aku pandang telefon. kosong. aku tenung kembali 4 dinding konkrit putih. kosong.
nota untuk assignment terbuka dengan luasnya, tapi itu langsung tidak menarik perhatian aku,.
aku mengerti aku harus cepat dan pantas, dalam melakukan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. aku cuba. tapi yang pasti bukan sekarang. mungkin satu masa nanti.
aku rasa bersalah. aku rasa berdosa, aku terkenang seketika tentang apa yang dibicarakan oleh sahabatku ainah. semasa kami dalam perbualan telefon yang panjang. aku menjadi ego. aku tidak mahu terima semua perkara yang diperkatakan oleh ainah aku masih dengan pendirian aku sendiri. ainah cuba sedaya upaya untuk mengubah persepsi diri ini. tetapi apakan daya akhirnya aku tewas, aku tewas dengan segala nasihat ainah. walaupun tidak tajam apa yang diperkatakan oleh ainah. tetapi ianya dapat membuat air mata yang bernilai ini bercucuran tanpa henti.
........
fikiran aku kosong. perbualan kami tetap sama. sedu sedan kini lebih kendengaran. ainah bilang. hentikan semua itu. tetapi apakan daya aku juga manusia yang punya hati dan perasaan. kali ini ainah tewas, ainah katakan kepadaku. tidak apa, jika itu bisa mengubat hatimu yang sedang berduka lara.....teruskanlah. teruskanlah. jangan biarkan ianya berhenti walaupun sedetik.
aku mengadu pada ainah, aku lepaskan semuanya malam tersebut. secara tiba-tiba aku berasa amat kecewa dengan diri sendiri. aku merasakan diriku seorang yang sangat tidak berguna, kata nista memang sesuai untuk diriku. aku hina, bilangku kepada ainah. ainah terdiam, sebelum memulakan kata nasihat. ainah memberikan mukadimah. "kalau betul kau rasa kau orang yang tak berguna kenapa kau masih berada di sini? kalau betul kau tidak berguna, kenapa masih ada orang yang ambil pasal diri kau. fikir-fikirkanlah" aku tersedak. ada betulnya kata ainah. aku terdiam, lama aku memikirkannya...topik terhenti disitu. tergantung...kerana perbincangan bertambah kompleks. tiba-tiba perbualan kami beralih pada topik zaman persekolahan. malam itu aku rasakan malam yang amat panjang. malam yang sangat panjang sehingga aku menginginkan siang tidak menjemput malam. perbualan aku dengan ainah bercampur sedih tawa dan hiba. aku ucapakan pada ainah. *terima kasih sahabat*
ainah membalas dengan nada agak suam, mungkin keletihan. aku tahu siapa ainah...dan ainah juga tahu siapa aku. kadangkala kami mengharapkan zaman persekolahan tidak akan berakhir. kami tidak kisah jika kami harus menduduki spm sebanyak mana kali pun. itu bukanlah permasalahan yang besar. kami tidak kisah jika dimarahi oleh cikgu zainal kerana berborak ketika dia sedang asyik menerangkan tentang zaman apherteid. itu semua perkara kecil bagi kami...kerana kami tahu, itulah kenangan yang kami bawa sehingga mati.
kini semuanya telah berubah.
aku semakin hanyut dengan masalah yang aku tidak tahu dari siapa punca sebenar
mungkin aku terlalu mengikut perasaan. mungkin aku harus berfikiran waras seperti ainah. aku tidak matang, aku jeling kembali kuiz personaliti yang aku ambil dan aku hakimi dengan sendiri keputusan yang diberikan. aku tidak matang keputusannya.
aku sedih.
aku menangis.
semua itu tidak matang.
orang yang matang tidak menyelesaikan masalah dirinya dengan menangis dan memaki dirinya sendiri.
aku tahu aku siapa.
aku tidak tahu dalam hidup ini seberapa banyak kawan yang aku ada.
aku tidak tahu dalam seberapa kawan tersebut berapa orang yang mengatakan aku ini kawan baik mereka.
aku tidak dalam seberapa banyak kawan tersebut berapa banyak yang suka berkawan dengan aku.
kini. hidup lebih berkisar tentang diri kita sendiri. aku harus melangkah laju. aku tidak boleh perlahan. kerana kita tidak tahu dalam seberapa banyak kawan kita tersebut berapa banyak pula yang suka melihat kita jatuh, dan seberapa banyak pula yang suka melihat kita mendapat apa yang kita inginkan.
selamat berjaya menempuh kehidupan
terima kasih ainah, perbualan telefon selama sejam akan aku ingat sampai bila-bila
bila anda bersendirian jangan risau. MUNGKIN ada yang akan berkata.
'JANGAN RISAU AKU ADA BERSAMA KAU'
jika anda positif yang anda tidak akan punya sesiapa
jangan risau, sekurang-kurangnya anda tahu, anda dalam proses untuk mematangkan diri sendiri. anda menjadikan diri anda sendiri sebagai guru. pasti anda akan berasa lebih tenang.
=)
*love you to the bits*
1 ulasan:
tengok. ramai orang care pasal kau hamdan. kau je yang rasa tak disayangi.
Catat Ulasan