letih menggunakan uzap. dia memecahkan lemak aku macam cilakossss
habis gatal. aku garu persis seperti beruk.
dah cukup. aku akan guna juga. tapi tidak selalu.
semalam macam biasa aku menghabiskan separuh dari hidup yang priceless ini di rumah
owh tidak lupa hari isnin ini saya nak berjalan ke UKM. mauahahaha. ok dah kurang lifeless.
dan sepanjang menghabiskan separuh masa hidup saya di rumah, tidak lupa juga saya mengkaji youtube.
yelah nak cari tips bagaimana kuruskan badan. tetapi aku kadangkala geli dengan keputusan yang diberikan oleh googles. yelah mana taknya aku taip macam nie dekat bawah:
"tips kuruskan badan"
kau nak tahu apa yang keluar
"tips tahan lama di atas ranjang."
serius aku rasa macam W%$%%&#& aku tidak ada masalah nak ambil tips-tips atas ranjang nieh.
kadangkala google yang aku tafsirkan sebagai hebat nieh bodoh juga,
aku nak kuruskan badanlah google oi.
lama lagi nak nikah! lama lagi. tak fikir langsung!
ah dahlah. nak google semula tips kuruskan badan yang efektif.
p/s:semalam aku terjumpa CD senamrobik rancak! wow rasanya nak cubalah pasang dan ikut menari. mungkin boleh kurus dengan pantas. siapa tahu. hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan