Selasa, 6 April 2010

aku tak kool! bukti?

saya sayang kawan saya seriously.
straight to the point!
ok tadi saya rasa sangat happy sebab saya orang yang ke empat wish ainah untuk hari lahir ke-19 beliau!
yeah at least saya tak lupa macam dulu, bukan lupa tapi terperangkap dalam plkn! =.=
syiling hanya digunakan untuk beli air tin bila balik dari berkawad dan kal emak guna public dengan bertanya
"emak sayang! minggu ini datang bawak deodorant, shampoo dan sabun. dan jangan lupa air mineral sekotak jajan sehamper itu sahaja."

duit syiling hanya digunakan untuk perkara sebegitu
mari aku highlight isi penting untuk hari ini, aku nak cerita pasal ainah!
mungkin ini kali yang ke sejuta aku mencapap untuk ainah di blog ini. tapi serius ainah orang paling aku sayang dalam dunia. dia kawan yang baik ok. maksud aku secara maksumnya dia memang kawan yang paling kool.

ok isi hari ini saya ingin berbicara pasal kool.
apa itu kool?
dengan penuh keberanian terangkan pada saya tentang maksud kool?
kool=sejuk.
kalau macam itulah kepahaman anda tentang kool anda memang sangat "kooL''
aku tak berbicara pasal monyet. mat kool! tapi pasal kekoolan kita semua

masa aku dekat sekolah dulu ada seorang mamat kool
serius dia kool, dia kena rotan dengan kuat oleh cikgu omar selamba je masuk balik dalam kelas
kalau aku dah mengelintin macam si remy kena bagi cili oleh emaknya sebab perkataan pertama dia mencarut adalah *A*I!
kesian remy serius bibir dia macam orang negro.
mana taknya bila emak kau bagi 4ulas sekali makan memang kalah angelina jolie la bibir kau
aku masa dekat sekolah tak kool. aku seorang pelajar yang selekeh pengotor dan besar.
yelahkan bila besar mesti semua diskriminasi tapi bila jalan berkumpulan mulalah kata aku ini bouncer beliau!
dalam hati aku balas
"abah! kaw!!"

aku tak kool, aku suka tidur dalam kelas walaupun aku duduk depan meja cikgu tapi itu tidak menghalang dari menganggu hobi aku. rehat yang cukup adalah penting barulah diri kita sihat ok!
aku seorang pelajar yang cepat gabra, kalau aku tak siap kerja rumah add math! habis satu sekolah tahu nak tahu sebab apa?
sebab cikgu tak minta aku dah pagi tunggu kat meja cikgu tersebut dengan muka pucat lesi sambil cakap
"madam. saya tak siap kerja! saya minta maaf sangat2. dont punish me. please madam!!!!"
aku cakap dengan muka yang bersungguh2. tapi kawan aku yang lain2 kool je bila nama naik dan disuruh berbaring di koridor sebab tak siap kerja, sampai boleh bertepuk bertampar lagi! =.=

aku rasa aku tak kool. kita boleh lihat apa yang berlaku pada aku masa cuti inilahkan.
kau rasa orang kool akan emo ke jika dia rasa terpinggir? tak kan?
tapi serius aku rasa emo. ok salah satu lagi bukti aku tak kool!
dan aku rasa sangat loser bila semua kerja yang aku apply ditolak2 mentah2
ok hina sangat ke muka aku sampai tak layak nak kerja dekat kedai kau itu?
aku rasa sangat loser, kalau kat negara orang putih memang aku HIERAKI PALING BAWAH SEKALI.
nasib baik aku di malaysia!

aku tak kool sebab aku tak pandai main bola, bila main futsal ke hapa pasti posisi aku jadi goal keeper atau tolong jadi guard gol? nak tahu sebab apa? sebab badan aku besar tertutup pintu gol itu sampai bola nak bolos pun tak boleh. aku tak pandai main bola jadi aku bukan tergolong orang yang cool-cool. jawapannya aku redha. asalkan aku dapat main dan buat kawan. =)

aku tak kool sebab aku tak suka berbahasa inggeris. ok aku tak kool sebab aku tak pandai speaking dan dari pemerhatian aku dan perbandingan aku dengan kawan-kawan lain blog aku sahaja yang banyak guna bahasa melayu. aku bukan nak jadi tipikal di sini tapi aku tak pandai nak post dalam bahasa inggeris. banyak grammatical error. so aku tak kool sebab aku hanya cakap bahasa melayu sahaja. bahasa suaka kita, perjadahkan yang lain! banggakan nan satu!

aku tak kool sebab aku banyak makan. semua pandang pelik bila aku banyak makan, sebab hello tolong jaga tatasusila, makan sikit-sikit ok! aku tak kisah la de. bak kata arwah ayah aku, balun selagi kau nak dik! ekau yang bayar. =') abah sangat memahami. sob sob

aku tak kool sebab aku tak pandai bergaya, ok bila masuk u memang aku rasa aku paling selekeh. aku banyak kemeja jadi tiap2 hari pergi kelas aku pakai kemeja. dah itu je yang aku ada jadi pakai sahajalah. berdasarkan pemerhatian aku ramai kawan-kawan di kampus bergaya semuanya. semuanya mengikut trend semasa. kadangkala fesyen pelik pun aku lihat. serius aku suka variasi. tapi jika kau tanya aku apa aku mahukan untuk dijadikan baju berjalan aku akan jawab baju kemeja petak2 boleh?

aku tak kool sebab aku tak pernah belanja orang dan aku tak pernah jadi kawan yang terbaik. secara jujur aku cuba jadi yang terbaik untuk korang tapi aku selalu gagal. maaf aku memang suck ass dalam perkara tersebut. jika ada terkasar bahasa aku minta maaf.

aku tidak kool sebab aku selalu emo. ok aku selalu emo jika aku sudah lama tidak menjejakan kaki ke kampung halaman. dan aku tak pandai nak handle masalah sendiri dan sorok sikap emosi. ok itu sebab aku tidak kool. bila ada masalah habis satu dunia tahu. sebab itu aku tidak kool.

ok cukup.

p/s=korang rasa kalau aku selalu tolong kawan aku habiskan makanan dorang kool tak? =)

ini adalah pengakuan hati yang pecah luluh.
saya cuba menjadi lebih kool sekarang
maka proses penyucian hati akan bermula.
esok hari baru. selamat hari baru.

6 ulasan:

Nurhashimi berkata...

mu kool ham sbb mu tls mat kool 2...ak dpt idea dah nk ngate kat mat...hahahha
tq tq
anda kool dlm care anda sdri...

mcm mel die kool care len..

Unknown berkata...

hamdan, panjang nyeeee essay kau. haha. aku pun penah keca cili jugak. aku kool je. HAHA.

Unknown berkata...

damn.! *kena* aku ada masalah typo yang kritikal since duduk rumah. sorry.

Nur Hanisah berkata...

habiskan makanan kawan tu cool wey
sbb kau x membazir

pergi baca reply di blog aku untuk kau hamdan

ili: kau kan typoholic.haha

hmdnzr berkata...

shimi=aku terharu dengar
ili=sekrang aku akan fokus pada satu topik sahaja, thanks bagi nasihat
nisah=aku dah baca, dan aku rasa nak nangis. bahaha

Raji and Yeen berkata...

hak2 dh ckup kool kalau berani ckp kelemahan masing2 ;D
tapi ada gak part2 tertentu yg anda kool kowt