pagi ini selepas menunaikan solat subuh seperti biasa aku akan tidur semula. tetapi akan bangun sejam kemudian.
pagi ini terbit perasaan rindu. aku tidak tahu mengapa. tapi setiap hari jumaat. akan terbit perasaan rindu yang membuak-buak. mungkin kedengaran seperti tidak bertempat. tetapi inilah realiti sebenar kehidupan. ada masa kita gembira dan lupa siapakah kita di dunia. dan bila kesedihan melanda barulah kita sedar siapa diri kita yang sebenar. ok maka hari ini aku bangkit. aku bangkit dan terus mendodoi rayyan menangis tak ingat dunia. kinana pula menangis mengeluarkan vokalnya kerana tidak mahu mengosok gigi. -.- bila kena marah terus mematung! peluk semula barulah elok semula. comel betul perangai anak-anak buah aku semua.
ok kembali pada topik utama.
rindu. aku baru lepas sahaja menlihat older posts di newsfeed. beginilah kehidupan semasa bercuti
sehinggakan older posts yang 24jam lepas akan di baca. bila sudah terbosan pula lihat komen lebih dari sepuluh aku di baca satu persatu dan akan disiasat isu sebenar yang akan dibincangkan! bila banyak pula wall to wall aku buka di new tabs dan baca. bila isu tersebut agak kelakar mulalah aku tersipu bersendirian di hadapan laptop. tetapi selalunya kakak aku. kak ijah-lah yang menang dalam sesi merapu dan merepek bersama rakan-rakan beliau.
ok aku rindu zaman mahu merepek bersama ainah dan lain-lain. dulu masa zaman sekolah aku mempunyai banyak nama dan identiti berlainan. bukan apa, aku cuma tidak suka lihat kawan-kawan bersedih maka muncul-lah nama seperti "luperholos" "hamdanlicious" dan tak kurangnya bila mahu jadi macho sedikit mulalah terpacul nama "nordin". nordin si penjual satay. mulalah aku akan menjadi segila mungkin. sebab aku tahu setiap tawa tersebut adalah pengubat bagi segala duka. dalam bab berkawan. aku jenis yang tidak memilih bulu. mungkin kadangkala separuh dari orang mengatakan aku begitu. tetapi serius aku sangat sukakan diversity dalam persahabatan. saya hanya rapat dengan separuh orang. tapi saya minta maaf jika saya lupa separuh dari mereka, bak kata kawan saya bila saya sedang bersedih sebab tidak dapat membantu kawan. "hamdan! kita manusia. dan tidak semestinya kita dapat memuaskan setiap hati kawan kita. " .
saya rindu zaman sekolah menengah yang penuh dengan suka dan duka. rasanya segala event yang berlaku adalah seimbang. zaman sekolahlah zaman kita merasa semuanya. kita bergaul. mencari kawan serta pengalaman. masih ingat masa di tingkatan dua. aku terlibat dengan pergaduhan bersama sabri masa subjek agama islam. tiba-tiba aku jatuh ke lantai. serius kelakar bila dikenang semula. haahahhaa. gaduh kerana sabri tidak percaya arwah abah menghantar aku ke kelas karate do! ini sangat mengeji dan menghina rasanya. hahaha. bergaduh bersama maria magdelena serta chang yin yee kerana kesilapan dalam bidang komunikasi. serius bila dikenang semula tersangatlah kelakar. bergaduh dengan ainah sebab terasa diri ini sudah tidak diperlukan. bergurau dengan kawan-kawan sekelas sambil menjerit nama bapak masing-masing! serius rindu. tapi apakan daya. semuanya sudah berlalu dan ianya pasti menjadi kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan.
rindu zaman mahu menduduki SPM! kelas siang malam. kelas petang tamat pada pukul 5petang! disambung pula dengan kelas tambahan malam pada jam 8malam hingga 10! sungguh seronok rasanya dapat datang ke sekolah semula kalau diberi peluang. seronok rasanya. jika dulu serius aku tak sabar nak tinggalkan zaman sekolah menengah! tapi sekarang mahu sahaja aku kembali dan mengulang semula semua event2 yang berlaku.
serius hari jumaat selalu bangkit perasaan rindu yang membuak-buak. aku tidak tahu pada diri orang lain. tetapi hari jumaat pengubah segala-galanya. sesuai dengan jolokan nama diberi. penghulu segala hari! maka amat sesuailah untuk kita memuhasabah diri kita sendiri pada hari jumaat. serius aku rindu perkara yang lampau. tapi apakan daya. semua yang lepas tetap menjadi ingatan. harus hidup dalam present! bukan past!
rindu dan rindu. tetap menjadi perasaan utama.
bila lihat status kawan-kawan di facebook. semuanya sedang bercerita tentang study dan steady week mereka. tidak sabar pula rasanya mahu menghabiskan semester terakhir. tidak sabar pula rasanya mahu memulakan kuliah. menyibukkan diri dengan kerja-kerja folio. berdebat! bersyarah! serius rindu teramat rasanya.
selamat berjaya pada rakan-rakan yang bakal menghadapi peperiksaan akhir mereka
bak kata yuna
DAN SEBENARNYA AKU RINDU.
teringat zaman kami ber-LIMA. rindu pula dengan zaman-zaman keluar bersama. zaman-zaman perbincangan di bilik perbincangan bersama-sama. buat akronim. buat past years. haish.
DAN KEPADA ABANG HISYAM! bila nak balik rumah ha. semenjak saya cuti sebulan yang lalu tak pernahlah nak balik ke kampung. haish.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan