Sabtu, 15 Januari 2011

kau tahu mengapa?

sudah rasa lamanya saya tidak menjejakkan kaki di persendirian ini. kehadiran saya pada kali ini amatlah tidak dialu-alukan. tampak seperti ruangan untuk meluahkan segalanya semakin hilang menjauhkan diri dari saya. saya agak kelewatan dalam semua hal kali ini. sedih? udah dicerita...hanya tuhan tahu betapa remuknya hati saya sejak kebelakangan ini. tiada siapa disini yang mampu tahu yang mampu berkongsi dengan cerita yang sebegini rupa. rasanya amat perit untuk berhadapan dengan realiti sebenar. mungkin sakit untuk mendapat segala yang diinginkan tetapi ingatlah wahai "saya" "sesungguhnya Allah sudah merancang yang terbaik untuk setiap umatnya, cuma masa sahaja yang belum menentukan bila.."

sudah dua bulan saya berada di sini. lagi tiga bulan tamatlah segala perjalanan sebagai seorang pelajar mahasiswa dan berubahlah kita semua kepada fasa hidup yang lebih mencabar. *insya-Allah*

mungkin saya tidak seteruja mana untuk meninggalkan tempat yang selama setahun setengah menjadi tempat kediaman saya sendiri. tempat di mana saya belajar mengenal erti persahabatan tempat dimana saya juga menghadapi sedih dan duka berseorangan. tetapi inilah hidup. tidak semua indah dan lancar. tiada yang sempurna gamaknya. pasti ada cacat cela. kerana hal-hal sebeginilah membuatkan hidup kita ini indah, percaya. jangan pernah cepat melatah jika ada dilanda pelbagai masalah dan ujian. lebih baik setiap onak tersebut dijadikan pedoman untuk melihat kembali siapakah anda sebenarnya di dunia ini? mungkin kadangkala kita sendiri tersilap pandang akan sikap kita sendiri.

dan kini saya sudah tahu mengapa. saya sudah mengerti mengapa, terima kasih kerana buat saya tersentak dan tersedar dalam kadar waktu yang sangat pantas.:

"selamat datang kembali kepada konsep *penyucian jiwa* "

harapan saya pada kali ini agar semuanya berjalan dengan lancar. semuanya membuatkan saya sedar siapakah saya sebenarnya di dunia ini dan oleh sebab apakah saya dilahirkan di dunia.


selamat datang minggu yang serius. selamat berjaya kepada semua.

p/s: Allah sudah merancangkan semuanya untuk kita. :)



1 ulasan:

M.I.H berkata...

bukan orang yang menjauhkan diri dari kita,
tapi kita yang cuba menjauhkan diri dari org..

renungkan.

:)