Isnin, 28 Jun 2010

selamat sejahtera.

selamat sejahtera semua. modal perbincangan kita pada hari ini adalah untuk menceritakan serta merungkai semua masalah yang berlaku dalam lingkungan diri saya pada ketika ini.
saya sebagai seorang insan yang sejahtera pada fizikal ingin menceritakan serba sedikit tentang kejadian yang mampu membuatkan anda terbuai seketika.

saya hanya mampu megetap bibir bila diacuhkan dengan soalan yang sebegitu rupa.
kontroversi seperti ini hanya mampu dibataskan berdasarkan ke-relevan sesuatu soalan tersebut? seterusnya, ianya juga boleh dihakimi melalui kebatasan bahasa yang digunakan dalam nada dan cara soalan tersebut diajukan.

soalan yang saya anggap kontroversi berbunyi begini?
"kenapa kau dah semakin kurus sekarang?"
*muka yang saya tahu paling menjengkelkan yang tak dapat saya gambarkan*

justeru saya akan membalas dengan jawapan
"gemuk ke kurus aku bukannya kena tangkap polis? kenapa kau nak buat laporan pasal kes kehilangan lemak. dan rasuah dalam pertambahan lemak aku?"
*dengan muka yang penuh konfiden*

oleh itu, selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda dan anda semua.
SELAMAT SEJAHTERA.

Tiada ulasan: