Selasa, 26 Oktober 2010

laman sesawang yang melemaskan.

masih ingat zaman kita berjinak dengan laman sesawang itu sendiri?
seperti biasa saya boleh dikelaskan sebagai lambat dalam mengenali dunia internet. ketika rakan-rakan sedang sibuk berbicara tentang siapakah jemma jenson saya pula masih terpinga-pinga dan langsung tidak mengenali siapakah wanita yang terlalu diagung-agungkan oleh rakan sekelas saya sendiri. bila sudah masuk ke tingkatan tiga baru saya kenal siapa beliau yang sebenarnya itupun setelah terbaca melalui tabloid metro di perpustakaan sekolah toh' puan monoriah! dalam hati arghhh tak payah kenal lagi baik. -.-

saya mempunyai email sendiri ketika berusia 14tahun. agak lewat bukan. kehidupan pada ketika itu pada masa cuti sekolah saya habiskan berjam-jam di kampungchat.com. dengan nama panggil debab_91. sesuai dengan email yang kakak sulung buatkan debab_sangat@yahoo.com dan alhamdulillah sehingga kini saya masih menggunakan email tersebut untuk yahoomessenger. bertahan sehingga kini. bila dah meningkat dewasa dan melangkah masuk ke alam universiti memang agak memalukan bila ada yang bertanya....."hamdan nak ym?". reaksi saya. hanya mampu tersenyum simpul sambil mengeluarkan sehelai kertas dari beg menulis alamat tersebut serta nota kaki yang comel bunyinya, "email address je debab. orangnya tak! happy buzz-ing uols." dan mengundurkan diri dengan sepantas mungkin...errr serius saya tak debab. percayalah. tolong.
comel tak?

dan selepas masuknya kakak sulung ke universiti 3 bulan selepas dia masuk dia balik bawak komputer riba. zaman itu memang takat tak ingat main internet guna dial up. dengan dialan 1515. rasanya sangat kelakar tapi zaman itu memang kagumlah dengan internet *sambil bunyi dialing sebagai bunyi latar* -.-. mahu loading satu page mengambil masa 4batang rokok. tapi pada masa itu semuanya gigih untuk bersosial di alam maya, maka terjebaklah dengan dunia friendster, ha amik kau. pada zaman itu semua nak jadi top friends,. "letaklah aku jadi top friends, letak aku jadi top friends.!" bila gaduh sikit remove. kah kah kah. dunia dunia. lepas dah add manusia random yang langsung tiada kaitan dengan kita dan mula la add a testimonials, cakap "hai, selamat berkenalan! nice html" ahahaha. then mula-lah join group itu ini. masih ingat masa join group itu ini. rasa cool sangatlah dah tuh buat discussion dan buletin ramai. kalau tak silap gruop 1991! memang saya gigih membalas dan buat post. alhamdulillah sampai kini masih bersahabat dengan beberapa orang yang saya kenal. dan paling penting saya guna nama HAMDANLICIOUS. sebab terikut sangat dengan lagu fergilicious. my body is so delicious. eh geli la pula. friendster saya? default dah tak tukar semenjak berubah kepada myspace dan facebook. kadangkala buka juga. tak sampai 10min keluar.. haha
rindu pula zaman. add a testimonials. =(
lepas itu datang pula kak ijah, membawa pulang berita gembira tentang myspace, semenjak dari itu saya semakin melupakan friendster. kali terakhir masuk pun pada 15/01/2010. lama sudah, dan pada zaman myspace mulalah ayat manja keluar seperti "itew-kita" dan bla bla. ah senang cerita bahasa-bahas rempitlah, serius menarik gila zaman tue, semuanya rasa macam manja-manja bila main-main komen. mulalah add kawan nama macam  adik_gewDik. BudaRk_sHOmel90. dan bla bla. dan mulalah amik kamera dan self-capture. edit-edit sikit bagi nampak wow faktor sikit. lepas tue tulislah caption *comel tak?* bila dah upload suruh orang komen reramai. kalau ada yang desperate dan gatal mulalah tulis *comel la gambar nieh nak berkenalan boleh?* *awak nieh fotogenik ah* biar diri rasa hot sikit. yang penting i tak spam komen. eiii sangat menjijikan. dulu masa myspace guna nama luperholos dan masih juga hamdanlicious. hahahaha. bila ingat semula rasa lawak. tapi bila fikir balik. rindu zaman myspace. yelah boleh letak lagu. tukar kot html. upload gambar-gambar gedik semua.tapi sekarang dah lama tak online myspace, facebook je memanjang. dan sekarang memang facebook peneman setia. walaupun facebook kelihatan lebih matang dan maju berbanding kedua-dua laman sesawang nieh. tapi serius ada masanya nak juga masa zaman-zaman dahulukan. main myspace dan facebook. dan malangnya bila saya cuba buka myspace tadi. mereka sudah seperti delete user yang tak aktif. ok sedih, saya hanya mampu melihat.
rindunya zaman mengedik.

dan kini selamanya saya berada di laman sesawang ini. saya sukakan facebook. mudah digunakan. boleh cari kawan lama. hebat. yang pasti ianya adalah agenda yahudi untuk melalaikan kita. saya hanya mengunakan facebook untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan baru dan lama. serta tak lupa *meninjau* page rakan-rakan yang saya suka. facebook.-.-
hamdy damdy, *comel namanyakan*
kehidupan saya sangat lifeless. bosan. 24jam saya akan menghadap facebook. dan dalam masa dua puluh minit sekali saya akan menghupdate status dengan trademark *gaya artis*. maaf kalau rasanya agak menjengkelkan. tapi itulah realiti yang sebenar. status saya adalah keadaan minda saya yang sebenar. sekian.

3 ulasan:

gabbana berkata...

hahahahahha.. mcm org tak betul pulak tergelak sengsorang kt depan pc ni. hihihi.

yg pasal friendster tu sgt2lah betul. saya takde myspace jadi tak tahu.. ^^

hamdan jean paul glitter berkata...

biasalah gabbana
kebanyakkan kawan saya. masuk sbp dan mrsm kan kan. bila weekend terperap depan komp. sambil dapat sms melalui handphone 3310 yang sangat canggih
"wei aku online jum main testi"
bahahhahhaha

dan myspace itu macam fenomena
lepas tue mulalah yang lain main mesej
bahasa rempit. kalau tak percaya kawan yang ada. dan gambar self-capt! ahaha

star itu bintang berkata...

lama2 ngadap fb jadi tepu .


hari2 ngadap fb jadi bosan .


cis .