Rabu, 3 Mac 2010

satu-satunya pengecualian

hari itu aku berjanji yang aku tidak akan mengungkapkan lagu-lagu cinta.
jikalau ianya benar tidak wujud, ya aku tidak akan menyanyi lagu cinta lagi.

tapi sayang sejak bertemu dengan kau

ianya menjadi satu pengecualian bagi diri ini.

mungkin aku tahu jauh di dalam sudut hati aku cinta sejati mungkin tidak pernah wujud bagi diriku.
dan aku harus mencari arah yang lain, untuk mengajar diriku menjadi bersendirian hidup tanpa kau atau aku harus meneruskannya walaupun sakit untuk aku terima.
dan kini aku akan selalu dan terus hidup sebegini.
hidup dalam keadaan selesa dan selalu menjauhkan diri dari orang lain dengan alasan yang sangat sempurna.
dan aku berjanji pada diriku sendiri yang hidupku akan dipenuhi dengan kesepian.
tiada semua yang aku lakukan untukmu tidak setimpal dengan risiko yang akan aku terima.

tapi bila berjumpa dengan kau, semuanya menjadi satu pengecualian bagi diri ini.

aku berpegang teguh pada realiti kehidupan, tapi aku tidak boleh melepaskan segalanya di hadapanku dengan begitu mudah.
aku tahu suatu hari nanti bila aku tersedar, kau akan meninggalkan aku.
pada tika itu aku bangun dengan keadaan penuh terpaksa.
kau meninggalkan aku dengan bukti yang membuatkan aku percaya yang kau akan meninggalkan aku selama-lamanya. ini bukan mimpi. tapi kau bebenar akan meninggalkan diriku ini.

tapi bila berjumpa dengan kau, semuanya menjadi satu pengecualian bagi diri ini.

dan kini aku sedang belajar untuk menerima segala-galanya

kau satu-satunya pengecualian bagi diriku ini..

2 ulasan:

shazlida mohd shafee berkata...

gigi besi eyh ?
ahahahha ;D

hamdan_propamakanda berkata...

perasan u psv!
-hamdan yang malas log in-