Sabtu, 11 Disember 2010

aku mahu pulang!

semakin hari semakin bosan rasanya kehidupan di merbok. jika dahulu hati ini resah mengenangkan nasib badan yang tidak lulus-lulus lesen. sekarang alhamdulillah semuanya selesai sudah

lepas satu masalah selesai muncul pula satu
kini hati berdebar-debar menunggu keputusan MUET
arghhhhh dada seperti ingin pecah. jika tidak mendapat 4 maka saya harus mengucapkan selamat tinggal kepada BLS. jangan! jangan! jangan! saya mahu menjawat jawatan awam di mana-mana badan kerajaan.insya-Allah saya mampu melakukannya. sudah saya berikan yang terbaik pada test yang lalu. yang kini doa yang semakin berterusan harus dipraktikan!

bak kata pujangga dahulu kala
"bertawakal-lah selepas merencanakan sesuatu!"
maka kini saya hanya mampu berserah dan redha ke atas semua keputusan nanti.

cuti pertengahan semester cepatlah tiba
rindu rasanya pada mak dan adik beradik
rindu benar rasanya mahu menghabiskan sepetang bersama mower kesayangan. memotong rumput di laman rumah dan memastikan rumput tidak panjang mencecah ke buku lali.

rindunya kehidupan di rumah
kehidupan di sini sangat terseksa. banyak onar yang aku lakukan! aku mahu pulang.

2 ulasan:

FS berkata...

bila result muet?

hmdnzr berkata...

FS itulah pasal. aku tak tau. =(