Isnin, 15 November 2010

tahap pemikiran yang sangat modest

tidak banyak yang ingin dibicarakan pada ketika ini
dengan poket dibiarkan kosong serta keadaan badan yang semakin kurus membuatkan hati ini tidak duduk diam. walaupun duit didalam poket diletakkan pada paras merah yang sangat kritikal tetapi baru petang semalam emak telah membebel dengan penuh bermadah. katanya perbelanjaan saya pada bulan ini melebihi perbelanjaan yang sepatutnya ketika berada di kampus. oh mak baiklah saya akur...hal ini kerana emak telah membelanjakan lebih kurang *rm*(nilai wang dirahsiakan hanya untuk saya retest lesen) maafkan saya kerana menyusahkah emak.

seperti biasa kehidupan seperti ini tidak seperti sediakala. tidak begitu sempurna tidak juga menyedihkan! cukup sekadar sederhana. menariknya pada minggu ini anak anak perempuan bersatu puan norriah telah menghadiahkan saya apa yang saya inginkan selama ini
terima kasih banyak banyak kakak
terharu sangat
nak nangis dah

nampaknya rakan-rakan sekampus tak kira yang junior mahupun bakal bergelar senior sem hadapan sudah mula mengupdate status mereka

"arghhhh malasnya nak balik merbok!"
"arghhhh tiket balik SP dah habis...."
"arghhhhhh boleh tak kalau uitm extend cuti!"

yang pasti realiti sebenar mereka kena juga pulang sebelum 21 ini
tidak seperti saya yang akan melangkahkan kaki dari rumah ini tepat pada jam 11pagi 26 november ini
perasaan sebenar memang tak sabar nak balik merbok, dengar cerita dah banyak berubah. ahahha
yang pasti ini adalah semester terakhir saya disana
gembira plusss sedih
diharap akhir ini saya boleh melakukan yang terbaik!

eeeeee
rasanya
rasanya
badan saya dah gagah macam micheal phelps.

-bersambung-

Tiada ulasan: