semasa zaman sekolah rendah. emak membekal saya wang saku sebanyak rm1.00 satu hari. pada waktu rehat saya hanya makan kuih muih saja. kdangkala nasi lemak yang berharga rm0.50.(sangat jarang rasanya mahu letak telur sekali. kerana mahal harganya dan terpaksa berjimat untuk ais kepal ataupun jajan-jajan yang pak man jual serta cikidies cikidies yang sangat awesome rasanya.)
pulang sahaja dari rumah. memang mak akan mula dengan syarahannya.
"adik balik terus susun kasut! buka stokin! sebelum makan pergi mandi. dah makan bersiap ke kelas mengaji cik zai. dan terus ke kelas KAFA.!"
begitulah rutin seharian. mungkin kadangkala sebagai kanak-kanak yang dengan terujanya ingin mencuba sesuatu yang baru. kadangkala saya tertanya-tanya juga.
"mak boleh tak kalau adik mahu ponteng sehari. cuma sehari.."
jawapannya seperti biasa,
"jangan nak mengada-ngada! bersiap dan pergi ke sekolah sekarang!"
selalunya pulang sahaja dari sekolah. masih ada ruangan masa sebanyak dua jam sebegitu,
waktu-waktu sebegitu akan saya habiskan menonton televisyen. tika itu zaman astro sedang melanda. sedang jiran-jiran lain dengan banggannya memasang prabola berwarna kelabu. kami sekeluarga tidak begitu. masih bangga guna ariel yang tercack menegak di hadapan koridor rumah(kami duduk rumah flat) kadangkala arwah abah akan berkata:
"adik tunggu tengok tv. abah nak pusing ariel cari stesen yang lebih jelas!"
ahahaha.
aku pun berkomunikasi dengan jeritan sama abah!
"ha sikit lagi bah. sikit lagi. ke kanan pula. ha kiri sikit! ok cantik!"
dan terperuklah kami dalam rumah menghadap televisyen. selalunya tv3 sahaja yang memberikan siaran yang cemerlang. terima kasih.
sitkom kegemaran. pastilah "pi mai pi mai tang tu"
"siaran rancangan ini telah dirakam di studio cinematics!"
serius sampai sekarang akan saya ingat studio mereka bersiaran, kadangkala akan bertukar ke "ukm mahupun impian kajang"
tapi selalunya sitkom "pi mai pi mai tang tu"ini sangat sinonim dengan studio cinematics.
ianya boleh diibaratkan sebagai signature tersendiri rancangan tersebut.
serius saya terhibur menonton pi mai pi mai tang tau tengahari tadi,
dulu angelina tan-lah menjadi wanita pujaan.
dan gaya pemakaian pak uda sangat kelakar. bila dikamcingkan baju kemejanya pasti akan senget sebelah! mana taknya punya isteri pulang, duduk ke kampung. bila ditanya mengapa mak uda tidak menetap sama. ujurnya. "mak uda takut duduk rumah flat. manusia dilihatnya dari atas saiz cacing kerawit!"
terbahak-bahak saya ketawa tengahari tadi.
ada pula pak busu dan mak busu. empunya warung. selalunya pak uda dan pak busu akan bertekak. tapi bila sudah lama tak jumpa rindu pula. realitinya mereka kawan baik dalam erti kata lain. alah sedangkan lidah lagi tergigit. apatah lagi kawan baik. kadangkala ada juga perasaan cemburu mencemburui.
bini pak busu ialah mak busu lakonan wan maimunah. emas jangan cerita. boleh bengkok tengkuk bila rantai disarungkan. entah berapa ribu dihabiskan untuk membeli rantai sahaja.. emas gelang tangan pula sampai kelengan. kalau ada enam jari. mahu keenam-enam jari disarungnya cincin. haha. lawak.
lucy lakonan angelin tan pula pemilik salon. rebutan budin. raju dan abu.
malangnya sehingga tamat musim terakhir pi mai pi mai tang tu, lucy masih tidak memilih sesiapa untuk menjadi raja dalam hatinya. sepertinya terbawa pula badi tidak berkahwinnya itu, sehingga kini masih tidak bertemu jodoh. mungkin sedang menunggu saya. bahahhahahahaa
tetapi yang pasti pi mai pi mai tang tu adalah suasana sebenar realiti masyarakat flat berdekad-dekad yang lalu. kini kita seakan-akan terlalu mementingkan diri sendiri. tiada lagi sifat masyarakat seperti pak busu mahupun pak uda. walaupun suam-suam kuku dalam perhubungan tetapi mereka masih mengambil berat antara satu sama lain. masih lagi bertegur sapa. bukan macam sekarang jiran sebelah pun tidak kenal siapa mereka. apa kerjaya mereka. kadangkala jangan itu sahaja.tidak keterlaluan saya katakan kalau jiran sebelah kita sudah meninggalkan alam pun kita tidak kita ketahui.alahai betapa ignorance-nya kita semua akan benda-benda asas dalam berkomunikasi. saya bukan apa. tetapi jujur saya katakan disini saya adalah seorang yang suka menyapa orang lain. walaupun saya tidak kenal mereka. tetapi dengan satu senyuman cukup untuk memulakan sebuah perhubungan persahabatan yang insya-Allah akan bertahan selama-lamanya. saya suka menaiki kenderaan awam. bukan apa. saya suka melihat perangai manusia yang pelbagai. kalau boleh saya ingin menyapa sesiapa sahaja yang duduk di sebelah saya. pernah sekali saya berborak bersama seorang mak cik dalam perjalanan pulang dari sentral ke seremban menaiki ktm. seronok rasanya mengetahui serba sedikit. bila berborak saya seolah temui cara baru dalam berkomunikasi. untung rasanya duduk di malaysia.
apa-apa pun seperti kata falsafah yang tidak dikenali,
"dunia berputar pada paksinya. saya berdiri pada pendirian saya sendiri"
rasanya sudah tiba masa kita mengambil kembali gaya hidup zaman dahulu.
alangkah bagus. jika "pi mai pi mai tang tu" dilakonkan semula.
tapi yang pasti tiada penganti pelakon sehebat mereka.
signature pi mai pi mai tang tu. seronok! |
1 ulasan:
actually angeline tan dh kahwin,tp miss J..anak 2...
:)
Catat Ulasan