dan itu bukanlah cerita yang sebenar pada hari ini. ianya tentang masalah lain yang semakin membelenggu hati dan perasaan. jujur saya katakan di sini. mungkin saya telah terlalu jauh hanyut dalam keasyikkan duniawi yang tidak membawa kemana-mana arah. kadangkala mahu sahaja saya tutupkan hijab mata ini dan lakukan perkara saya dengan sendiri. tetapi seperti biasa, masalah akan bermula jika kau mula beramah mesra dengan pelbagai manusia. menjadi ramah bukanlah sessuatu kesalahan tetapi menjadi terlalu ramah mungkin nanti kau akan dicap sebagai seorang "busybody".
kini saya sedang hidup dalam dunia saya dengan sendiri. saya tidak kisah dengan apa bualan mereka lagi. pernah satu masa dan ketika dahulu saya rasa begitu tertekan dengan ejekan mereka tentang anugerah dan kurniaan yang telah Allah berikan kepada saya.
"setiap makhluk itu adalah sebaik-baik ciptaan Allah S.W.T"
jadi kini saya rasa seperti sudah immune akan semuanya. lantaklah kau nak cakap apa, yang pasti saya hidup dan saya mempunyai jati diri saya yang sendiri. bukan mahu berbangga diri tetapi saya lakukan apa yang saya inginkan dan saya tidak pernah merasa begitu terdesak untuk diterima ramai. dipulaukan? ke$ha habes? itulah hidup bukan semua boleh terima kau. yang pasti saya masih ada punya emak kakak dan abang yang masih sayangkan saya. mungkin kawan-kawan semua sudah membenci saya. itu hak mereka. yang pasti saya lebih mudah bergerak bersendirian. bukan apa, hal ini kerana semester tiga ini saya lebih gemar menggunakan konsep
"jangan terhegeh-hegeh bila diri kau sudah tidak diperlukan lagi."
sekarang aku tidak terhegeh-hegeh lagi. dan i ain't jaded no more.
lets do our own things.
end.
aku rasa lepas nieh aku nak ada attitudes macam ke$ha.
dulu lady gaga. kini ke$ha.
bak kata ke$ha "we are who we are" |
1 ulasan:
Hey Ke$ha! haha. Aku paham kau tulis apa ni, tp aku takut nak cakap kang salah konsep. CHILL!
Catat Ulasan