Sabtu, 5 Disember 2009

bila emosi menguasai diri.

aku sangat tipikal. kadangkala memang benar aku sangat tipikal. ramai orang cakap jangan jadi close minded tolong jadi open minded. aku cuba untuk jadi open minded sekarang aku memang cuba untuk jadi seseorang yang open minded.

aku penat bergaul dengan orang yang sangat tipikal
aku masih ingat lagi bila berbicara dengan sophie soraya semalam
"ignore those hamdan,they're just typical malay boys!''
ok, mereka tipikal aku cuba untuk menjadi tidak tipikal dalam hal remeh temeh seperti ini
aku cuba walaupun aku tahu memang sukar untuk kikis perasaan kemelayuan yang agak menebal. yalah mana taknya sudah 18 tahun aku hidup sebagai melayu.
sangat melayu sehingga aku lebih selesa memakai baju melayu untuk pergi ke kenduri kahwin
aku tak pasti aku boleh atau tidak untuk kikis perasaan ini
tapi aku cuba.

minggu hadapan genap sebulan aku duduk di uitm kedah ini.
walaupun agak sukar untuk aku terima kenyataan yang matriks memang bukan dalam kamus hidup aku lagi. begitu sukar untuk bertahan di sana bila pointer sekadar 1.92
bukan mudah untuk mengambil hati cikgu dengan pointer sebegitu. percayalah.
hidup di sini sangat relaks
sehingga aku boleh melakukan perkara-perkara lagha dengan lebih kerap berbanding di tempat pengajian yang lalu
hidup sangat bergantung antara satu sama lain. semuanya harus dilakukan bersama
aku cuba untuk jadi independence sebelum menjelang 2010.
kawasan kelas yang bersepah menyukarkan dan memungkinkan aku untuk menjadi licik dan arif dalam selok belok di kawasan uitm ini.
aku cuba untuk hidup berseorangan.
perkara hang out bersendirian pada musim cuti yang lalu membuatkan aku lebih paham apa maknanya menjadi seorang yang bersendirian dan menyendiri. aku suka dengan konsep hidup bersendirian dan menyendiri. maksud aku dalam konteks untuk mengenali diri sendiri. makan bersendirian. aku rasa pada awalnya. tetapi sejak berfikir sejenak tentang konsep being a lone ranger. aku terus jatuh cinta. aku suka bersendirian pada minggu lalu. sangat suka. aku rasa aku lebih tahu apa maknanya menjadi sendiri. sebab aku tahu pada akhirnya kita bersendirian juga.
aku tiada kawan baik yg selalu melekat dengan aku
sumpah aku tidak pernah rasa dan ada kawan sebegitu.
hal ini amat membuatkan aku berfikir yang aku such a loser.
aku cuma ada ainah dan faridil sebagai kawan dalam semua perkara. ainah sangat baik begitu juga faridil. aku rindu masa kami di alam persekolahan dulu. aku sangat rindu. begitu juga faridil. geng gelak tawa masa aku di tingkatan 5 dulu. faridil memang super hebat. tiada pengganti bagi ainah dan faridil.
kadangkala aku berfikir sejenak.
boleh tak dalam dunia ini kalau kita jadi kawan kepada diri kita sendiri?
manusia sangat kompleks. amat kompleks. sehingga amat sukar untuk kita memahami kehendak seseorang. sedangkan aku pun sukar untuk memahami kehendak sendiri apatah lagi untuk memahami kehendak orang lain. aneh jawapannya. kadangkala ianya terbawa-bawa sampai ke tahap infiniti.
kawan yang paling lama pernah aku ada aku rasa salleh. aku mula berkawan dengan salleh ketika aku berada di darjah dua. dia pandai. aku bodoh. dia anak pegawai. aku anak polis biasa. tapi kami masih berkawan.
sampai sekarang kami masih berkawan. aku rasa dia,ainah dan faridil adalah kawan yang paling terbaik yang pernah aku ada.'
masa abah meninggal dunia. aku ingat lagi. salleh dan ainah-lah orang yang selalu memberi kata2 semangat kepada aku untuk terus tabah dan sabar menghadapi dugaan illahi. tidak dapat dinafikan ada juga rakan2 lain yg memberikan kata2 dan ucapan takziah pada aku. tapi ainah dan salleh adalah mereka yang sentiasa membantu aku. terima kasih sangat-sangat. aku tahu,aku kadangkala sangat menjengkelkan. aku tahu. itu aku sangat tahu. hidup di uitm juga membuatkan aku lebih berfikir untuk menjadi seseorang yang sangat pasif. aku suka menjadi aktif. tapi aku tahu amat sukar untuk menjadi seseorang yang aktif bila kita lebih tertumpu kepada sesuatu bidang yang sangat pasif.

kenapa aku selalu ditipu?
aku sudah putus asa dengan penjualan jual beli tangan kedua ini.
cukup sekali. kali ini memang benar aku takkan sentuh lagi semua ini.
aku selalu ditipu. amat selalu. amat sukar untuk bertemu dengan orang jujur dalam dunia ini.
amat sukar.

aku tahu aku tak mempunyai suara yang boleh membuatkan gadis terpesona dengan aku.
aku tahu aku bukan orang yg mempunyai suara sebegitu lelaki. tapi aku bersyukur dengan pemberian tuhan ini. sebab aku tahu aku bukanlah seoarang manusia sempurna yang dicipta oleh tuhan untuk hidup di muka bumi yang rakus ini.
aku tahu aku bukanlah orang yang sihat dan mempunyai susuk tubuh seperti seorang model yang tak cukup makan. tapi percayalah aku suka dengan apa yang aku ada sekarang.
tapi sumpah aku cakap dekat sini. aku tak peduli dengan semua itu. cakaplah apa yang korang mahu katakan dalam hati.. sebab aku tahu. Allah ada. Aku berpegang teguh dengan konsep karma. aku janji aku akan cuba untuk tidak berdendam. tapi aku cuba untuk buang perasaan dendam berdendam diantara satu sama lain ini. sebab aku tak suka mencari musuh dalam hidup.
sumpah aku tak suka. walaupun aku lebih suka berseorangan tapi sumpah musuh-musuh tiada dalam kamus hidup aku.

aku tahu semua yang buruk ada pada aku.
kepada kawan-kawan seouting.
terima kasih banyak-banyak.
kini aku semakin tahu apa maksud teman lepak.
kepada kawan rapat.
terima kasih berjuta-juta kerana sudi untuk terus menjadi kawan baik aku.
aku tak tahu kenapa aku berani pos benda sebegini malam ini.
baru sekarang aku rasa aku perlu.
aku tak tahulah mereka suka berkawan dengan aku atau tidak
tapi
aku amat suka berkawan dengan mereka
maaf menjadi sangat menjengkelkan dengan berlakon cepat sentap kebelakangan ini
serius aku tulis dalam blog ini
aku cuma mahu melawak.
maaf untuk semuanya.


P/S=takziah di ucapkan kepada rakan belajar sekumpulan di matriks dulu iaitu amri zailani di atas pemergian ayah tersayang. aku harap kau tabah dan sabar menghadapi dugaan dari-Nya.
nasihat aku. am aku pernah rasa apa yang kau rasa sekarang. aku pernah lalui apa yang kau lalui sekarang. harap kau tabah. aku tahu kau boleh.

P/S/S=kawan2 sekelas thanks for made my day today.



3 ulasan:

syafiq affandy bin hasan berkata...

ohh sindir aku. takper ak sedar aku bkan kawan yang baik.

hamdan_gila2merawan berkata...

jangan sedih kawan
part mana yang aku sindir kau?
what i mean is
half of them
not all.
no syafiq
u're not half of them
anyways thanks for being my friends.
thank you very much.
sebab aku tahu kau bergurau jek macam mana aku bergurau tentang rambut kau.
maaflah kalau kau terasa aku memang tak bermaksud untuk menyindir kau
kau dah banyak tolong aku
sangat banyak
apa2 pun sorry for everthing.

Muhammad Amirul Arif berkata...

aku pon tau aku bknla sahabat yg sentiasa mnemani ko dikala duka,namun masih terdapat sisa2 simpati n kagum aku kt ko kerana tanggapan yg telah aku lemparkn kt ko slama ni telah dpt ditangkis dek kerna keperibadian ko