Isnin, 11 Oktober 2010

sindrom exchute!

cuti semester membuka tirai. oleh demikian ramailah pelajar yang memulakan dimensi baru dalam kehidupan masing. tidak juga ada juga diantara mereka yang sudah memasang azam dengan pelbagai misi dan visi untuk semester hadapan. aku pun apa kurangnya. aku baru sahaja selesai mengemas bilik. baru aku sedar aku adalah pengumpul kotak yang sangat tegar, owh tidak apa-apa sebab kesemua kotak tersebut adalah sangat cantik dan menarik jadi tak perlu dikisahkan lagi. tadi aku baru sahaja menfollow blog orang random yang aku jumpa dari link kawan aku. menarik. itu sahaja yang dapat aku gambarkan tentang belog tersebut. terdiam kaku aku bila terbaca. serius jalan ceritanya mampu membawa aku seperti ada bersama si polan tersebut. ayat disusun satu persatu, manis bila kita membaca.

sindrom musim cuti bagi aku adalah dimana. aku akan menjadi stalker yang sangat kronik serta sedikit emosional dengan mengimbau segala kenangan lalu. bunyinya seperti loser dan menyedihkan bukan? tapi ada aku kesah?

semalam aku buka kembali kotak yang besar itu. weih banyaknya mainan. ahahaha. tiba-tiba aku tergelak sendirian mengenangkan kembali zaman sekolah yang penuh dengan ragam. ada yang masam dan ada juga yang manis. tapi ketika ini, aku katakan dengan jujur bahawa semua itu bukanlah lagi permasalahan besar. sekarang semua adalah kenangan terindah yang langsung tidak akan terpadam walaupun sedikit.

masa tingkatan dua ketika cuti semester aku pernah bekerja sampingan di fun fair. ahaha kelakar baru umur setahun jagung sudah mula berkerja, tetapi itulah realiti sebenar. aku diterima bekerja sebab tokey fun fair tersebut adalah kawan baik kepada arwah ayah aku. aku mula bekerja dari jam 8malam sehinggan 12tengahmalam. alhamdulillah aku dibayar rm15.00 satu hari. cukuplah sebab masa itu aku sesaja mahu mencuba mahu bekerja. aku bukan kerja seorang diri lagi pun. kakak dan abang pun ikut serta. yang penting aku tidak bekerja bawah mereka. aku bekerja dengan seorang amoi. adik kepada tokey fun fair tersebut. fuh fuh *behave hamdan, behave* serius amoi itu tersangatlah hot. dan disebabkan oleh ke-hot-ness-an beliau kiosk yang aku jaga yang main golek-golek bola akan selalu menjadi perhatian ah chai muda yang tersangatlah bernafsu untuk mencari cinta. bukanlah tugas yang mudah untuk melayan kerenah-kerenah mereka dengan lagaknya lagi. tetapi sumpah aku dapat pengalaman berharga. aku berkerja selama 10hari. alhamdulillah. dapatlah rm150. nak tahu aku beli apa dengan gaji pertama? ahahaha. aku beli hot wheel starter set cha. tak lupa robot yang ban dai uh. ahaha. sumpah gembira. nah siap gambar sekali aku bagi korang nengok. aku main punyalah tak hingat sampai berketul-ketul bateri aku beli. mana taknya semacam aku kagum pulak bila kereta hot wheel uh boleh berpusing-pusing laju melawan hukum gravity. serius aku kagum. jadi dan tak dan aku mainlah sampai satu hari aku rasa bosan dan simpan semula dalam kotak. lama dah aku tak bukak kotak dia tue.

tapi hari semasa aku kemas bilik
aku tersenyum sorang-sorang. dalam 4 tahun aku simpan hot wheels itu barulah hari aku bukak semula
bila buka kotak bukan hot wheels je yang keluar. terlur-telur cicak pun keluar. cis bedebah.
kembalilah nostalgia lama.
aku tak tahulah kalau aku masih simpan resitnya atau pun tidak
tapi aku takkan lupa yang aku beli set tersebut dekat giant supermarket dengan harga RM45.90(rasanya). and the best thing is, i bought it using my own money. ahahahha,

bestnya mengimbau memori dulu. seronok bila terkenang semua benda yang kita punya sambil terimbau imbau memori lama.

weih mari kita layan hot wheels dulu noks.
                                  sebab dah lama tak main kotak pun dah vintage gilossss. hahahha
 cebisan yang terdapat dalam sekotak starter pack!
 motor yang mengagumkan. -.-
 wow. langkah pertama dalam membina litar!
 this thing makes me awake sampai ke pagi. sebab kagum sangat!
 kereta kegemaran sebab dia laju tak hingat! aum aum aum

keseluruhan litar! 

ha ada bran nak race sama wa punya kereta? kat litar macam nieh kita bertemu. mai ah maih


bersambung...

4 ulasan:

Fred berkata...

Hamdan...starter pack ni...bole smbung lagi dengan expansion pack yang baru kluar...so klau nak smbung kasi pnjang bole jek..saye tau sebab saye jual menatang nie dulu...hik3...

hmdnzr berkata...

ahahahah
fred aku tahu
cuti nieh rasa nak beli expansion pack pula
hahahaha
kalau ada duit nak belilah. hihi

Muzammil Hairiri berkata...

elehhh..ape brg hotwheels! main beyblade la bru thrill..hahaha!

hmdnzr berkata...

mel aku banyak kot bayblades dulu cha
jangan memain. tapi tak boleh lawan jiran aku. hebat sesangat ah. habis chip aku dia amik. ahahaa. nanti aku ke kedai aku cari bayblades