Jumaat, 26 Februari 2010

nak cerita

aku baru lepas membaca novel laskar pelangi.
aku rasa itu adalahj karya paling agung yang pernah aku baca
serius. selalunya baru page yang pertama aku akan terus.

"owh tahinya buku ini. tak payah bacalah. simpan dalam-dalam!"

tapi semenjak aku baca buku laskar pelangi ini aku rasa
bahasa sastera yang digunakan oleh si pengarang amat sempurna susunannya, nukilan yang cantik dengan menggunakan bahasa-bahasa yang bisa buat aku lebih asyik untuk menghabiskan buku tersebut.

cerita buku itu sangat manis
sungguh manis.
aku tak pernah baca buku sebegini
serius, sangat cantik penggunaan bahasa yang digunakan oleh

ANDREA HIRATA

begitu sempurna sekali. setiap ayat di susun satu persatu dan penuh dengan pelbagai innformasi yang tidak pernak aku tahu selama ini

burung pelintang
manequin dan berbagai lagi

yang paling tidak aku boleh lupa, bila salah seorang watak iaitu MAHAR menyanyikan lagu
TENNESSEE WALTZ.
walaupun si gambar hanya menceritakan keadaan tersebut berlandaskan bahasa semata-mata, tetapi dapat aku merasakan sangat mendalam seperti aku adalah salah seorang watak utama dan penting yang sedang mengikuti kejadian yang berlaku di dalam sekolah tersebut.
aku juga. dapat menghayati keadaan di mana aku sendiri seperti sedang dilanda kesusahan hidup dalam keluarga yang ramai.
aku juga dapat merasai seperti aku sendiri si LINTANG yang sangat genius dan jatuh cinta akan matematik dan lain-lain lagi.

aku juga dapat merasakan yang BU MUS sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya sebagai guru.

tetapi, ada satu bahagian yang membuatkan aku begitu tertarik untuk membaca tersebut berulang-ulang kali. walaupun sudah banyak kali aku baca puisi tersebut, tetapi ianya sangat mengasyikan dan mengujankan.

puisi tersebut bertajuk:

AKU BERMIMPI MELIHAT SYURGA

SUNGGUH, MALAM KETIGA DI PANGKALAN PUNAI AKU BERMIMPI MELIHAT SYURGA,
TERNYATA SYURGA TIDAK MEGAH,
HANYA SEBUAH ISTANA KECIL DI TENGAH HUTAN,
TIDAK ADA BIDADARI SEPERTI DISEBUT DI KITAB-KITAB SUCI,

AKU MENITI JAMBATAN KECIL,
SEORANG WANITA BERWAJAH JERNIH MENYAMBUTKU "INILAH SYURGA" KATANYA,
DIA TERSENYUM, KERLING MATANYA MENGAJAKKU MENENGADAH,
SEKETIKA AKU DIKEJUTI OLEH PANTULAN SINAR MATAHARI SENJA MENYIRAMI KUBAH-KUBAH ISTANA,
MENGAPA SINAR MATAHARI BERWARNA PERAK, JINGGA DAN BIRU?
SEBUAH KEINDAHAN YANG ASING.

DI ISTANA SYURGA
DAHAN-DAHAN POHON ARA MENJALAR KE DALAM
KAMAR-KAMAR SUNYI YANG BERTINGKAT-TINGKAT
GELAS-GELAS KRISTAL BERDENTING DIALIRI AIR ZAM-ZAM
MENEBARKAN MASA KESEJUKAN

BUNGA PETUNIA DITANAM DI DALAM POT-POT KAYU
POT-POT ITU DIGANTUNGKAN PADA BINGKAI-BINGKAI
JENDELA TUA BERWARNA BIRU
DI BERANDA, LAMPU KECIL DISEMBUNYIKAN DI BALIK TILAM, INDAH SEKALI
SINARNYA MEMANCARKAN KEDAMAIAN
TEMBUS MEMBELAH PERDU-PERDU DI HALAMAN

SYURGA BEGITU SEPI
TAPI AKU INGIN TETAP DI SINI
KERNA KUINGAT JANJIMU TUHAN
KALAU AKU DATANG DENGAN BERJALAN
KAU AKAN MENJEMPUTKU DENGAN BERLARI.


rangkap terakhir paling aku suka
sesungguhnya kita harus sabar dalam melakukan sesuatu
kalau kita sabar banyak ganjarannya.

saja-saja mahu berkongsi.
tapi aku sangat minat puisi ini.
kalau boleh aku nak jadi peminat setia karya
ANDREA HIRATA.

NAK JADI FAN KAT FACEBOOK!!!!!!!!!!

Tiada ulasan: