sepatutnya aku sedang menaip assignment pada tika ini, tapi malangnya assignment itu bukanlah sesuatu yang senang. jadi aku letak tepi semua dan instead of consulting it with my lecturer i rather seat behind and do anything i want to. kadangkala some of my friends will join me too. kami mula menyanyi dan mula menangis(exaggerated) mengenangkan lagi empat minggu dari sekarang kami semua akan memulakan haluan masing-masing. separuh dari mereka yang kebanyakannya sudah ber BAND4 dengan melompat-lompat keriangan akan masuk ke fakulti undang-undang yang sesungguhnya menjadi impian para pelajar asasi kebanyakkanya. tapi bagi aku? aku keep it on hold, mungkin nasib aku sama macam nasib aku amik lesen. 4kali amik lesen baru lepas. siapa tahu bukan? hanya Allah yang tahu.
LAGI EMPAT MINGGU.
lagi empat minggu dan masing masing akan mula mengangkut beg beroda memasing untuk meninggalkan UiTM kedah.
aku serius berasa sedih untuk berpisah dengan kebanyakkan kawan yang bakal pulang ke kampung halaman masing-masing.
semalam aku dengar lagu No Doubt-Running. rasa hiba pula bila dengar. sedih mengenangkan perpisahan yang bakal berlaku tidak lama sahaja lagi. tidak lama. sumpah tidak lama. pejam celik. pejam celik maka mula lah sesi duduk di perpustakaan dan tidak pulang langsung ke bilik. selepas penat maka terduduklah menghadap kertas exam selama berjam-jam yang telah diperuntukkan. keluar dewan peperiksaan maka bermulalah suasana riuh rendah
"kau jawab macam mana tadi?"
"kau pilih soalan mana?"
"darn!!! jawab dia macam tue eh. shit aku tersalah buat. arghhhhhhhh lantaklah benda dah lepas!"
"wei cuti nieh jadi eh lepak TS!!!"
"aku nak balik mak dan ayah aku dah tunggu depan malinja"
tapi aku dapat rasakan pada semester akhir ini
suasana tersebut mungkin tidak semeriah macam dulu. tak seriuh macam dulu. sebab semua tahu. lepas tamatnya paper law3 maka terdiamlah semua pelajar. mungkin kita akan berasa gembira selepas tiga sem duduk berjauhan bersama keluarga akhirnya kita kembali dekat pulang ke pangkuan mereka. duduklah selama enam bulan sebelum memulakan langkah yang maha panjang ini.
aku dapat bayangkan aku pada masa itu mungkin sedikit atau kemungkinan juga banyak sedih. sebab aku dah tadak geng nak jadi retard dah. geng nak main joget joget plastik sampah bersama, dan teman teman yang lain yang sangat bermakna bagi aku.
begitulah kehidupan. setiap pertemuan pasti ada perpisahan. dan dalam setiap perpisahan itu tiada apa yang membawa maksud kegembiraan.
kita berpisah pada kali ini wahai sahabat. siapa tahu pada suatu hari nanti kita akan bertemu semula.
selamat berjaya untuk BEL342 dan final yang bakal menjelang tiba
p/s: semalam, hari yang tersangatlah seronok. terima kasih! kamu dan kamu semua baru sahaja membuatkan semester ini adalah salah satu semester yang tersangatlah disayangi untuk ditinggalkan dan dilepaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan