Rabu, 16 Februari 2011

bersuara


dulu katanya kita mungkin ditakdirkan menjadi pasangan kekasih
tetapi gamaknya kini kedua-duanya semakin hanyut entah kemana.
hilang entah kemana.
semakin hari, semakin jauh.

dulu katanya mahu mencipta serta melakar sejarah,
tidak kira. sekali mahupun sekala dalam hidupnya
malangnya kini. harapan yang tinggi mengunung, semakin runtuh dan lenyap dari hari ke hari,
sedih jangan dikata....cuma batin membuka bicara? zahirnya?

mungkin manusia semakin lupa siapa diri mereka yang sebenarnya
mungkin manusia mudah alpa dengan harta kekayaan dan kejayaan yang mereka kecapi
sedar ataupun tidak? semua itu sementara. lagi memalukan bila kita gah sana sini. besar sana sini. tetapi bila disisi-NYA kita kecil. lebih kecil dari biji sawi. lebih kecil dari kuman nista!
tetapi ini semua bukan lagi "mungkin" bukan lagi sesuatu yang dianggap
"oh tidak pernah manusia berpelakuan sedemikian rupa!!!"
tetapi kini semuanya, menjadi norma. menjadi adat dalam kehidupan manusia
mudah melepaskannya, tetapi sukar untuk kita semua melakukannya

aku hidup dalam dunia yang penuh kompleks.
tergolong dalam kumpulan manusia yang tidak pernah mengecapi apa-apa kejayaan dalam hidup mereka
seorang manusia dan rakan yang tidak sesekali menjadi keutamaan dalam kehidupan orang lain,
dunia berputar pada paksinya....tetapi aku? masih dalam kehidupan dalam dunia sendiri
penuh khayalan dan lakonan yang karakternya hanya ada aku dan aku sahaja
mungkin sudah tiba masanya untuk aku memadam nama-nama yang samar
memulakan hari esok dengan penuh lagak dan gaya, walaupun dalam hati hanya batin sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk aku membina setiap langkah dan tapak untuk kehadapan
akhirnya, itulah dunia. dimana dia dan isinya dipenuhi dengan makhluk hipokrit
dipenuhi dengan segala isi masalah utama.
dipenuhi dengan manusia yang lagaknya mengerti..tetapi dalam hati penuh dengan perasaan hitam yang harus dicaci dan dimaki.


selamat malam Merbok
moga bau "Getah" ini dapat membuka minda segelintir manusia.


B102, 3.25A.M.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bau getah tu daripada kentut kau masa tido ke? hahahaha

~amran yg tulis~

Inche gabbana berkata...

eh inche, lama tak bertegur sapa. apa khabar..?

lama tak hapdet. hidop lagikah..? wohohoho.. ^__^"