Ahad, 7 November 2010

displin menjana kecemerlangan

berwawasan dan tidak mahu cinta
itulah motto yang saya canang-canangkan semenjak akhir ini. kadangkala saya rasa geli dengan motto dan visi terbaru bagi diri ini tapi apakan daya saya ingin juga melakukan perubahan. perbualan dalaman dari orang lain mungkin agak menganggu saya sejak kebelakangan ini. sangat sinis komen mereka semua. tetapi saya menghormati hak keperibadian mereka. jadi biarkan mereka mengekspresikan luahan kritikan dan komentar mereka sendiri

cuti semester semakin berakhir. sudah cukup rasanya saya menghabiskan masa dengan melakukan perkara lagha. tiada apa faedahnya membazirkan masa adalah. kini saya mahu melakukan perubahan mengikut kepada perubahan.

displin menjana kecemerlangan.
semester hadapan saya ingin menjadi lebih berdisplin. sudah cukup rasanya saya meninggalkan zaman nerd geek dan noob. kali terakhir saya berbuat demikian adalah ketika di tingkatan lima. dengan tali lahir ditarik kemas. dan kolar baju dikamcing rapat kepada tahap yang semaksima mungkin. kadangkala ada juga rasa sesak nafas. tapi saya tidak kisah! yang penting kita berdisplin. biarlah kita tidak pandai tidak menyerlah tetapi perkara utama yang dititik beratkan dalam setiap perkara adalah displin.

tips-tips pada semester hadapan.

1. oleh kerana saya akan menjalankan aktiviti bakti siswa pada semester hadapan(insya-Allah) saya ingin menjadikan aktiviti luar kampus yang melibatkan para mahasiswa asasi undang-undang khususnya terbaik mungkin. justeru itu, saya akan berjanji pada diri sendiri untuk menyelesaikan semua tugas sebelum tibanya tarikh akhir. saya ingin melakukannya sesungguh yang boleh. doakan saya berjaya.

2. saya selalu gagal untuk tidur awal. facebook selalu menjadi godaan utama. walaupun tiada notifications malangnya saya masih mahu online kerana ingin....*siapa yang addicted tahulah* eeerrr. teruskan. semester hadapan saya ingin tidur seawal jam 10.30malam. mengikut kajian dari universiti luar untuk tidur yang sempurna kita harus tidur sebelum jam 12.00. ok ini perkara paling payah untuk dilakukan. tapi saya akan cuba. pengecualian untuk hari minggu. di mana saya boleh berparti.

3. bangun awal. sekurang-kurangnya sebelum jam 7.00pagi. saya ingin bangun pagi kerana saya ingin mengajar untuk lebih berdisplin dan seboleh-bolehnya tidak mahu meninggalkan solat subuh(insya-Allah). selain dari itu juga saya mahu dapat markah lebih dengan datang awal ke kelas.

4. luangkan masa untuk bersenam. cukup tiga kali hari seminggu. tiga puluh minit setiap sesi. err errr rasanya harus mula bermain futsal semula. jadi gol keeper pun sudah memadai. untuk nampak cergas dan berperanan sikit. lompat-lompatlah sambil jerit. go go go. tugas satu campur dua. "gol keeper dan pom-pom boy"!

5. simpan duit. saya akan cuba untuk menyimpan sebanyak rm10.00 setiap minggu. err errr errr. dengan cara ini saya boleh jimat wang dan berdiet.

6. buat past years awal-awal. nanti masa study week baca skrip jawapan je*evils laugh*. terima kasih senior atas nasihat ini, saya akan cuba praktikan.

7. semester hadapan juga adalah semester akhir keberadaan saya di kedah. Ok sem last. jadi saya ingin berkawan dengan semua. bermesra dengan semua. dan mengenali seramai manusia yang mungkin! saya sukakan kepelbagaian. saya suka kawan yang ramai. kerana ianya boleh membuatkan saya berfikir lebih luas dalam personal skills dan communication skills.

8. akan mencuba menjadi lebih taat pada suruhan agama. (insya-Allah) saya boleh lakukan. akan cuba menjadi lebih rajin untuk mendalam ilmu fardhu ain dan merajinkan kaki ke PI. saya akan cuba melakukannya.

displin menjana kecemerlangan
kini saya cuba menjana kecemerlangan saya sendiri
kerana tiada siapa yang mampu membantu diri anda sendiri jika bukan anda yang memulakan langkahnya.
mungkin setiap orang memerlukan pemangkin untuk mereka berganjak dari kehidupan sekarang
saya rasa saya sudah jumpa pemangkin saya yang tersendiri. terima kasih kerana bantu saya membuka mata tentang erti sebenar Allah meminjamkan kita nyawa yang sangat berharga ini.


oh ya tidak ya.
rabu ini saya akan menduduki ujian JPJ.
saya mahu menjadi normal.
*bak kata kakak sulung. "zaman kini hanya orang tidak normal je yang tiada lesen memandu"
jadi saya ingin dapatkan P. cuak jangan kata. pernah gagal sekali. dan saya tidak mahu gagal lagi.
saya mahu memajukan diri sendiri.
doakan saya berjaya mendapat P
amin
tolonglah saya merayu pada semua
esok kelas memandu pada jam 9.00pg
saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan tekun!

*p/s:selalunya kalau tekun sangat otak akan letih. naik je bas, toggle button play dekat iPod. terus tertidur sampailah depan rumah. kesah habes! yang pasti saya mahu berjaya


Tiada ulasan: