Isnin, 25 Oktober 2010

lelaki semasa.


katanya lelaki sekarang mahukan gadis semasa. ayuh kita mulakan langkah untuk menjadi lelaki semasa pula.
hari ini saya selitkan beberapa tips untuk menjadi lelaki semasa. saya pasti anda semua tertanya-tanya bukan, oleh demikian pada malam ini sangat rasa amat bebesar hati untuk bersama-sama berkongsi tips menjadi lelaki semasa. ada lima semuanya mengikut kajian saya. tapi memandangkan saya amat berbesar hati untuk berkongsi mari kita letak lima jelah selebihnya bersambung. tips peribadi dari saya.

ayuh kita mulakan!!!!!!
langkah pertama.
bukan mudah untuk menjadi lelaki semasa. dan bukan mudah untuk menjadi perhatian setiap gadis semasa. kita haruslah mempunyai wow faktor kita yang tersendiri. bak kata si hanis zalikha "She stares at cool people and wonder if they stare at other cool people as well.". setiap tenung menenung haruslah seimbang. jadi pertama, anda harus memakai pakaian yang warna mencarak! sesuai dengan tema genre fesyen dunia hari ini yang menyukai "kepelbagaian dalam pemakaian" jadi jika anda memakai baju berwarna merah! pastikan seluar berwarna hijau. untuk tampak lebih kool pastikan kaum adam diluar sana memakai boxer yang berwarna terang juga. baju haruslah tidak melebihi pusat(lebih sikit tak apa. jangan labuh sangat). cukup sekadar senteng-senteng! bila dalam train masa pegang tempat bergantung baru nampak cool. owh ya tidak lupa pastikan bingkai cermin mata rayban klasik anda juga berwarna terang. tamat. -.- dan jangan lupa mafla dan topi. saya galakkan anda semua memakai beanie mahupun snowcap. cool!

langkah kedua.
jika pemakaian diberikan detail yang penuh terperinci, usah dilupakan pada sepatu pula, iya mungkin saya tahu kedengaran agak pelik bila sepatu diberikan perhatian penuh dalam pemakain. awas kaum kaum adam di luar sana. ingat kita masih punya ALDO sebagai medium utama dalam bergaya. saya tidak cadangkan topman sebagai jenama pilihan begitu juga zara. mahal adalah salah satu faktor utama. jika anda tidak suka ALDO apa kata beralih arah ke kedai bundle, saya amat sukakan bundle. selain harganya yang lebih murah. kasut disana adalah lebih setail berbanding baru. selain kebanyakkan detail di bahagian fabrik sesuatu produk tersebut asasnya dari kulit babi sendiri(maksud saya loafer keluaran topman). jadi saya cadangkan loafer kerana ianya amat sesuai dengan gaya hidup urban pada zaman kini. senang boleh sarung sahaja. dan lebih mudah lagi ianya pelengkap gaya. rajah dibawah melihatkan pemuda zaman kini memakai loafer. selain itu juga ianya senang digayakan di dalam pelbagai majlis. tidak kira formal ataupun tidak.

bergaya bukan,

loafer sebegini adalah pilihan hati saya.
langkah ketiga
sebagai seorang lelaki semasa yang urban tidak harus kita lupakan beg sebagai pelengkap bagi semuanya. kini kita semakin banyak barang yang harus dikendong hari demi hari, dari ipad sehinggalah ke blackberry tidak lupa ipod semuanya memerlukan ruang besar. oleh demikian beg yang kompak saiznya serta tampak cantik ketika disandang atau di"sling"-kan adalah salah akseosori yang harus. jadi masa pemilihan beg haruslah dilakukan dengan penuh berhati-hati, beg kulit yang kelihatan vintaj adalah salah satu saranan yang bagus. kulit lebih menampakkan daya penarik serta lebih elegan. selain itu juga tahap ketahanan yang jitu adalah satu sebab mengapa beg kulit menjadi pilihan para pemakai. lihat sahajalah dari milan ke paris. paris di bawa ke tokyo seterusnya ke bandaraya kita sendiri butik-butik mewah serta kedai-kedai jalanan tidak habis memperdagangkan beg kulit mahupun persis seperti kulit. ambil perhatian ya.

langkah keempat
gajet. bukan mahu berkata apa, tapi jika ada kelapangan silalah beli satu dua barang-barang gajet, sebagai contoh telefon bimbit. dan sebagainya. tapi bukanlah satu kemestian untuk kita memiliki kesemuanya! cukup sekadar gajet-gajet tersebut melengkapi kita semua. selain itu juga anda boleh menyarungkan jaket yang menlengkapi gaya anda sendiri. sebagai contoh jaket di bawah ini(tiba-tiba).:


muka gamak macam nak minta pelempang*
langkah kelima
jaga bau badan anda. dari apa yang penulis perhatikan, ia memang kaum adam pada zaman ini lebih arif dan bijak dalam bergaya, malangnya mereka selalu gagal menitik beratkan tentang kebersihan mereka sendiri, perasankah kita di dalam train yang penuh dengan isi manusia. tampak bergaya, semuanya sempurna serba serbi. malang bila jarak di antara kita dan empunya diri kurang dari sehasta mulalah adegan bau kurang senang mengambil bahagian. jalan penyelesaian adalah mudah. pastikan anda mandi tiga hari sekali. bukan itu sahaja, pastikan dalam masa anda mandi tersebut anda berasa puas. serta gunakan kuantiti sabun yang secukupnya serta pakailah pewangi yang boleh tahan lama. produk one drop adalah salah satu cara paling mudah, boleh diletakkan di dalam beg dan dibawa kemana-mana sahaja.. belilah tak mahal. RM5.00 satu.

dan lelaki semasa juga haruslah alert dengan perkara semasa! tidak kira dari segi apa. yang pasti anda tahu berita semasa yang belaku di seluruh dunia. dan lelaki semasa juga adalah lelaki yang tidak lupa akan tanggungjawab mereka sendiri. selamat berjaya!

p/s:saya bukanlah lelaki semasa. sekian.


6 ulasan:

zahier berkata...

saya lelaki semasa. terima kasih :)

hmdnzr berkata...

alhamdulillah zahier, tak lama lagi dapatlah gadis semasa yang diimpi-impikan.

Inche gabbana berkata...

saya amat setuju dgn caption gambar anda memakai jaket tu. nak satu...?? ;p

eh anda rasa inche gabbana ni merupakan seorang lelaki semasa tak..?

hmdnzr berkata...

kah kah kah. alah encik mesti ada banyak lagi jaket yang bergaya, boleh saya nak satu.?
kah kah kah. memang muka memang senantiasa kelihatan begitu. biasalah saya bukan lelaki semasa.

jawapan kepada soalan encik pula. saya rasakan. er er er. encik ini amat misteri. jadi bolehkah sikit-sikit. bahahahah

Azza Mazlan berkata...

saya mencari lelaki semasa :D

hanuman berkata...

oh..
lelaki semasa= lelaki yg sentiasa berubah penampilannya?

penampilan=personaliti?

lelaki semasa=lelaki yg sentiasa berubah personaliti?

sy bukan lelaki semasa dan xmnt utk jd lelaki semasa.sy vintager dan kekal.