hidup ini dikelaskan kepada dua
berwawasan mahupun tidak berwawasan
tetapi aku tidak tahu apa yang mahu aku perjelaskan di sini
aku bukan seperti maron yang hebat tika bertarung menentang musuh
jauh sama sekali jika aku layaknya mahu kau samakan dengan parajurit yang terkorban berjuang demi negara tercinta. aku insan biasa yang hidup dengan wawasan yang masih samar-samar noktah!
aku masih ingat puisi seorang sasterawan terkenal negara sebarang
habis terang gelaplah gelita, begitulah tajuknya. sungguh optimis semangat mereka berjuang untuk negara sendiri. mereka menyebarkan propaganda dengan telus sekali. dengan harapan setiap nyawa yang menduduki muka bumi tersebut untuk melepaskan tanah air tercinta mereka dari genggaman penjajah durjana. sungguh tinggi semangat juang mereka. aku kagum.
aku berasa agak kaget sejak kebelakangan ini.
dengan harapan yang menggunung sudah habis aku rencanakan yang aku bakal menjadi seorang insan yang agak telus dalam menghakimi seseorang. khabarnya begitulah. aku seperti sang emas yang semakin hilang serinya, hari demi hari semakin pudar warna tetapi masih menyimpan sedikit nilai kemewahan di dalam hati yang lagi hina ini.
wawasan aku semakin hilang. semangat yang dulunya berkibar dek warna merah yang menyala semakin merah jambu jadinya. semuanya semakin pudar. dada yang dulunya telah aku sematkan dengan pelbagai kata semangat, semangat hilang gamaknya di bawa arus angin entah ke mana hala tujunya selepas menghempas tujuh lautan yang aku pun tidak pasti di mana penghujungnya.
masa tidak mencemburui kita, masa juga tidak mempunyai hasad dengki kepada kita. tuhan telah mencipta 24jam masa dengan secukupnya, dari serba serbi tiada apa yang dapat kita komentarkan lagi dengan masa yang sudah diciptakan sejak azali lagi.
aku cuba menggunakan masa sebaik mungkin. tetapi aku selalu gagal dalam menepati janji. pada awal dinihari bangkitnya aku dari subuh sudah ku maktubkan janji dalam diri yang aku ingin lakukan segala-galanya pada hari ini, tetapi ianya selalu berakhir aku tewas di atas bantal. aku dapat rasakan wawasan aku dalam hidup semakin pudar. aku redha dengan segala pernyataan ini. tetapi haruskah aku menyerah kalah begitu sahaja? sedangkan begitu banyak masa lagi untuk aku memperbaiki segala kelemahan di dada jika di izinkan oleh Allah.
semalam lebih dua jam aku berdiskusi bersama teman sefakulti.
aku rasa itulah kali pertama aku sangat telus dalam menyampaikan apa yang telah aku fikirkan selama ini.
susah bila mahu dikenangkan kembali pasal diri kita sendiri bukan?
manusia makhluk tuhanyang paling kompleks.
amat kompleks.
iya kita kompleks kerna kita mempunyai perasaan.
akal fikiran yang sempurna.
dan hasad-hasad dan sifat-sifat yang bisa menabrak dalam diri setiap manusia.
kita manusia bisa menuturkan janji manis.
tetapi bila kita mahu melaksanakannya?
susah bukan?
kompleks jika mahu diproses semula.
oleh demikian, bagus jika kita simpan janji manis itu. dan simpan ianya dalam hati. biar hati dan diri anda sahaja yang tahu apa janji manis anda tersebut.
aku tidak pernah termakan dengan janji manis kawan-kawan yang baru aku kenal dalam jangka masa yang singkat. serius aku tidak pernah meletakkan harap dan mengharap mereka akan mengingati janji manis mereka tersebut.
hal ini kerana kita semua tahu manusia selalunya berkata tahi. tahi busuk bukan? jadi jangan percaya.
hidup perlu ada wawasan! kalau tidak ada bagaimana pula?
bukankah dalam metafora hidup ada dua jalan yang telah tersedia.
jalan hitam mahupun jalan putih!
sila pilih mana satu yang anda suka.
jika anda mahu jadi pekerja di HARRIOT! owh saya persilakan anda pilih jalan hitam.
jika anda mahu dikenang sebagai insan yang mulia hatinya, dengan hati terbuka saya bantu memimpin tangan anda ke jalan yang putih.
kita ada dua pilihan. signifikan kita selalu di beri satu pilihan sahaja. jadi make it wise.
SEBELUM AKU LUPA.
DEKAT TEMPAT AKU TINGGAL, KUALA PILAH.
ADA PERIBAHASA BAGI ORANG YANG SUKA MENABUR JANJI MANIS.
NAK TAHU APA KAMI PERI-BAHASAKAN MEREKA...?
"MULUT MANIS, JUBUR MASAM!"
=p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan