Sejak kebelakangan ini aku bertambah menjadi psiko. Kadang kala aku termenung sambil mengingati kisah-kisah lama. Lama aku termenung sepi memandang jendela. Adakalanya aku tertawa kecil bila teringat akan kawan-kawan lama pada zaman persekolahan dulu. Semuanya comel. Baik hati yang penting pada semua itu kami lebih utamakan apa itu kegembiraan lebih dari semua.
Tapi semuanya tidak beku disitu sahaja. Ianya akan mencair serta akan mengalir menjadi lapuk air yang besar dan panjang. Kalau ada tumpahan lain dihadapan maka berkaitlah kisah kehidupan ini dan seterusnya. Semester ini amat mencabar. Tawa tangis rindu marah dan benci menjadi peneman setia. Aku benci dengan perasaan sebegini. Sebahagian kawan aku mengatakan yang aku memerlukan seorang teman istimewa. Tapi sumpah aku rasakan semua itu tidak penting lagi. Kerana pada awalnya semua yang kita lalui bersama akan menjadi indah....tetapi bila sampai zaman gelapnya, semua yang kita gambarkan indah itu tidak kurang dari sesaat pun menjadi pengalaman yang begitu jijik bagi kita. Sumpah kini sedikit demi sedikit aku berasa jijik dengan diri aku. Tidak! Aku bukan tekanan, jauh sekali untuk dikatakan kemurungan. Aku cuma sedang mencari siapa diri aku yang sebenarnya. Aku tahu bahagian hidup kita didalam bab ini amat susah. Ada di antara kita jauh tersasar dalam masa kita sedang mencari diri kita yang sebenarnya. ada juga diantara kita yang putus segala-galanya tika kita ingin mencari "siapa aku yang sebenarnya"!
Aku mempelajari satu benda yang berharga hari ini. Iaitu emas tidak selalunya menyinar, dan belian tidak selalu menjadi simbol kemewahan. Kita mungkin bermimpi "owh, aku sudah mempunyai hidup yang terbaik kerana aku mempunyai emas dan berlian yang aku cari selama ini..." tapi itu semua gambaran palsu mainan dunia. baru hari ini aku sedar emas dan berlian bukan segala-galanya kerana mereka juga punya masa untuk "menyinar" dan "kurang menyinar".
Aku termenung lagi pada kali ini. Kali ini menungan tersebut diikuti dengan linangan air mata yang aku sendiri tidak pasti apakah rasionalnya. aku gila? mungkin. Aku sedang dilanda depresi? Boleh jadi juga. Kini aku akur. Aku akur dengan satu perkara yang emas dan berlian tersebut tidak lagi menyinar dalam hidup aku. Aku harus meninggalkan emas dan berlian jika aku harus melakukan perkara sedemikian. Aku mempersoalkan diri aku sendiri....mampukah aku melakukan segala-galanya? Hanya aku dan tuhan sahaja yang tahu jawapannya.
Terdetik hati aku bila terbaca status salah seorang kawan seuniversiti di status facebook beliau. Beliau mengambil perimeter tentang "pengajaran" sebagai contoh. Benar apa yang beliau katakan. Sungguh benar..baru kini aku tersedar yang aku mampu untuk meninggalkan berlian dan emas tersebut. Walaupun perit untuk melangkah...tapi apakan daya. Jika "kun fa yakun" telah diserukan oleh yang maha esa. Aku akur. tapi jangan risau...emas dan berlain selalu menjadi kenangan abadi. Lama untuk padam segala kedukaan yang terpendam, mudah untuk kita ciptakan pengalaman berharga yang sukar untuk dipadam. Walaupun aku dibenci, dimaki dan dihina. Hanya satu pegangan dan prinsip diri ini.
"aku anak bongsu. Dan aku harus terima kenyataan jika suatu masa nanti aku harus tinggal keseorangan dan mencari dan menyelesaikan semua masalah diri ini dengan sendirinya."
Emak kakak dan abang mengajar aku benda paling berharga di dunia ini.
Ayah mengajar aku untuk menjadi lebih "lelaki" dalam menghadapi dunia yang fana ini.
Ada kawan yang mendatangkan masalah. Tapi mereka bukan menjadi kebencian diri ini. Malah ribuan terima kasih harus titipkan kepada mereka kerana mengajar saya menjadi lebih matang dalam menyelesaikan semua masalah.
jika ini pengakhiran diri. Sungguh pengakhiran kali ini memang sungguh tidak sistematik dan professional...aku akur atas kehendaknya.
Sejauh mana aku lari...satu perkara harus kau dan aku ingat. Mati selalu menemani kita. Aku tahu amal ibadah aku tidak seberat mana. Tapi silalah sokong jika aku atau ada diantara kawan-kawan kita yang lain, ingin berubah ke sesuatu yang lebih baik.
Sekian.=)
Selamat malam dan assalammualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan