Isnin, 7 Disember 2009

sederhana.

senja mungkin hari yang sangat ditakuti. mungkin sangat ditakuti sebab pada waktu itu kebanyakkan ibu bapa melarang anak2 mereka keluar dari rumah. tapi aku rasa senja adalah hari yang sangat kurang menyenangkan.

kebanyakkan senja adalah senja biasa. tetapi senja ini mungkin bukan seperti senja yang biasa. baru tadi aku di kejutkan dengan peristiwa bunuh diri oleh bekas rakan sekerja arwah ayah aku. aku sangat terkejut dengan berita sebegitu. mati dengan membunuh diri. sangat tragis dan sadis. kasihan pada si balu suami. tapi apakan daya dia telah memilih jalan yang sebegitu untuk mengakhiri sisa hidupnya. aku sangat terkejut dengan kejadian sedemikian. sungguh aku katakan.

kehidupan adalah berdasarkan sesuatu pilihan yang telah kita lakukan. dalam hidup ini sangat banyak pilihan. aku cuba untuk menjadi produktif di sini. sejak kebelakangan ini minda dan fikiran lebih tertumpu terhadap kematian. sumpah aku tidak tahu kenapa. aku memang tidak mahu mati lagi. tapi kalau sudah sampai masanya aku redha.
kehidupan semakin memeritkan.
aku suka akan kehidupan fiksyen yang lebih banyak metafora dalam berbahasa dan impian dalam kehidupan, sungguh indah jikalau begitu, sumpah sangat indah.
serius aku katakan di sini. kita hidup berdasarkan pilihan. jika pilihan yang kita lakukan tepat maka kita mampu menarik nafas lega dengan penuh konfiden
aku pernah di beri membuat pilihan dan aku pernah membuat pilihan.
selalunya pilihan yang aku lakukan bukanlah pilihan yang tepat.
kadangkala benda ini membuatkan aku cepat berputus asa.
tapi sebelum aku di lamun lebih jauh aku bangkit bangun.


hidup semakin hari semakin mencabar. semakin mencabar. sungguh. aku masih ingat salah seorang kawan berkongsi tentang falsafah kehidupan.
dia bilang:
"untuk hidup hamdan kau kena tahan dengan caci makian! kau tahu dalam dunia ini ada berapa juta mulut bukan? dalam setiap berapa juta mulut itu pula...ada berjuta2 hati. dalam berjuta2 hati itu tersemat satu sifat yang memang sukar untuk diterima dan difahami iaitu sikap!'',

setiap orang ada sikap dan sifat. tak terlampau aku katakan salah satu contoh sifat dan sikap ialah mulut yang sedikit jalang.
aku pasti semuanya dalam dunia ini ada sisi mulut jalang mereka tersendiri.
aku akui aku bermulut jalang bila diri ini dikawal dengan perasaan marah.
aku sanggup mengatakan apa sahaja kerana pada waktu itu aku pun tidak pasti apa yang aku katakan.
aku pernah bermulut jalang. sangat banyak kali. hal ini membuatkan aku berasa amat bersalah.
aku suka cakap tanpa memikirkan kesan sesuatu bahasa tersebut. tapi selepas kejadian itu berlaku barulah aku dapat rasakan bagaimana si pemangsa rasakan.
aku begitu menyesali perkara sebegini.
tapi selepas di fikirkan semula. inilah kehidupan. sangat kasar. jika kita hidup hanya untuk di junjung dan di puji. sumpah itu bukan dunia namanya. aku gusar bila melihat kehidupan manusia yang semakin terbalik pada zaman ini.
aku tidak pernah segusar begini. aku risau melihat mereka. tetapi aku lebih gusar bila aku memikirkan tentang diri sendiri.
aku hidup di dunia yang serba serbi tidak adil.
sangat tidak adil.
cuma beberapa scene dalam kehidupan sahaja aku lihat betapa adilnya hukum karma menghukum manusia.

berbalik kepada kematian.
kematian adalah perkara yang paling dekat dengan kita.
boleh kita lari dari kematian?
boleh kita mengelak dari kematian?
boleh kita lewatkan kematian?
jawapannya adalah syntax error.
aku teringat akan dosa lampau yang aku lakukan.
ada yang besar ada yang kecil.
tetapi manusia bukan selalu melakukan kesilapan.
kadangkala aku amat prejudis dengan pandangan beberapa pihak tentang betapa betulnya mereka dalam sesuatu perkara!
adakah mereka cuba mendiskriminasi?
mungkin itu semua kesilapan minor yang dipandang major oleh sesetengah pihak yang menginginkan kesempurnaan.
tetapi perlu kita fahami di sini. dalam setiap kesempurnaan pasti ada kecacatan! walaupun sekelumit. ianya masih kecacatan.


aku rasa kehidupan aku sudah semakin senja.
aku cuba untuk mamaksimakan kehidupan ini ditahap optimum.
pilihan penting dalam kehidupan. sekali kita menapak ke lembah hitam. maka hitamlah masa depan.
aku berfikir. perlukah kita berlakon di dunia ini?
siapa pengarahnya?
jiwa sebagai pengarah dan kitalah sebagai pelakonnya.
anugerah kita campakkan pada diri sendiri!
bila ada konflik?
kita sebagai pengarah dan aktor inilah yang harus mencari jalan penyelesaiannya.
bila sudah mencari jalan penyelesian kita mahu mencari jalan pulang.
itulah kehidupan.
dimana hieraki tertinggi di kepalai oleh

ALLAH S.W.T.

1 ulasan:

Seema_Suraya berkata...

salam sahabat..
setiap perkara yg terjadi ada hikmahnya..
tak kire susah atau senang perkare tersebut harus ditempuhi dgn cekal..

"boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu perkara padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara padahal ianya tidak baik bagi kamu.....;
ALLAH mengetahui sedang kamu tidak'


_al-baqarah ayat 216_"

amalkan kate2 smngat ni k sahabat..

moge ceria selalu..