cuti yang panjang membuatkan aku mengambil keputusan untuk bekerja di kedai bata
seronok rasanya, walaupun gaji tidaklah sebanyak mana tapi syukur alhamdulillah dapat jugalah mengisi kehendak hati.
aku berkerja mula pada jam 9.00 pagi. tapi selalunya jam 10.00 pagi baru aku terpacak. dengan muka tersipu sipu aku mesti cakap:
"minta maaf bang najib dan kak azian bas lambat."
selalunya aku meletakkan kesalahan pada bas. memang salah bas selalunya. ada sekali aku menunggu selama 45 minit hanya untuk mendapatkan bas bagi perjalanan yang tidak sampai 15minit. sedih rasanya hati mengenangkan nasib. tapi apakan daya, kau mahu bekerja, dan ya kau punya tanggungjawab. seharusnya kau harus berpegang teguh pada tanggungjawab tersebut. tidak kiralah kau cepat mahupun lambat yang penting dan pasti kau harus juga hadir.
bekerja selama 8 jam membuatkan aku tertanya-tanya pada diri sendiri
adakah nanti bila sudah besar dan memasuki alam pekerjaan aku tidak bosan dan muak melakukan perkara yang sama tiap-tiap hari. sedangkan bekerja di kedai Bata yang tidak sebesar mana di bandar kecil ini pun sudah cukup membuatkan aku termuntah mengira waktu dan detik jam enam petang.
aku tertanya. adakah aku akan bertahan....syukur sabtu ini cukup sebulan sudah aku bekerja.
pejam celik. sungguh tidak lama rasanya, sebagai contoh kita berpuasa. pejam celik, bangun sahur buka dan tidak semena-mena sudah masuk hari keenam.
aku harap aku tidak mudah bosan dalam melakukan sesuatu perkara. aku perlu fokus dalam semua benda yang aku lakukan. aku bukanlah jenis yang optimistik. tetapi aku selalu mengarah diri aku menjadi seorang yang berkata ya dalam semua perkara.
oh cuti yang enam bulan panjangnya sudah hendak melabuhkan tirainya
enam bulan?
gelak tawa sedih rindu gembira semuanya aku rasa
kadangkala aku tertawa sendirian. susahnya perjalanan seorang manusia. susah mengenal erti matang itu yang sebenarnya.
oh ya aku sudah masuk 20tahun pada 23 julai lalu. terima kasih Allah. terima kasih semua.
jingle bells bits.