Jumaat, 8 Oktober 2010

usaha dan perjalanan yang berliku!

dulu aku pernah menangis sebab aku tak dapat 5A dalam UPSR. aku malu sangat, masa tue masa balik dari rumah aku boleh gelak-gelak lagi. bajet jiwa sangat kental! tetiba dah sampai rumah masuk bilik aku terus menangis. sumpah aku sedih tersangatlah sedih. Konklusinya, aku paling bangang dalam keluarga. semua adik beradik aku masuk sekolah berasrama. semua sekolah agama. aku? nampaknya terpaksalah masuk sekolah harian biasa di kawasan rumah. kengkawan yang lain semua berdesup-desup terima tawaran MRSM dan SBP. aku hanya dapat memandang mereka setawar yang mungkin. sedih. usah ditanya. tersangatlah. kawan sepermainan. kawan segossip semua pergi menghilangkan diri satu persatu mengenali dunia luar. mengenali apa itu kehidupan seorang pelajar asrama. aku? terdiam kaku duduk di rumah. kehidupan sangat lifeless. aku tersangatlah nerd. turun naik bas. pergi sekolah biasa. seperti biasa sekolah menengah memang tersangatlah lain dan berbeza dari sekolah rendah. aku kaget. Alhamdulillah aku dapat menyesuaikan diri. bukan mudah bagi aku. tapi aku mudahkan juga sebab tiada siapa yang dapat bantu diri aku sendiri selain aku. aku diletakkan dikelas kedua terbawah, ok aku bergual dengan ramai manusia yang mengelasifikasikan diri mereka sebagai otai. benci menguasai diri. bergual dengan mereka kadangkala tersangatlah menjengkelkan! tapi bila difikiran semula. jutaan dan ribuan terima kasih aku ucapkan. aku belajar macam benda. bergaduh dengan perempuab sebab komunikasi serta berguling dalam kelas sebab nak tunjuk siapa kuat. semua pengalaman. berharga, tamat

PMR aku kembali sedih. macam sia-sia semua buku latihan dan biasiswa yang aku dapat. aku beli buku aku buat latihan. malangnya entah apa silap dan punca aku masih gagal. aku hanya mendapat 2A6B malu menguasai diri. rasa sia-sia sebab pihak sekolah meletakkan aku dibawah program anak angkat 8A! malangnya hanya dua yang mengena, entah kenapa pada peperiksaan pertengahan tahun aku dapat top20. jadi dapatlah masuk kelas elit. macam pemangkin pun ada, berkobar-kobar. mungkin tiada keberkatan. biasalah umur sebegini. kita mula memberontak, sembahyang banyak tinggal semua. aku salahkan diri aku sendiri. mungkin kerana aku tidak ikhlas dalam melakukan semua benda, dan mungkin juga aku terlebih keyakinan kepada diri! salahkan diri sendiri. seperti biasa, lepas result keluar. air mata menjadi peneman setia. kawan baik yang aku sangat sekepala pergi MCKK. serius aku sangat down jeles. masih teringat surat tawaran yang dia tunjukkan kepada aku. sangat gah. iri hati! tapi nak buat macam mana sudah itu rezeki beliau.

tamparan terhebat ketika SPM! serius aku gembira ketika berada di menengah atas, aku rapat dengan semua. aku happy. tapi malangnya semuanya tidak berakhir dengan gembira. pertengahan bulan tujuh aku pindah secara mengejut ke kampung. abah dah tiada. aku terkaku, tapi hidup harus diteruskan walaupun amat susah bagi aku untuk telan realiti sebenar. aku pergi ke sekolah. perangai lama masih tidak berubah, aku bertambah kronik. aku pernah dihalau dari kelas kerana selama dua jam mata pelajaran sejarah aku habiskan masa dengan tersengguk! sungguh aku rasa sangat sakit hati dengan ayat wak man, tapi nak buat macam mana. takkan aku mahu melawan. dia guru aku redha, walaupun sangat malu. terima kasih pada guru lama dan baru. kerana mereka aku berjaya mendapatkan keputusan yang agak bagus walaupun tidak cemerlang, tapi aku bersyukur atas pencapaian aku sendiri. 2A1 2A1 2B3 4C5 tidaklah seteruk mana. alhamdulillah!

aku teruskan perjalanan hidup ke KMPk. walaupun aku bukan seorang yang berotak sains, tapi aku memberanikan diri mencuba. akhirnya aku akur. aku memohon disember intake untuk ke UiTM. aku dapat kos yang di impi-impikan. asasi undang-undang. walaupun aku rasa berbelah bahagi untuk meninggalkan matriks tapi salah seorang sahabat kurniaan tuhan telah membuatkan aku begitu yakin dengan pilihan yang dibuat. pilihan keluar dari matriks adalah tepat, CGPA bagi semester pertama hanya 1.982. tak kena tendang, tapi masih dibawah pengawasan. kesah habes, aku dah berhenti.
semasa di UiTM inilah aku dapat merasa apakah rasanya mendapat 3.00 pointer ke atas walaupun tidak 3.50 tapi aku amat berbangga dengan pencapaian aku sendiri. walaupun ianya hanya 3.40 tapi aku amat bersyukur. sudah tamat.
kini aku termangu-mangu bilakah akan keluarnya result bagi semester dua. tarikh keluar result rasmi aku masih tertanya-tanya. tapi biar sampai sini sahaja. sudah tamat semester dua dan satu. aku boleh melabuhkan tirai hidup sampai sini sahaja. walaupun tak habis lagi. tapi aku amat bersyukur. ia aku benci semester dua. tapi bila dirumah aku tahu hikmahnya. semester dua mengajar kita untuk mengenali siapa diri kita yang sebenarnya. walaupun segala kejadian di dalam semester dua adalah amat memeritkan tapi at least semester dua sudah mengajar kita. jadi aku ingin ucapakan terima kasih kepada semester dua.

aku tidak tahu motif sebenar entri kali ini. tapi serius setiap manusia diuji dengan jalan yang berliku sebelum ketemu kejayaan yang abadi. jika bukan di duniawi mungkin di akhirat nanti! siapa tahu? kehidupan adalah salah satu event yang sangat berahsia. dipenuhi dengan pelbagai kejutan yang tidak disangka. ada yang sakit. ada yang tidak. ada yang manis . ada juga yang pahit. semua ini asam garam kehidupan manusia? kita pasti iri hati dengan kejayaan rakan kita yang lain? sebagaimana aku iri hati melihat keputusan SPM salleh yang tersusun cantik A dan di temani *1* dibelakang. tapi aku tidak boleh kata apa. itu rezeki mereka. rezeki kita tiada siapa yang tahu. hanya Allah yang tahu. Allah tuntut kita berdoa. supaya kita senantiasa ingat DIA ada jika kita dilanda kesusahan. tapi jangan kita menjadi begitu alpa sehingga melupakan DIA taktala kita sudah gembira dan mendapat apa yang kita mahukan. ingat semua yang kita ada di dunia ini bukanlah sesuatu yang tetap sesuatu yang abadi. hidup di dunia adalah persinggahan yang sementara bagi kita semua. tidak sama sekali. kita hanya boneka, andaikan hidup kita seperti konsol permainan bagi the sims. agak berlainan. bukan kita mengawal. tapi diri kita sendiri mengawal kita, minda menjadi motor utama. jadi mindalah memainkan peranan dalam semua perkara! tanamkan azam! kuatkan semangat nescaya kita boleh berjaya.

mungkin kita tidak mendapat kejayaan sekarang, mungkin kita harus menunggu lama sedikit. ingatlah semua yang terjadi adalah ujian. persoalkan diri kita sendiri? sekuat manakah kita? mampukah kita? insya-Allah kita mampu untuk melakukan segala-galanya. walaupun ianya memakan masa, tenaga serta usaha tetapi percayalah semua ini amat berbaloi bagi kita sendiri. sudah letih aku menangisi kegagalan! yang pasti semester tiga pasti hadir! kejutan pasti bakal berlaku. aku hanya insan kecil yang menunggu segala-galanya. harap permulaan yang baik yang aku mulakan dulu diakhirkan dengan baik juga.

aku sedih sebab we're drifted apart
tapi setiap benda yang berlaku pasti ada hikmahnya
rasa menyesal pula sebab bersedih, dan sebab aku tidak mahu balas wallpost dan ping chatbox seseorang itu. bukan apa. aku cuma dah malas nak fikir. aku dah putus asa. aku fikir tadak teman hidup sampai ketua pun takpa! bukan dah tidak mahu kawan. cuma malas nak layan. cutikan perlulah gembirakan diri sendiri! semoga anda dan anda semua bergembira ketika cuti ini.

bata dah ambil aku jadi pekerja dorang!
KAU ADA?

minta maaf jika aku terbuat good riddances kepada kau. tapi serius bila aku kata
"malas aku nak layan." memang aku takkan layan sampai masa aku nak layan semula.

selamat berjaya kepada sesiapa yang bakal menduduki MUET!
marilah kita saling doa mendoakan antara satu sama lain
amin dan alhamdulillah.

1 ulasan:

Seri berkata...

tiada jalan mudah untuk berjaya

mana ada manusia yang lahir2 terus jadi pandai2

dari kegagalan kita belajar