siapa tuhan kau?
siapa yang cipta kau?
aku tahu, dan kau juga tahu jawapannya pasti ALLAH yang maha esa.
tapi setiap kali kau berfikir tentang perkara sedemikian pernah kau terfikir akan tanggungjawab kau sebagai seorang manusia kecil yang dicipta oleh-NYA.
ramadhan kali ini membawa seribu satu rahmat kepada aku.
rahmat apakah yang ingin aku perkatakan di sini.
pasti rahmat oleh-NYA.
begitu banyak dugaan datang melanda, jangan dipersoalkan air mata. sungguh semester kedua ini aku merasakan air mata seperti peneman setia di kala sunyi. sunyi. sesunyinya sang belangkas tanpa pasangannya.
tapi sesunyinya aku, setension mana aku....aku harus meneruskan langkah ini dengan penuh berani. hanya doa menjadi pembekal kepada semangat yang kian meluntur. hanya kata-kata ajaib yang mampu menjadi pemangkin kepada setiap semangat hilang yang telah aku jatuhkan. lagaknya seperti aku seperti tidak mahukan kau lagi. kini aku kembali mengutip setiap cebisan huruf S E M A N G A T.
siapa tuhan kau?
.......
pastinya dia yang maha esa
ALLAH
malam tadi aku mendongak ke langit. aku menadah tangan seluas-luas yang mungkin dan
aku ucapkan
ya Allah. aku berdoa kepadamu, kau berikanlah kekuatan kepadaku. kau tabahkanlah hati aku untuk menghadapi segala ujian. kau sabarkanlah aku, kau kuatkanlah aku dengan segala dugaan yang telah engkau perkatakan kepadaku sejak di loh mahfuz lagi. aku redha ya Allah, kerana aku tahu, kau menguji umatnya untuk mengetahui sejauh manakah kepercayaanku terhadapmu serta aku tahu kau sayangkan aku ya Allah kerana itu kau mengujiku ya Allah. aku sabar. aku akan menempuh segala ujian mu dengan setabah yang mungkin ya Allah. jauh disudut hati ini aku merintih kepadamu agar kau berikanlah hikmah yang tersangatlah barakah terhadap semua ujian ini ya Allah.......
=amin=
jauh di sudut hati aku begitu merindui arwah abah yang berada di sana.
sudah 3 kali ramadhan abah pergi meninggalkan kami
walaupun aku tersenyum gembira bila menyambut hari kemenangan yang disambut setahun sekali. tapi jauh disudut hati kecil ini kadangkala aku akan berkata....aku berkata dalam hati..
"jikalaulah abah ada bersama. mungkin akan...."
tapi aku tahu yang semua itu adalah mimpi yang tidak mungkin akan berlaku. aku hidup diawangan setiap kali berfikiran sedemikian. kadangkala aku mencemburui kakak dan abang kerana semasa mereka menetap di asrama jauh dari keluarga dahulu abah seringkali menelefon mereka dan bertanyakan tentang apa juadah berbuka? kadangkala jikalau ada rezeki lebih abah dan emak pasti melawat mereka sambil membawa macam-macam makanan yang dimasak oleh emak. tapi aku tahu semua itu untung rezeki mereka. untung rezeki aku siapa yang tahu?
abah memberikan kami gelaran yang sangat comel sekali.
gelaran yang abah gunakan, adalah seperti:
cantik abah=kak siti
hero abah=bang hisyam
lawa abah=kak ijah
tapi aku tak dapat dengar suara abah menyebut
"merah abah! apa juadah berbuka hari ini?" dihujung talian...semua itu adalah mimpi yang tidak mungkin akan menjadi realiti walaupun seabad lama aku menunggu.
aku redha dengan segala ketentuan Illahi, yalah tidak semua yang indah akan kau atau aku dapat di dunia,kalau begitu tidak ada maknanya dugaan tiadalah insan matang yang wujud di dunia ini. aku tahu Allah sedang menduga aku. Allah sedang menguji aku. aku harus sabar. aku harus tabah dan aku harus sedar tidak semua manusia rasa apa yang aku rasa. tidak semua manusia tahu apa sebenar maksud empati dan simpati.
kini aku kembali mencari jalan yang lurus. aku kembali mencari trek yang telah disediakan oleh Allah SWT. aku seperti tidak boleh merintih lagi. kerana aku tahu.....sebanyak mana aku merintih. sebanyak mana aku menangis....realitinya
abah pergi tidak akan kembali!
bagi mereka yang diluar sana. kau masih punya abah bukan? kau masih punya mak bukan? kau masih punya kakak bukan? dan tidak lupa kau masih punya abang dan adik bukan?
sayangilah mereka seperti tiadanya esok untuk kamu bersama lagi. janganlah jadi seperti aku. aku punya kenangan dengan abah aku dapat berbakti hanya secebis dengan abah. jikalau aku tahu. jika aku tahu begini pengakhirannya....aku pasti buat sebaik yang mungkin. kerana bila sudah kehilangan mereka nanti baru kau tahu berapa besarnya makna kasih sayang yang mereka curahkan kepada kita. seberapa besarnya makna kenangan dan sebesar mana nilai wasiat, pesanan dan sekeping gambar yang mereka telah tuliskan bersama kita...
kalau aku dapat putar waktu semula......itu semua kalau.
wahai abah tenanglah disana. jangan risau insya-Allah adik(merah abah) di sini akan selalu menjalankan tanggungjawab adik sebagai seorang anak
walaupun kita sudah terputus perhubungan
tetapi ada tiga lagi tanggungjawab adik kepada abah
-mendoakan kesejahteraan abah
-amal dan ilmu yang telah abah perturunkan kepada adik
-doa dari anak yang soleh/solehah (amin)
sayang abah dan mak selama-lamanya.
adik pasti abah tak suka lihat kami semua bersedihkan...jangan risau kami masih belajar menjadi kuat. kami semua menjadi kuat untuk abah. untuk mak.
mak cakap bulan ramadhan ini abah pulang semula ke tempat "persinggahan" semetara itu. harap segala doa dan bacaan yang adik titipkan sampai dan dapat dicurahkan kepada abah. inilah makan yang paling lazat boleh adik beri kepada abah. hanya inilah yang adik termampu untuk diberikan kepada mak dan abah. kasih sayang abah tiada gantinya. kasih emak membawa ke syurga. =). harap abah dan emak sangat menyukainya. seperti adik menyukai nasi ayam yang abah beli setiap kali abah pulang dari kerja dahulu.
owh indahnya kenangan. =')
terima kasih sahabat.
dan kepada sahabat(anda tahu anda siapa)
"saya sangat menyayangi anda, dari hati yang sangat ikhlas..."
"saya akan menyokong anda. dalam semua perkara yang kau lakukan. kau tak berseorangan kau masih ada aku dan lain-lain....love ya to the bitsssssss"
-selamat menyambut ramadhan kareeem-
dan semoga sempat menyambut AIDILFITRI pada kali ini
ampun dan maaf dari saya.
2 ulasan:
:')
Hamdan, I'm here to share you sadness. (:
thanks rda
bukanlah hamdan sedih
hamdan cuma rasa agak terkilan
tapi nak buat macam mana dah macam itu takdir hidup hamdankan
terima kasih banyak2 rda.
Catat Ulasan