walaupun pedih kita tetap simpan dalam hati. kita cari orang yang kita suka untuk menyejukkan kembali semua yang berduka lara.
kini hati yang panas itu boleh diubati. walaupun sedikit tetapi ianya masih boleh di ubati. realitinya bahangnya masih ada di situ cuma tak serealiti yang mungkin. samar-samar warna kesedihan mungkin ya!
samar-samar masa depan bukan bermakna tidak ada langsung!
ianya samar-samar tetapi masih ada cita-citanya di situ. seperti aku katakan tadi. ianya cuma samar-samar sahaja.
aku mungkin mempunyai cita-cita. mungkin juga tidak. tetapi dalam hati aku ini cuma ada satu visi dan misi kehidupan yang harus aku selesaikan sebelum misi-misi dan visi-visi yang lain datang menjelma.
aku pernah menangis kerana aku pernah gagal pada masa dahulu. tak keberatan kalau aku katakan sehingga kini aku masih menangis dengan kegagalan yang lepas, aku seoarang yang gagal itu realitinya. segagah mana aku cuba bangkit pasti ada halangan yang menimpa. aku anggap itu semua cabaran untuk menghadapi waktu yang sukar pada suatu hari nanti.
kini misi hidup lebih tertumpu kepada jalan yang menuju kebaikan
aku berjanji pada diriku yang aku tak kan masuk ke lembah yang menyimpang dari apa yang diingini
serius aku katakan di sini. aku bukanlah jenis manusia yang suka masuk bisnes pada zaman muda-muda. kalau untuk suka-suka aku katakan ya. tapi sungguh aku tidak suka bila nada dan tona propaganda anda itu lebih kepada keadaan memaksa.
owh ya! kau sudah kaya sekarang.
aku bangga punya seorang kawan yang kaya pada zaman muda
nanti bolehlah engkau masuk forbes. pasti nama kau terpapar pada front page.
apa-apa pun aku respek dengan pendirian orang. aku juga mahu kau jadi begitu. kalau sekali aku kata tidak mahu. sampai azalilah jawapannya aku tidak mahu.
ya!
benar!
tepat!
aku jenis orang yang suka mencerita tentang kejayaan orang lain kepada orang lain.
tapi aku? aku tak suka cerita pasal diriku sendiri sebab aku bukanlah manusia yang hebat yang dapat dibangga-banggakan.
cukup sekadar aku mempunyai kawan-kawan yang
HEBAT SEPERTI MEREKA!
SEKIAN UNTUK ENTRY KALI INI.
AKU TIDAK MAHU JOIN BISNES ITU.
TERIMA KASIH. SEKADAR MENGAMBIL TAHU YA!
INVESTMENT. FIKIR 44 KALI TERLEBIH DAHULU
SEBELUM AKU BERUNDUR, AKU TERIMA SATU MESEJ DARI SEORANG ANON!
MESEJNYA BERBUNYI BEGINI.
"hanya zaman persekolahn sahaja yang mengajar kita erti sahabat dan remaja, dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan kembali lagi...masa ini jua kita membawa haluan masing-masing, mungkin sukar untukkita semua bersatu kembali dalam satu tempat sekecil bilik darjah berlajar, bergurau, kekantin, ketandas bersama. terbukti zaman sekolah@remaja@pelajar adalah zaman remaja yang amat sukar untuk dilupakan. mungkin satu hari nanti kita akan menangis kerana rindukan zaman persekolahan yang sangat indah...jadi hargailah zaman remaja dan persekolahan anda...semoga anda dan anda semua berjaya dalam hidup kelak!"
celaka.
aku betul-betul rindu zaman sekolah.
1 ulasan:
aku pun
Catat Ulasan