seorang remaja sudah hilang tempat bergantung!
seorang remaja sudah hilang tempat untuk bermanja!
seorang remaja sudah hilang pedoman untuk meneruskan hidup!
rasionalkah jika dia pergi melangkahkan kaki ke dunia yang sana?
rasionalkah jika dia harus melupakan segala-galanya semata-mata untuk menempa hidup dan nama?
remaja tersebut tidak berganjak dengan pendiriannya.
dia berdiam diri. bukan kerana sifatnya yang sangat egoistik mahupun keras kepala. cukup sekadar dia sudah meredhai segala-galanya.
remaja tersebut berdiam kaku. dia mahu bergerak dan berganjak secepat yang mungkin. malang bagi remaja tersebut dia sudah tidak punya kekuatan yang nyata. dahulunya dia berbicara tentang cita-cita. kini semuanya sudah menjadi gelap dan gempita.
remaja tersebut menangis. menangis sebab apa? sebab dia menyesali segala-galanya.
malang bagi remaja tersebut semuanya sudah terlambat. semuanya yang putih sudah pun menjadi hitam.
dia hilang semua. hilang nama. hilang cita-cita. hilang impian. hilang wawasan. hilang pegangan.
dia cuba menlangkah semula. malangnya dia hidup di dunia yang tipikal dan sinikal.
terpaksa berani melangkah walaupun takut-takut untuk dia menapak ke langkah yang seterusnya.
dia hilang segala-galanya.
dia rugi masa duit dan tenaga.
sudah tidak punya apa-apa kuasa untuk dijana. diberikan peluang dihumbannya sahaja begitu sahaja..
akui dirinya bodoh. tapi apakan daya. nasi sudah menjadi bubur.....
kini dia cuba mencari perkataan wawasan. tersedak jatuh kembali. memang senang untuk diukir. tapi bila mahu dicorak? habis semuanya cacat cela terbongkar jua!
kini dia sedar dunia bukanlah tempat permainan yang indah. bandar besar bukanlah sebuah bandar metropolitan untuk bermegah-megahan. kini dia kembali hidup di dunia yang nyata.
dia pernah bertanya, rasionalkah jika aku bisa menoktahkan hidup aku sewajarnya?
rasionalkah jika kali pertama aku berjumpa kekasih hati dan aku terus mengatakan. "ia engkaulah suri hidupkan untuk selama-lamanya!"
malangnya remaja tersebut silap percaturan. umur baru setahun jagung dia sudah mula mahu menoktahkan sesuatu yang bukan ditentukan oleh dirinya sendiri. kini dia jatuh terjelepuk semula. samar-samar semula wawasannya.
kini remaja tersebut sudah putus asa!
rasionalkah?
kini remaja tersebut menangisi semula atas semua keputusan yang telah dia lakukan!
rasionalkah?
semuanya tidak rasional. ku seru agar remaja tersebut memulakan kehidupannya yang baru.
dunia ini bulat, kadangkala dia akan berlaku kejam dengan kau wahai remaja.
tetapi ingatlah sesuatu perkara.
hari esok masih ada. (Insya-Allah)
hari esok masih beri kau peluang untuk kau betulkan segala-galanya.
hari esok masih ada untuk kau mencuba sesuatu yang berfaedah dalam hidup kau
percayalah hari esok masih ingin beri kau peluang untuk kau kenal benar-benar apa itu dunia dan apa itu peluang kedua.
genggam bara biar sampau jadi abu.
bercita-cita biar sampai menjadi pembakar segala-galanya
kata kunci bagi kau
tiada apa yang tidak rasional di muka bumi
hanya kau sahaja yang mampu menentukan apa itu rasional bagi diri kau sendiri.
dan percayalah masih ada peluang. banyak lagi peluang bagi kau untuk membetulkan siapa diri kau yang sebenarnya.
dan itu barulah rasional.
dan ingatlah hamdan nazri kaulah remaja yang sebenar-benarnya
kaulah remaja yang berwawasan. dan hanya kau sahaja yang mampu mencorakkan wawasan kau yang sebenarnya.
selamat berjaya.
4 ulasan:
woah, anda okkah..? kenapa terlalu sedih dan sayu bunyinya..?
bukankah inche hamdan seorang yang selalu ceria dan teruja..? Cheer up man! ;)
encik gabbana ada masanya saya terfikir,
apakah akan berlaku pada masa hadapan?
tadi masa dalam bas. terfikir pula masa sedang duduk menenungkan masa depan. hurm. masa depan penuh dengan pelbagai kejutan. takut untuk menghadapinya. tetapi terpaksa jugakan. sebab ini hidup. dan dan kadangkala ada juga masa bersedih. tapi tak lama. hahhaa. dalam sejam macam tue dah sihat. biar burn semua dediam. ;)
'kaulah remaja yang berwawasan. dan hanya kau sahaja yang mampu mencorakkan wawasan kau yang sebenarnya. '
i like this. :)
ain-tetiba rasa malu! jum kita capai wawasan kita semua. pastikan band4 dan jadi peguam yang berjaya satu hari nanti. insya-Allah.
Catat Ulasan