aku runsing dengan segala perkara yang berlaku di sekeliling aku. ya tidak tahu apa yang berlaku. mungkin aku terlalu obses dengan sesuatu perkara sehingga aku sendiri yang menwujudkan konflik palsu semata-mata di dunia yang sebenar. mungkin aku bukan manusia normal yang normal. aku normal jenis lain. tetapi yang pasti cukup sekadar aku berasa selesa dan normal dengan diriku sekarang.
empat perkara sangat memusykilkan aku.
tujuh lautan dan benua membuatkan aku kagum tentang hamparan permaidani dunia ciptaan tuhan. owh besarnya nikmat yang kau beri padaku ya ALLAH!
mempunyai keluarga yang agak membesar membahagiakan lagi hatiku
walaupun aku agak selalu melakukan perkara-perkara kasar tapi aku juga manusia. mahkluk yang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan.
akhir ini, hati selalu dilanda dengan pelbagai tujahan cerita sedih yang bisa membuatkan hati ini meraung. tapi yang penting raungan itu aku simpan dalam hati.
peduli apa mereka kata.
"jangan simpan dalam hati! nanti memakan diri sendiri juga."
baru petang ini hati kecil ini disentuh kembali dengan cerita sedih
kisahnya tentang TANGGANG MODEN!
aku merasa agak sakit hati dengan cerita tersebut
ibu bapa di hantar ke rumah orang-orang tua?
apa kejadahnya kau dilahirkan sebagai anak?
apa kejadahnya ibu dan ayahmu bagi kau makan?
kau tak pernah ingat budi mereka ke?
walaupun secebis?
kau hati jenis apa? YAHUDI?
PFFFFFFFFFTTTTTTT
perkara sebegini ini membuatkan aku sedikit muak dengan perkara yang berlaku sekeliling kita
ada dua perkara yang boleh membuatkan kita marah dalam dunia ini
1. mahkluk ALLAH itu mengkeji ahli keluarga kau
2. mereka secara seksualnya menyerang kau
kalau dua perkara ini berlaku pada kau, memang kau wajib tumbuk insan itu sampai kau puas.
tapi bila kita sudah makan budi lain pula ceritanya
aku agak keberatan untuk mengepost benda sebegini
sebab aku kurang pasti dengan apa yang akan aku perkatakan nanti
*ok mari kita mulakan*
hidup ini bergelumang dengan budi. setiap hari kita mahupun orang disekeliling kita berbudi.
tidak pasti secara langsung atau tidak.
tetapi bila sudah termakan banyak budi lain pula jadinya
secara diam dan perlahan-lahan akan terlihat pro dan kontra yang menerima budi dan yang berbudi.
perkara lampau yang boleh di anggap lapuk dek zaman akan di ungkit secara mendalam. kadangkala kita juga akan terasa sakitnya bila mendengar cerita sedemikian. hal ini kerana kadangkala kita juga akan terasa seperti terperli dengan apa diperkatakan.
*serius*
ungkitan yang bernada kemarahan dan kesedihan mempunyai maksud yang mendalam. perkara seperti ini dapat melihatkan betapa kesalnya seseorang itu menabur budi kepada seseorang yang tidak menghargai dengan apa sumbangan yang telah si polan itu curahkan kepada si polan yang lain. agak sadis bunyinya. tapi itulah realiti. manusia senang melupakan budi. mereka ingin hati mereka di jaga dan budi mereka di balas. tetapi mengapa tidak mereka melakukan perkara yang sama?
remeh bukan?
kita senang meingat budi kita kepada orang lain.
tapi kita ingin kita ingat budi orang kepada kita?
susah bukan mahu ingatkannya?
konklusi dari aku
ada beberapa sebab yang membuatkan aku tidak merasa amarah kepada seseorang tersebut.
walaupun agak berat juga perkara yang mereka-mereka semua sudah lakukan kepada aku.
tetapi masih ada batasnya. terutamanya dua perkara yang aku perkatakan di awal perenggan tadi.
disebabkan budi perasaan marah yang membuak-buak membuatkan aku jadi tidak marah kepada seseorang itu.
aku ingat budi mereka. aku tidak harap mereka ingat setiap budi yang aku sudah taburkan pada mereka. biarkan ianya semua berlaku seperti ombak menghempas pantai. sebelum datangnya badai. pasir-pasir di pantai cantik dengan jejakkan sang ketam. bila datang si ombak habis semua hilang.
seperti ibu bapa kita juga.
aku sayang ibu dan bapa aku lebih dari apa yang aku dapat tunjukkan dari segi zahir.
kalau aku dapat berikan satu dunia ini pada ibu dan bapaku tetapi memang sungguh mustahil dunia yang sebesar ini mampu membalas jasa mereka terhadap aku.
aku pernah menonton satu drama lama dahulu
aku ingat satu quotes dari watak utama tersebut.
"ibu bapa tidak pernah mempunyai dosa kepada anak-anak mereka!"
ya tepat.
memang ibu bapa tidak pernah mempunyai dosa kepada kita.
cuma kita yang melakukan dosa kepada ibu bapa!
signifikan post kali ini:
aku tidak pasti apa yang sedang di fikirkan oleh sebilangan polan durhaka di luar tersebut sampai sanggup membuang ibu bapa masing. di tinggalkan di stesen bas. selepas pembedahan jantung? KEJAM. SUNGGUH KEJAM.
tidak pernahkah terlintas difikiran mereka tentang jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka dalam hidup mereka!
masihkah mereka layak digelar seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. akal dan juga fikiran.?
aku pernah punya ayah.
ya aku mengaku. aku bukanlah seorang anak yang soleh seperti adik beradik yang lain-lain. kadangkala aku juga terkasar bahasa kepada ibu bapa aku. kadangkala aku juga tidak bersefahaman dengan apa yang telah mereka lakukan@buatkan@suruh aku lakukan. tetapi kini aku semakin dapat berfikir secara matang.
sungguh! aku sungguh menyesali semua kekasaran yang telah aku lakukan dahulu. tapi aku tahu nasi sudah menjadi bubur. jadikan kesilapan lampau sebagai pedoman bagi hari ini. berada jauh dari rumah membuatkan aku lebih menghargai insan yang bernama emak, manusia-manusia rapat satu gen yang dipanggil abang dan kakak
iya dan juga
seorang lelaki yang pernah aku panggil ayah.
walaupun sudah setahun lebih abah meninggalkan kami semua. tetapi serius gambarnya, namanya, sikapnya, coletahnya, keletahnya, lawaknya masih terngiang-ngiang di benak ku.
aku tahu kini beliau sedang berada di tempat yang lebih baik. lebih aman dan harmonis hendaknya.
kini aku lebih menghargai mereka semua.
lebih dari apa yang aku hargai mereka pada masa yang lalu.
jika dapat dikira dengan asas matematik tahap hargai seseorang dalam hati aku.
mungkin jawapannya akan tertulis INFINITY mahupun SYNTAX ERROR!
SAJAK PEDOMAN SENDIRI.
diam-diam aku mengisi kekosongan hati dengan kegembiraan yang direka sendiri dalam dunia rekaan sendiri.
diam-diam aku menyanyi demi menghiburkan hati di dalam dunia sendiri.
diam-diam aku berlari membawa diri jauh dari gelora hati.
diam-diam aku disini menangis diri sendiri.
diam-diam aku disini duduk di tepi jendela melihat bukan yang cemerlang disana menemani hati ini.
diam-diam aku disini megesa hati supaya tidak sedih lagi.
diam-diam dalam hati ingin aku jerit para seluruh manusia yang leka akan perkara duniawi.
hargailah perkara sebegini!
p/s=melankolik. hargailah mereka sebelum ianya terlambat!
3 ulasan:
live well weh!!
membosankan amat////hergh....
HAMDAN ANAK SOLEH
hamdan smkin emo
Catat Ulasan